Ads Nuffnang

Tuesday, March 27, 2012

Berjaya Hills, Pahang

Hari Ahad yg lepas, papa bawak kami semua jalan-jalan kat Berjaya Hills (formerly known as Bukit Tinggi Resort). Sebenarnya ni entah ke berapa kali kami datang sini. first time gi sana beforw kawin. pastu ada anak sorang (Irfan), ada la dalam 3 kali kot. masa pregnant Arissa 2x gi sana. memang selalu gi sana sebab nak main rabbit semata-mata. Kali ni kami keluar rumah kul 9am. breakfast kat kedai mamak dulu (wajib!). then terus ke sana. Since rumah kami kat bukit beruntung, perlu melalui pekan rawang-selayang-batu caves-baru masuk highway karak.jauh tuuu....hihi.

seperti biasa, saya lebih gemar explain with pictures. sila layan gambar2 dan caption nya OK ;-)

around 10.30am. kami masuk highway karak (atau hiway bentong??)..ahhaha..selalu lalu sini masa blk kg tp tak tau nama hiway yer.


persimpangan ke berjaya hils. dari simpang ni jauh jugak ler nak sampai kat atas nun.

sampai atas, anda akan jumpa guard house. kat sini pak guard amik no plat kereta utk record diorang.

lencong la ke mana anda suka. baca sign board betul2 yer.

jalan berbukit sebelum sampai colmar tropicale.

sebelum masuk colmar tropicale kena bayar tiket ye.
RM12/adult. RM8/child 4-12yrs.

dah sampai!!! posing dulu.

ni la bangunan yg famous tu - Colmar Tropicale -


tgk itik2 dari jarak dekat.

main games yg taruk coins token. seronok sangat. sampai arissa nangis2 takmo keluar..hahah
lepas habiskan duit beli token, kami pegi Animal Park. kat sini ada rabbit, deer, donkey.
ticket rm3/adult. rm3/child.
rm6 for donkey ride. child only yer.




next place is Horse Trails. papa nak naik kuda. rm25/10 minutes.
irfan nak naik. berani katanya. papa beli tiket rm25 utk dia. skali takut, menangis meraung bila letak dia atas kuda.
so, taknak membazir, mama je la yg naik (gambar still dlm dslr).
tinggi betul kuda nih. gayattt, mak! rasa nak jatuh hokeyy.

lepas naik kuda, berenti solat kat masjid.
snap gambar dr pintu. anak bujang berjemaah jugak rupanya. sejuk hati mak.

teruskan perjalanan pulang..........

next trip? tak tau lagi. tgk masa. papa sokmo kerja time weekend. ada free trus jalan2 ler.
actually byk sgt gambar nak upload tapi ada problem dgn server la pulak. tgk gambar kat FBsaya je ok.

Daa~~