Ads Nuffnang

Wednesday, September 25, 2013

biz trip to Rostock

Assalamualaikum.

Kali ni bersiaran dari benua Eropah. jauh bebenor ehh..nak buat cane. dah rezeki terpijak. honestly ni kali kedua saya jejak kaki ke luar negara. ye la. kocik2 tak nak blaja pandai2.  kalau pandai mesti dah dpt gi blaja oversea.  kannnnnnn...ntah ye ntah tidak.

kali pertama buat passport 2011. gi Melbourne utk verify testing.  kat company lama dulu dpt offer gi oversea tak kena time. 5x saya reject. 1x je accept.  yg x jd pon byk.


jadinya, lps mengharungi onak duri utk dpt cash advance. akhirnya sy depart dari klia pd 22/9/13 jam 3.30am. berat sgt hati. pg sabtu arissa demam panas.  tido je for the whole day.  beberapa minit sblm kami gerak ke airport,  arissa bangun. dia peluk saya kuat2.  taknak lps. meraung2 bila nenek tarik nk dukung dia. terpaksa tgal dia kt rumah T__T


berlepas dgn Qatar Airways dr Klia. slps 6 jam penerbangan transit 2jam di Doha. masa tu jam 6am Doha. matahari cerah sgt. sempat solat Subuh.

jam 8am teruskan penerbangan dgn Qatar Airways.  slps 7jam landing di Munich. slps transit 5jam, sambung terbang ke Rostock dgn Lufthansa City Line. 1jam dah sampai. Terus amik cab menghala keHotel Neptun. charge cab 70euro. brape Rm? 1euro bersamaan dgn rm4.30.





Temperature 15degc. sejuk sgt.










hari ni dah start seminar.  ngantuk.  jetlag masih ada. perut lapo. seriously perut n tekak melayu ni takleh terima makanan terlalu barat. hasilnya makan megi ngan kebab.


ok la korang. dh nak tido. esok sampai jumaat ada international symposium plk. skrg dah 10pm. kat mesia dah 4am. sini lambat 6jam. ada masa sy update lg ok.

rindu anak2 :-(

bye

Friday, September 13, 2013

Iklan: Curtain @SR

Assalamualaikum.

Korang ingat lagi tak my previous entry pasal HSH: Curtain #2 ?? If lupa....then click SINI.

Niat suci murni saya masa tu nak share pasal deko kat rumah sendiri dgn kawan2 jer..tapi tak sangka la plak ramai yg baca entry tu rupanya. tima kasih daun keladi sudi baca ye.. malu i~

Sekali tailor curtain sent text message berbaur gumbira. Katanya ramai contact nak tempah curtain. Diorang dapat contact number dari entry ni la. Saya pon tumpang happy dgn Kak Ida. tu namanya rezeki melimpah ruah tu. haaa..

Jangan cakap saya amik komisyen ke hape..ni namanya tolong-menolong sesama bangsa. tak rugi pon. kalau saya nak jadi tailor memang tak laaa kannn..nak tekan mesin jahit pon terkial2. apatah lagi nak jahit baju curtain bagai~ cukup jahit tangan, tu pon setakat tampal baju seluar anak yg koyak...hahahha..

So kalau ada sape2 kat area Saujana Rawang atau kawasan2 berhampiran yg berminat nak tempah curtain rumah, tak kisah ler rumah baru ke, rumah kurang baru ke, janji rumah korang...heheh..boley laa contact Idanis Curtain [Kak Ida] di nombor ni --> 013 4328363. 

korang jgn risau, kak ida ni senang nak berunding. Tambah2 lagi dia memang tolong menyenangkan keja korang. 

Macam saya hari tu:
1- contact kak ida
2- jumpa dia. belek katalog jenis2 curtain. pilih jenis mana korang nak - Eyelet, Pleat, tak pleat, sume ada. kalau belum beli rail, kak ida ada jual gak rail untuk curtain. Bidai pun ada. 
3- kak ida akan gi rumah saya untuk amik ukuran tingkap/pintu yg nak dipasang curtain.
4- pastu dia bagitau ukuran kain yg diperlukan.
5- saya pon pegi la soping kain curtain ikut bajet. kain dah ready, hantar la ke rumah kak ida. bayar la deposit sikit kan. sesuka hati je kalau nak tempah pape tak letak deposit ;p
6- bila dah siap, dia contact and set date untuk gi pasang. saya hari tu kak ida pasang rail, curtain & sheer untuk semua tingkap dalam rumah dan jugak blind untuk tingkap dapur.
7- dah pasang, boleh ler saya tersenyum tersengih dengan curtain yg santek iteww.

ni contoh curtain yg kak ida jahit:
ni curtain ruang tamu rumah saya.
Jenis Eyelet, 1 piece kain.

sumber: FB Idanis Curtain.
jenis Eyelet, 2 pcs kain.

Sumber: FB Idanis Curtain.
Kalau tak silap jenis Spore Pleat.
kalau silap mintak hampunn

macam saya hari tu, kain curtain & sheer beli sendiri +/- RM600.

upah jahit curtain & sheer semua tingkap + upah pasang curtain & sheer semua tingkap + beli rail semua tingkap + upah pasang rail semua tingkap + beli blind dapur + upah pasang blind semuanya berjumlah LESS THAN RM1000. murah kann..

ye, murah la kalau nak compare dgn korang gi beli dan pasang sendiri. penat hokeh.

okay la, kalau berminat sila contact Idanis. jangan contact saya pulak...ehehhe

bye~

Monday, September 9, 2013

to be launched in 2014 ;-)

Assalamualaikum.

ps. lepas baca entry ni, saya sgt sgt sgt tidak memerlukan sebarang ucapan tahniah atau komen yg berkaitan drpd kwn2 di wall/post FB sehingga saya umumkan sendiri. via whatsapp is allowed. harap maklum.

pertama sekali, saya nak mintak ampun byk2 kalau ada kwn2 yg penah main teka2 di fb. saya rasa ramai yg dah boleh agak lepas baca post2 saya di FB. ada yg tanya tapi saya tak jawab. mintak hampunnnn sgt2.

bukan maksud nak berahsia. saya bukanlah artis ponnn..cuma rasanya tak perlu dikongsi selagi ia masih tak pasti. malas nak ngadu mabuk bagai sebab pada saya ia adalah item wajib bila dalam keadaan tersebut. kita je yg rasa. kawan2 hatta suami pon tak boleh tolong okayyy...

ikutkan awal2 dulu saya memang tak bersedia. langsung tak bersedia. pendek kata TAKNAK LAGI. kan saya baru je join new company. at least confirm keja dulu. bagi condition stable dulu. tambahan lagi saya tak cukup tenaga nak uruskan anak2 sendirian. ye, husband ada kat rumah tp 6.30am dah keluar, lewat malam baru balik keja. kiranya anak2 semua saya uruskan. berkejar jugak lah kan.

tapi bila cik P tak datang hampir 2 bulan. bila kerap sangat rasa nak terkucil. tak ke berdebar2 aku time tuh. yg bestnya aku mudah sgt marah. korang imagine saya ni memang garang. dah pulak jadi makin garang. husband pulak mudah sgt merajuk & mudah melenting. apekes??? tapi sabo je la kan. rasa nak marah gi ngaji quran. banyak kali terdetik nak beli upt tapi rasa malas.

satu hari, sebab kerap sgt nak terkucil, hampir sejam skali masuk toilet, saya bersedia. amik upt dan hasilnya...........positive. 2 line kaler purple yg sangat terang benderang. taktau nak express. saya menangis. terus bagitau husband dalam nada marah. saya taktau nape saya marah. tapi nasib baik husband pujuk dan berlembut dgn berhemah sekali. hahhaha...

dari hari tu, saya pasang mindset. redha dina, redha. Allah bagi rezeki. Tahun 2013 membawa banyak rencana. Husband is being promoted. Saya dapat keja baru. kami naik rumah baru. anak2 akan dapat adik baru ;-)  ;-)


izz III tgh hisap jari ;-)

ok. kepada yg tertanya2 sebelum ni, semuanya dah terjawab di sini.

memandangkan saya akan terbang ke Eropah dalam masa 2 minggu lagi atas urusan kerja, doakan kandungan saya selamat hingga dilahirkan dan membesar sebagai khalifah Allah yg beriman. first time fly lebih 12 jam masa pregnant, harap sgt semuanya selamat. risau jugak. tapi since doctor benarkan dan dah issue letter pon, saya akur. sekarang dah 18 weeks. EDD insyaAllah awal feb 2014.

doakan ye.

terima kasih & bertemu lagi di next entry ;-)