Ads Nuffnang

Wednesday, June 3, 2015

[Resepi] Brownies Cake

Assalamualaikum.

Last weekend saje tergedik2 nak baking semula.
nape saya kata nak baking semula...?
SEBAB??
dah banyak kali hasil baking aku bantats weh.
masak di luar. di dalam apa pon mentah!!
stress. benci. nyampah. segalanya pon ada. rugi duit beli bahan woo..
ada je yg menjadi tapi saya tak puas hati.

Sekali tu dok scroll down FB, ternampak le kawan share link resepi Brownies
[FB Amirul Syafique]

OMG!!!
meleleh ayaq liur bak hang.
cer ko tengok gambar ni..
meleleh ke tak???
ni gambar dari FB Amirul Syafique,
tuan empunya yg share resepi.

Dan di suatu malam yg hening..
di kala hati jiwaku meronta2 nak membaking Brownies tersebut,
maka terus ku korek laci dapur yg simpan bahan2 buat kek.
walawey... ada yg ada, ada jugak yg takdok.

"Pa, nak gi kedai jap"
terus capai kunci keta dan vroommm...
kedai sekentut je dgn rumah den ni haaa..

Dan ini lah bahan2 & cara2 nak membuatnya!!
CHECK IT OUT YA'LL
Mohon copy paste di blog ni ye tuan owner resepi.
senang i nak refer in future. Takyah scroll kt fb.

BROWNIES CAKE CHEWY GOORY [credit to FB Amirul Syafique]
bahan-bahan:
300g butter/mentega
300g cooking chocolate
6 biji telur ayam-pukul sedikit
80g serbuk koko
350g brown sugar
2 sudu esen vanila
100g tepung gandum-ayak 2x
1 cawan kacang- walnut/macadamia/pecan yg telah dipanggang 10minit & dicincang

cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkan serbuk koko.
Guna whisk je, tak perlu guna mesin.
Tutup api.
masukkan dalam mangkuk.
Campurkan brown sugar.
kacau rata.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Kacau rata.
Masukkan tepung gandum.
Masukkan esen vanila.
kacau rata.
Masukkan kekacang.
kaup balik.
terus masukkan dalam loyang yg telah digris butter & sedikit tepung-supaya tak melekat.
taburkan chocolate chip atas adunan sebelum korang bakar.
bakar pada suhu 150degC selama 60minit.
Bro Amirul bakar 75minit bagi garing bahagian atas katanya. bergantung pada jenis oven masing2.

TIPS BRO AMIRUL:
1- jangan pukul over sangat sbb guna tepung sikit je. nanti kek mendap kat tengah.
    (memang betul. sebelum ni sy pukul terlalu kuat, sbb tu kek mendap)
2- letak serbuk kopi sikit pon boleh.
    (saya letak milo 2 sudu besar)
3- makan dengan aiskrim lagi sodapp.
    (makan camtu je dah sedap uuuu)


Saya guna oven Rubine 6-functions tu.
Jadi saya bakar pada 120degC, api atas bawah. reheat dalam 10-15minit. Baru masukkan loyang.
Lepas bakar 10minit, saya tukar kepada api atas bawah + convection.
Minit ke-50, saya increasekan suhu kepada 150degC dan tukar kepada api atas sahaja.
Alhamdulillah hasilnya menjadi!! Weeee~
ni Brownies saya punya.
trial je kan, so buat 1/3 resepi Amirul bagi tu.
memang sedap.
Cuma rupanya lain sket lah. hahhaha

JOM LAA CUBA!!!

2 comments:

Nana said...

Cooking choclate masuk bila? Xde tulis. ☺

dyanayusuf said...

Oh maaf. ni sy copy resepi asal. maybe owner tertinggal. cara saya, sy masukkan cooking choc lepas pukul telur. maaf ye