Ads Nuffnang

Tuesday, August 7, 2018

Weekend Getaway: Dorsett Putrajaya & Predator Night Run 2018

Assalamualaikum.

Weekend lepas husband participate dalam Predator Night Run 2018 bertempat di Putrajaya.
Register sblm raya puasa lagi.
Ni kiranya kali pertama beliau masuk marathon.
Jadi pilihannya adalah night run, jadi takde la terkejar2 masa.


Seminggu sebelum marathon, pikir macam leceh pulak kalau daytrip ke Putrajaya semata-mata untuk marathon tu. Dah la malam kan. Larian tu kami target paling cepat pon akan setel kul 10mlm. Jadi saya survey accomodation yang sesuai dengan situasi.

Memandangkan Predator Night Run tu bertempat di sekitar Istana Kehakiman, saya search hotel yang paling dekat dengan area tersebut. Target nak jalan kaki je.

Mula-mula terbayang hotel sebelah Alamanda shopping mall tapi mengenangkan jaraknya ke Istana Kehakiman tu antara 5-7km jugak, saya search yg lain.

Tup tap tup tap, Dorsett Putrajaya jadi pilihan.
Alasannya ialah:
1) Berjarak 500m nak ke kawasan marathon.
2) Berhadapan dengan Putrajaya Food Truck, tasik & cafe. Nak ke Ayer8 pon tak jauh sangat.
3) Dorsett satu building dengan Suria Mall & HeroMarket, senang nak beli barang keperluan segera.
4) Infinity pool kat rooftop. View cantik :)
5) Harga dalam bajet kami.

Jadi terus booked melalui Agoda. Itu pon selepas compare merata juga.
Actually harga terus dari website Dorsett lebih murah sedikit tapi sebab saya dah biasa guna Agoda plus free booking fees iaitu tak perlu deposit, jadi proceed je macam biasa dgn Agoda.

Sebelum sampai Dorsett, kami singgah lunch ni Nasi Kak Wok Putrajaya.
Pemilik kedai ni ialah schoolmate saya zaman sekolah menengah dulu-dulu.
Lokasi kedai di Ayer8. Jemputlah menjamu selera di kedai beliau jika berkesempatan :)
Alhamdulillah kenyang. Semoga makin bertambah-tambah pelanggan yg datang makan kat sini.

Lepas lunch, kami terus ke hotel.
Hasil dari info, check-in time di Dorsett ialah 3pm.
Kami pegi je la awal. Boleh lepak2 kat lobby dulu kan.

Untuk yang kurang familiar, building Dorsett bersebelahan dengan bangunan JPN dan opposite dengan Masjid Besi (takde la betul2 opposite sebenarnya, tapi ia boleh dijadikan landmark).


Please note Dorsett Putrajaya takde proper entrance & foyer untuk drop luggage.
Maksud saya kedudukan hotel betul2 tepi bahu jalan. Guest takleh letak kereta depan main entrance utk drop luggage.

Jadi boleh pilih untuk park kereta samada di:
1) Kawasan parking terbuka berhadapan dengan bangunan hotel. Park for free. Cuma kena tarik beg sambil melintas jalan. Tapi jangan risau. Jalan takde banyak kereta pon. Lintas jalan dengan tenang je, atau
2) Basement bangunan tersebut. Cuma hati-hati, laluan ke basement tu agak sempit sedikit. Park for free juga. Tarik luggage sambil berjalan menuju ke pintu lift dan terus naik ke lobby.

tunggu dapat access card
Lepas check-in, nasib baik bilik dah ready, terus dapat access card. kul 2.30 dah boleh masuk bilik.



Kami amik 'Room Only'.
Bilik king bed tanpa breakfast.
Ni bilik kami di level 7.
Keluasan bilik tak terlalu kecik, tak terlalu besar.
Ok je. Masih ada ruang tidur tambahan & ruang untuk solat.
Lengkap dengan TV, wifi free yg laju, mini fridge, 2 extra pillow, kettle, iron & ironing board.
Yang paling penting, kebersihan tersangatlah tiptop! 
Saya bagi 4 bintang.


Lepas nap, turun bawah beli kudap-kudap kat Hero supermarket.
Pastu bawak anak-anak swimming di level 9.
Pool ada 2 - pool besar dengan kedalaman 1.2m untuk dewasa dan pool kecik berkedalaman 0.6m utk kanak-kanak.
Cantik view. Ye la, pool di rooftop kan.
Kul 7pm, dah bunyi whistle suruh tinggalkan kawasan pool.




Lepas solat Maghrib, terus bersiap-siap nak marathon.
Nak berlari sorang je, supportersnya sampai 4 orang tau.
Jalan kaki je untuk ke tempat berhimpun Predator Night Run 2018 tu iaitu di belakang Istana Kehakiman.
Organizer hanya sediakan beberapa canopy.
Lain-lain gelap gelita.
Mengharapkan lampu jalan je lah.

Kul 8.45pm flag-off untuk runner 5km.
Kurang 30minit, husband dah setel larian.
Sampai finishing line, dapat medal & 1 cawan mineral water. Itu sahaja.
Kot nak bagi buah ke, snack ke, isotonic drink ke, apa ke, takde.
Meja tempat nak collect medal pon gelap gelemat. So sad okay :(
Nasib lah medal cantik.



Lepas habis larian, kami gi dinner di Ayer8 juga.
Kami gi satu kedai ni. Ok la orang ramai. Sedap kot ek.
Sekali order, lambatnyaaaa menu nak sampai ke meja sampai tertido-tido anak-anak kat meja.
Dah la lambat, rasa nasi goreng ke laut.
Maaf cakap, nasi goreng pon takde rasa, jumlah bayaran cekik darah tak setimpal dengan menu dan rasa menu tersebut. Oh my~

Esok pagi, gi jalan-jalan area tasik pulak.
Pastu breakfast di Umai Cafe.Betul-betul depan tasik.
Menikmati sarapan pagi dengan hembusan angin dan pemandangan yg tenang. Gituuu
Rasa makanan pon sedap. Harga untuk menu + minuman, baru RM19.
Ok, puashati.

Yes, kami memilih untuk tidak breakfast di hotel.
Cafe dekat dan lebih berbaloi untuk 1 family rasa kenyang,
Better breakfast di luar sahaja :)
Pilihan di tangan masing-masing kan :)
Don't judge *peace*


Kul 12pm terus check-out balik rumah.
Next time jejak kaki di Putrajaya lagi.
Kalau ada rezeki boleh stay Dorsett lagi. InsyaAllah

Tuesday, March 20, 2018

Weekend Getaway: Cherating

Assalamualaikum.
Selamat cuti sekolah!!

Cuti kali ni kami penuhi misi tertunggak sebelum ni, ke Cherating.
Last year dah plan tapi sebab ada urusan lain kami cancel last minute.
Mungkin ada hikmah di sebalik.

Our family portrait.
** credit to the boatman (thumbs up)

Asalnya, saya dah siapkan timeline dan budget.
Selalunya macam tu lah keja saya. Buat paper okay nak bentang kat husband. Tak tipu!
Kalau dia kata OK, maknanya boleh proceed.
Kalau dia kata NG, maka kita simpan dulu.
Setakat ni banyak paperwork yg tersimpan dan akan guna pada masa yg sesuai :)

Dan kali ni selepas dapat tau cuti lulus, saya teruskan urusan lain seterusnya seperti biasa.

Memandangkan ada a few friends yg tanya pasal aktiviti dan berapa damage cost, maka meh saya story bersama kosnya sekali okay.

Tapiii kitorang tak pegi oversea pon tau. Just pegi somewhere near to the sea jer :)


Day 1:
Lepas breakfast dan masak bekalan untuk lunch, kami gerak dari rumah around 9am. Yes, selalunya nak ke mana-mana saya akan bawak bekal, senang tak payah nak memilih kedai makan. Refill petrol keta kasi full tank, RM80. Seperti biasa, fuel consumption keta kami mmg terbaik. Hahhaha... Full tank tu cover perjalanan dari rumah hinggalah kami sampai semula ke rumah, indicator berada hampir E, iaitu sekitar 500km++ perjalanan.

Toll fare dari Gombak hingga ke Jabor pula RM6+RM3+RM21 berjumlah RM30.

Lepas 4jam memandu tanpaa henti, pukul 1 tengahari kami sampai sana, singgah Masjid Cherating untuk Solat Jumaat. Sebelum tu dah nampak deretan kedai makan yg penuh dengan orang. Fuhh, lega lah kami dah bawak makanan sendiri.

2pm terus ke Residence Inn Cherating, bersebelahan dengan Royale Chulan Cherating. Proses check-in sekejap je sbb payment dah settle via Agoda, orang pon belum ramai, terus dapat kunci dan masuk bilik. Yang bestnya, saya dapat Deluxe Twin dengan harga RM145 termasuk tax. Cuma saya tak ambil breakfast. Plan breakfast kat luar je, lebih murah, lebih kenyang.  Bilik ada 2 katil queen, facing pool. Cuma jauh dari pantai. Takpe, kita stay sini untuk rehat dan tido saje.

Picture sumber dari Google.

Saya pilih Residence Inn sebab saya dah plan untuk join 4 aktiviti kat area sini. Jarak hanya 1km untuk ke Hafiz Cherating Activities dan beberapa kilometer ke pusat penerangan penyu.


Selesai solat Zuhur dan lunch di bilik, rehat dan tido dulu, charge battery jangan bagi kaput malam nanti. Lauk rupanya ada lebih banyak, boleh makan untuk dinner pulak. Lepas solat Asar, anak2 apa lagi, swimming pool lah jadi pilihan.



Enjoy swimming sampai 6.45pm, masuk bilik, mandi, dinner awal dengan lauk left-over tadi yg masih elok, solat Maghrib dan terus ke Hafiz Cherating Activities.

Ada apa kat situ?
Untuk malam, kami bawak anak2 kenal fireflies/kelip-kelip/kunang-kunang. Zaman sekarang mana nak jumpa fireflies kat rumah.

Taklimat mula jam 7.30pm. Sampai sana, bayar harga tiket dan kami diberi jaket keselamatan sebab kami akan naik boat, pastu masuk ke briefing room untuk dengar En Hafiz bagi penerangan sket. Kami tak ambil gambar pon sebab tak dibenarkan ada cahaya. Kalau tak camane nak panggil fireflies datang. Hehe... Seronok anak2 'tangkap' si kelip-kelip dan lepaskan semula. Aktiviti ni ambil masa selama 1jam.

En Hafiz tgh bagi briefing

beratur di jeti sblm naik boat.
Untuk join fireflies watching trip, kena booking dulu tau. Walk-in adalah tidak digalakkan. Jadi macam mana nak booking? Saya hanya whatsapp ke nombor berikut:

- Hafiz Cherating Activities: 017-978 9256
- Adult RM35 per pax
- Kids 3-11yo RM25/pax
-Time 7.30pm
- 1 hour magical moment!!
Total tiket kami satu family RM145.

Selesai tengok si kelip-kelip, balik bilik dan rehat.


Day 2:
Bangun pagi solat Subuh, terus bersiap2 untuk keluar breakfast. Kami breakfast kat kedai makan pagi yg berdekatan je. Nasi lemak, nasi minyak, roti canai, air etc, RM16.

Terus ke Hafiz Cherating Activities lagi sekali untuk trip melihat hutan paya bakau.


Mangrove tour mula jam 9am. Sampai je terus bayar tiket. Kami je yg ada pagi tu. Jadi satu boat je lah. Syiok! Untuk join ni pon kena booking juga okay.

- Hafiz Cherating Activities: 017-978 9256
- Adult RM35 per pax
- Kids 3-11yo RM25/pax
-Time 9am.
- 1.5 hour boating
Total tiket kami satu family RM145.

Anak2 super happy dapat rasa naik speed boat. Menyusuri sungai. Meredah hutan paya bakau. Lihat alam semulajadi secara live instead of tengok dalam buku dan TV.

Boatman sangat cekap. Mata dia tajam betul. Dari jauh dia boleh nampak dan tunjukkan kami segala jenis pokok, tumbuhan, buah, binatang dari jarak dekat - Ular katam tebu, anak biawak, Spider crab, ketam nipah, pokok dan buah bakau, pokok dan buah nipah, habitat2 haiwan kat situ dan macam2 lagi. Memang bagus sangat!



View dari jetty.

Laluan anak sungai



Buah Nipah. Sedap!
Fresh dari pokok, rasa seakan kelapa & rambutan.

Penat tapi sangat berbaloi dengan trip pagi ni :) Weeeeee!

Lepas trip, kami cari kedai batik yang sediakan batik painting session, tapi belum buka lah pulak. Takde rezeki. Kami terus balik ke hotel untuk check-out.

Lepas check-out, kami ke Pusat Penerangan Penyu pulak. Lokasinya berhampiran dengan Club Med Cherating. Masuk ke sini tak perlu bayar apa pon, hanya bagi sedikit sumbangan dan tulis nama dalam buku pelawat. Kat sini anak2 boleh tengok beberapa ekor penyu besar dan kecik kat dalam kolam belakang situ.



Kemudian terus lunch Nasi Ayam Pasu Che Sue kat tepi main road Jalan Cherating-Kemaman.
Kalau dari arah Kemaman, gerai sebelah kiri. Sedap gak nasi tu. Total RM25.



Solat Zuhur di Masjid Cherating, singgah beli keropok lekor sedap dekat2 situ sebelum check-in di The Legend Resort. Lepak2 makan kopok sambil tunggu bilik ready. Kul 3pm baru boleh check-in. Dapat Superior King di 2nd floor wing kiri. Bilik takde view menarik. Booked di AGoda dgn harga RM178 termasuk tax, tapi tanpa breakfast. Ok la janji bilik bersih, ada swimming pool besar dan private beach yg menarik.


Gambar sumber dari Google.
Rehat dulu, tido sekejap. Lepas Asar jalan-jalan tepi pantai dan mandi kolam lah. Bagi chance berendam puas-puas. Dah nama pon cuti sekolah kan.






Legend Resort pasti jadi pilihan sebab swimming pool besar gilss, bersih, pantai pon menarik sangat2. Cuma bilik kami dapat tu je la yg macam suram sikit. Next time kena pilih bilik yg dah refurbished cuma harga lebih lah sikit kan. Hehheh...

7pm, pulang ke bilik, siap2 untuk solat dan dinner di D'Cherating Cafe, lokasi betul2 berhadapan dengan lorong masuk ke Legend Resort. Kami takde la makan beriya pon, lauk pilihan macam biasa je lah, Siakap 3 rasa, tomyam, telur dadar, nasi, air semua RM52. Harga standard. Rasa pon sedap.


Balik hotel, rehat.


Day 3:
Bangun solat mandi bersiap untuk breakfast. Kami sarapan di warung tepi jalan situ je. Nasi lemak, nasi minyak, nasi goreng, air sume RM18. Balik hotel, kasi chance anak2 lepas gian mandi kolam sampai puas sebelum gerak balik.

Saya? Jalan-jalan hirup angin pantai. Tengok indahnya ciptaan Ilahi.


Tetiba nampak seorang abang ni tengah susun2 ATV. Terus bagitau husband sebab dia dah lama teringin. Katanya abang tu, sewa RM70 untuk sebiji ATV, boleh naik 1 dewasa & 1 kanak-kanak. Ride dalam hutan tepi situ je sejauh 3km katanya. Off road la kiranya ni.

Husband ajak je. Saya yg memang penakut-tapi-ada-hati-nak-merasa ni apa lagi, ON je lah kan.

Kami ambil dua ATV bersamaan RM140. Yg ni tak perlu booking. Kami terjah je.

Syiok wehhh main wei. Dalam jerit2 ketakutan especially masa nak turun curam, nak naik jalan berbukit, nak kena lalu track yg sempit berselekoh tajam, fuhhh mencabar dah bagi saya yg penakut nih. Hehehe... Ambil masa sejam gak ritu sebab saya bawak slow je.

Korang yg belum penah rasa tu, cuba lah! Adventurous gilerrr.
** Family portrait masa ATV ride di-snap oleh abang ATV yg baik hati (thumbs-up)



Nenas hutan

Spider!

Background muara sungai Cherating

Habis lenguh badan tangan bagai. Tapi siyes seronok!

Kami check-out kul 10am. Singgah kedai keropok tepi jalan dulu dan terus ke Temerloh pula. Ada orang mengidam nak makan ikan patin.

Kami ke Kancil Raja Patin, kedai famous katanya ni. Saya bukan peminat patin. Jadi kedai ni hasil carian di Google saje. Berbaloi. Husband kata sedap. Lokasi 9km dari exit Temerloh. Jalan agak ke dalam gak. Kedai di tepi sungai. Korang mesti dah biasa datang sini kan. Total makan sini RM39.



Perut kenyang terus balik rumah (plus another toll fare RM30). Esoknya dah keja weh.

Anyway, puas hati dgn trip kali ni. 3D2N yang sangat berbaloi!

Untuk yg tanya berapa kami habis,
Day 1 - RM400
Day 2 - RM238
Day 3 - RM226
Miscellaneous (keropok, snacks, etc etc) - RM150

Total =  RM1,014
.... untuk 3D2N termasuk hotel, petrol, toll, makan, semua aktiviti dan snek2, etc.

Amacam, berbaloi tak????
Plus pengalaman indah & super happy!

Next time ada rezeki funding, masa, dan kesihatan yg baik, kita buka paperwork lain yg masih tersimpan rapi tu ye :)

Adios~


Thursday, March 8, 2018

Weekend Getaway: Kinrara Resort

Citer dah basi. Anyway, lets read. Hahha

September 2017, plan asal nak ke Kuantan. Actually dah booked bilik di satu hotel di Balok, Kuantan. Last minute kitorang terpaksa cancel trip ke Kuantan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Sebagai ganti, maka saya terjah Agoda untuk kesekian kalinya.
Macam biasa Agoda memang jadi pilihan. Mudah dan murah compared to others. Gituuu.
Belek punya belek, kira itu ini, tengok tahap menarik ke tidak, akhirnya kami setuju dengan lokasi yang satu ni.

Kinrara Resort!! 
Kami ambik Superior Room (1 queen bed + 1 single bed) comes with breakfast for two dengan harga around 290/night. Breakfast untuk anak2 kalau tak silap around RM20 per pax. Kalau tak silap la ye. By the way, menu breakfast kat sini sangatlah pelbagai dan sedap kena dengan tekak.


Sabtu tu, bangun awal pagi siapkan nasik lemak untuk breakfast di rumah dan jugak lunch kat sana terus. Sampai sana ngam2 kul 1pm dan dapat check-in awal. Yeayyy!!




Check in je terus buka pintu corridor. Bilik facing swimming pool. Buka pintu boleh terus terjun kolam. Tapi swimming kat sini at your own risk ye. Takde lifeguard. Kedalaman pool dia ok je. Saya yang berketinggian 150cm ni boleh je kaki jejak dasar pool tu.





Ni gambaran bilik kitorang. Takde plak snap gamba bilik masa tu sebab kelaparan. Jadi ni saya tepek gamba sumber dari website Kinrara Resort. Gini la suasana bilik dia. Ada satu katil queen dan satu katil single. Muat untuk kami 5 beranak ni. Just nice.
Sumber: official website Kinrara Resort



Masa mula-mula check in rasa syiok okay. Sebab rasa ketenangannya sambil dengar air kolam menderu-deru. Tapiiii bila dah ramai yang beraksi di kolam tu, uuu mak aihhh super havoc kau. Orang melintas lalu lalang terjerit-jerit bercanda di kolam. Hahhaha... Happening! Kalau bilik kat atas better rasanya. Ada sedikit privacy di situ.

Ni view dari katil. Duduk atas katil dan akan nampak view ni. Menarik ke tidak terpulang pada masing-masing.



Melompat-lompat main air sampai takmau keluar kolam.

Bangun pagi terus melepak sini.

Pose dulu  before check-out.
View ni diambil bila photographer membelakangi pool.

Pool dewasa yg menghadap pintu bilik kami.

Pool kanak-kanak kena menapak sikit. Ok je, takde la jauh sangat pon. Jgn rsau okay :)

Overall ok je staycation kat sini untuk 2D1N.
Lokasi pon dekat aje - Bandar Kinrara 6.
Setakat untuk bawa anak2 bertukar angin tu memang okay.
Bajet pon tak besar.
Bilik luas. Katil selesa untuk family kami yang beranak 3.
Ada 1 bathroom & 1 washroom.
Swimming pool besar.
Breakfast sedappp *thumbs up*
Better pilih bilik di tingkat atas atau if korang nak stay bilik yang terus boleh terjah pool, pada pendapat saya better request bilik yang facing pool kanak-kanak. Damai sikit. Apa pun semua tu terpulang pada anda.

Kalau nak dinner saya suggest Restoren Kesum. Tomyam kat situ sedap sangat :)

Ok. Tu je share pasal Kinrara Resort.


Note:
December 2017 kami ada family vacation di Port Dickson.
Untuk 2018 belum pasti nak menghala ke mana.

See you in my next post babeh!!