Ads Nuffnang

Wednesday, December 14, 2016

Weekend Getaway - Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Hai. Assalamualaikum.

Dah lama tak hadap blog. Tak sempat okeh.
Busy sebab apa pon tatau ler.

Anyway, cuti sekolah camni ke mana korang pergi?
Keliling Semenanjung?
Pegi Legoland?
Langkawi?
Kundasang?
Perth?
Europe?
Alhamdulillah. Saya tumpang seronok.

Kami macam biasa cuti macam ni dah boleh agak keadaan macam mana.
Dengan trafiknya kat hiway sana.
Kenderaan di jalanraya.
Kebanyakan tempat mesti ramai kan? Maklum le cuti sekolah.

Kitorang ni tak gi mana, keja banyak hujung2 tahun ni. Sobbssss :(
Sian anak2. Asik tanya mama papa tak cuti ke?
Kita tak duduk hotel ke?
Ada cuti 4 hari sempena MaulidurRasul & birthday Sultan Selangor,
last minute booked di Agoda.

Requirement:
- Dekat2 aje nak elak penat memandu.
- Tempat tak ramai orang.
- Ada pool yg best, anak2 ni nak berendam je diorang.
- Bilik yg berpatutan dgn harga
- View yg cantik

Sudahnya, lepas mengGoogle review & check rate semua, kami berakhir dengannnnn.....

CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Ikutkan cukup dgn review kat instagram.
Sekali ramai pulak kawan2 yang tanya best ke tak stay situ.

Jawapan saya

BEST SEBAB SANGAT PRIVACY :)

Saya booked melalui Agoda.
Ambik room paling murah je awak...Superior Chalet.
Kami bajet nak mintak extra bed kemudian.
Harga bilik termasuk breakfast for two. Pegi tengok sendiri room rate di website Cyberview okeh.

Gerak dari rumah kul 11am. Kul 12pm dah sampai sana jadi kami lajak ke Alamanda Putrajaya, isi perut dulu sebab check-in Cyberview kul 3pm. Tapi dah takde apa nak buat dah, perut kenyang sume, kitorang terus gerak ke Cyberjaya awal dari sepatutnya.

Gi register dalam kul 1.30pm gitu.
Tup tup receptionist bagi kunci bilik and boleh masuk bilik terus.
Walaweyyy.. dapat check-in awal sejam.
Dia bagi kunci + map area sekitar situ.
Takyah susah2 nak angkat beg sume kat depan lobby ek..
Sebab korang boleh park keta depan chalet terus. Senang keja tau.
Sampai je bilik... wuuuuuuu...

Bilik besar.
Ingatkan ada queen bed je, skali dah ada extra bed siap kat situ.
Saya tak sempat request pon. Alhamdulillah rezeki anak2 yg super duper seronok tu lah.
THANK YOU CYBERVIEW.

Walaupon resort ni rupa dah lama tapi ok je sebab kebersihan terjaga.




Masa sampai tu hujan selebat-lebatnya.
Kitorang solat & rehat2 dulu.
Nak lagi best, diorang dah siapkan arah kiblat & sejadah sekali. MEMANG TERBAIK!

Lepas hujan berenti, kitorang gi pusing2 dulu.
Takde apa sangat sebenarnya.
Kalau nak pegi spa ada separate charges. Gymnasium pon sama.
Then kami singgah kat playing area untuk anak2.


Takde sape pon. Main la sepuas hati. Tapi kami kat sini sekejap je sebab nak usha tempat lain sama.

Ini scenery Cyberview yg saya sempat snap.
Cantikkan?
Sangat mendamaikan.
Sangat privacy.
Sangat tenang,

Breakfast kami di Verandah Cafe, berdekatan dgn swimming pool.
Menu takde la sedap sangat, takde la tak sedap.
Ok je, selagi perut kenyang sila bersyukur :)
Kami dah ada voucher breakfast, diorang just kenakan extra charges untuk Irfan je. RM15/child.

Cerita pasal swimming pool.
Pool berkonsepkan sungai. Menarik sangat.
Tak terlalu dalam, tak terlalu cetek.
Terasa seperti swimming di sungai lah, dengan pokok-pokok keliling tu.
Nyaman :)














Duduk sini tak perlu risau pasal makan.
Dalamnya dah ada cafe. Kalau nak makan kat keluar pon sangatlah banyak choices yang berdekatan.
Kami dinner di SABAA RESTAURANT. Sedapppp & kenyang. Alhamdulillah.

Ni kitorang beli kat Al-Yemen Mini Mart sederet dgn Sabaa Restaurant.

Untuk yg tanya best tak stay sini,
Saya kata BEST & RECOMMENDED untuk short stay.
Berpatutan.
Tak penat drive jauh2.
Dekat dengan tempat makan.
Bilik yg selesa.

Kasi chance tuan tanah tepek gamba sendiri okay.
Adios~


Monday, June 13, 2016

Jejak kaki di Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Punya la lama KL Tower tu wujud, kami baru gi jejak kaki kat sana :p
tapi aku bet masih ada ramaaiiii lagi yg tak penah gi sana. kan? kan? kan?
Takpon penah pegi zaman muda mudi.

- Review ni untuk sesapa yg tak penah gi sana dan berhajat nak ke sana-

Kitorang ni dah lama KL Tower tu ada dalam senarai tempat utk bawak anak2 jenjalan.
Tapi tak terjejak walaupon ada je lalu Jalan P.Ramlee tu.

Disebabkan cuti sekolah hari tu melapuk je tak ke mana. Jadi bawak anak2 round KL aje.
Weekend & KL memang kami malas sikit. Maklum sangat dgn trafik.
Kalau hujan lagi lah awal2 mintak maaf. Tak rela. Tapi dah nak gi jugak redah le kan. Syukur cuaca elok.

Sampai sana tengahari. Orang ramai. Ramai dgn pelancong luar negara.
Rezeki kami mudah dapat parking keta. Kami kat sana dalam 2jam lebih, total parking RM6.++
Masa masuk, amik tiket. Bila dah keluar dari kawasan tu baru bayar di kaunter. Bukan auto-pay.
Rate parking keta

Posing dulu sebelum masuk tower.

KL Upside-Down House.
Masih dalam pembinaan. Final touch dah rasanya.



Setahu saya kat sini ada banyak area yg boleh kita visit.
Antaranya Observation Deck, Mini Zoo, Blue Coral Aquarium, XD Theater & F1 Simulator.
Disebabkan tujuan utama nak bawak anak2 naik menara tu je, saya hanya survey harga ticket untuk Observation Deck. Menara tinjau tu le. Kiraan awal total anak beranak RM106. Tapi bila sampai kaunter tak sangka pulak harga tiket murah sedikit. Total utk 2 dewasa & 2 kanak-kanak [3yo free] ialah RM95. Kat tiket tulis Family Package. Ok la tu kan... save RM11.

kalau berhajat nak ke tempat2 lain yg saya bgtau tadi tu, boleh check harga kat SINI.
Kitorang tak pegi situ sbb pada saya better ke Farm In the City, Zoo Negara, Aquaria, etc.
Cukup untuk tengok view Kuala Lumpur dari atas aje.


Kaunter Tiket

Lepas beli tiket, kena beratur sbb orang ramai. Nak ke 360 Atmosphere Restaurant kena beratur kat lane sebelah.

Actually sebelum naik lift kena bergambar dulu. Sampai kat atas pon ada bergambar jugak.
Yg ada sini gamba saya amik sendiri je. Kenangan untuk anak2 kan. Tak pegi tak tau. Dah pegi baru tahu :)







Lepas habis round2 kat observation deck tu, kami pegi le tengok family photo tadi tu.
Ada 2 tempat tau. Jadi korang kena gi belek betul2 gamba mana yg korang nak.
Cara diorang present gamba pon lain2.

Kiosk 1:
Gambar hardcopy - 2pcs. Saiz lupa tapi besar le. Boleh la letak dalam frame. Actually diorang dah letak siap2 dalam bekas gamba material leather. Harga RM75.
Kalau nak softcopy boleh tapi kira harga lain.

Kiosk 2 (dekat nak exit):
Gamba 3D - 1pc.
Gamba biasa (dlm bekas plastik lutsinar) - bentuk keychain - 1pc.
Gamba biasa (dlm bekas plastik lutsinar) - fridge magnet - 1pc.
Total RM50.


Bentuk ni ada 2 pcs.
1pc keychain. 1pc fridge magnet.


Botol air mineral ni biasa je tapi menarik. Beli 1. Sebotol RM1.50.

Tu je untuk entry kali ni. Bye.

Wednesday, April 20, 2016

Weekend Getaway - Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum.

Saya kan sibuk dok 'berkompang' pasal bulan April ni banyaaaakkk sangat peristiwa & kejadian istimewa. Ahakss... sebenarnya takde apa pon. Saje je bikin havoc. Agagagagaga

Tapi hakikatnya memang banyak tarikh2 istimewa sepanjang April. Meh saya listdownkan kat sini:
4 April - Birthday abang sulung & anaknya [HAPPY BIRTHDAY ABANG & KAK CHIK JA]
9 April - Ulangtahun perkahwinan bonda ayahanda [HAPPY ANNIVERSARY MA & BAK]
14 April - Ulangtahun kami pindah ke rumah sendiri hasil sepencarian [Alhamdulillah]
15 April - Birthday adik ipar [HAPPY BIRTHDAY AJAI]
16 April - Ulangtahun mencari titik peluh sendiri [Syukur atas rezeki dari Allah]
17 April - Birthday diri sendiri [TQ MA & BAK]
25 April - Birthday Bonda {HAPPY BIRTHDAY IN-ADVANCE, MA]
29 April - Ulangtahun memiliki lesen memandu yg sah!

Nampak aku bold kaler biru tu?
Jadi itu lah kisah yg nak ditayangkan di sini ;p  ;p

Alkisahnya, dah lamaaa nau nau nak stay kat hotel atas air nih.
Tapi mencari date yg sesuai.
Ongkos yg kena dengan poket.
Lokasi yg takde la jauh sangat2 dari rumah [sbb plan nak gi weekend je kan].

Dah tu kebetulan akhir tahun lepas majikan umum ada Birthday Break untuk setiap staff.
Haa kau, apa lagi termenung. Plan lah something.

Dari bulan doblas ko tau aku gigih buat survey.
Plan dari segi cost nya sah2 la aku buat secara detail se-detail-detailnya.
Maklum lah, kita ni bukan jenis orang yg cungkil gigi keluar duit.
Tidak ye. Tidak!
Jawabnya memang menyimpan lah celah mana kau nak simpan ;p

Kalau January hari tu kami ke Gold Coast Morib sempena hari jadi anak2 dara [Arissa - december & Hana - January]
Jadi untuk birthday treats April & May [me & Irfan respectively] saya plan nak ke destinasi istimewa yg menepati criteria2 seperti di atas tadi tu.

Lagipon kami ni jarang2 je bercuti.
Setiap bulan bercuti mmg takkan lah. Never!
Apatah lagi nak honeymoon berdua [anak2 nak tinggal kat sape wey?]

Jadi saya buat le survey dari December sampai ke awal February.
Google google google.
Tanya kawan2 baik.
Compare harga sana sini.
Tanya jadual keja husband yg penting. Kot kot la dia kena keja weekend ke apa kan.
Selain tu tanya gak plan dia masa tarikh tu sama ada nak ke sana sini atau tak.
Jawapan dia masa tu ialah tiada. Okay. Boleh booking. Katanya.

Dah dapat green light, saya berakhir dengan pilihan ini.....


Ramai tanya saya, berapa harga semalam.

Jawapan saya...
- Buka website lexishibiscus atau Agoda.
- Saya booked melalui Agoda.
- Harganya berpatutan dengan tempatnya.
- Nak harga murah rajin2 la search & compare mcm korang beli ticket flight murah time gi oversea sana tu [saya tak penah pon holiday oversea bagai]
- Kalau macam saya ni takde la mampu pon tapi nakkkkk sangat pegi, menyimpan lah.
- Buat lah kempen duit hijau ke, duit merah ke, duit oren ke, tabung hari-hari ke.. apa2 je lah asalkan boleh bercuti tanpa hutang.


Okay, sambung cerita pasal kisah ni.

Ikut plan asal, kami nak gerak ke PD hari Ahad 17/4 tu waktu tengahari [Isnin 18/4 dah dapat birthday break]
Sebab apa?
Time check-in di Lexis Hibiscus ialah pukul 4:00 petang. Ok lah tu dgn plan nya. Just nice.
Cadangnya sempat tengok sunset. Pastu boleh sewa beskal area situ jalan2 amik angin laut.

Tapi tak sangka pulak ada urusan keluarga.
Plan asal kena ubah untuk menepati win-win solution.

Jadi 17/4 tu usai majlis, kami bergerak dari Utara dalam jam 1pm.
Sepanjang jalan hujan lebat & rintik2 secara bergilir-gilir.
Tiba untuk checked-in di Lexis Hibiscus Port Dickson [LHPD] jam 9:30malam.
Lewat kan. Nasib baik sebelum tu dah email hotel inform awal yg kami akan check-in lambat.

LHPD ni agak jauh jugak dari exit highway Seremban-PD.
Kalau dah sampai round about lps hiway tu kan,
Amek je ke arah Telok Kemang.
Kalau dah jumpa Hotel Thistle PD, kena teruskan lagi ke depan.
Baru lah nampak LHPD nya signboard.


Sampai je sana, terus ke kaunter untuk check-in & amek kunci bilik.
Lobby cantik syangat okeh. Terpesona.
Semua staff friendly :)
Ruang menunggu di lobby.

Dari lobby ke bilik kena naik buggy. Kan bilik kat tengah laut. Jauh. Tapi bilik kitorang ni dah kira dekat dgn lobby. Cuma naik buggy jugak sebab tak rela nak mengangkut barang.

Ni lokasi bilik kitorang. Room 151. Kat bahagian kelopak hibiscus.
gambar credit to ig LHPD

Pemandu buggy drop kami betul2 depan pintu bilik. Siap angkutkan semua barang ke bilik.

seronok 3 orang ni kena surprise lagi skali.

benda pertama saya cari ialah  arah kiblat. Nasib baik ada. TQ LHPD!

Ruang bilik sgt besar. Ada 2 king bed. Sesuai sangat utk yg ada anak 3 mcm kami. Just nice. 1 utk mak apak. 1 utk anak2. Selesa sangat. Bantal pon banyak bijik. Boleh buat divider utk elak anak jatuh dari katil time tido.

Opposite dgn katil ada ni...



Ni tivi dalam bilik. Dah blend skali dgn dinding. Bila ON mcm rupa dlm panggung. Tapi channel tivi limited.
Lagi, ada 4 botol mineral water. Beberapa sachets nescafe, tea, sugar & creamer.

Pastu kat tepi katil ada glass door. Buka je pintu tu ada area utk dressing - ada built in wardrobe, cabinet, sinki, and laundry basket.

ni glass door tersebut

ni plak glass floor. boleh nampak air laut. Tenung lama sket boley nampak ikan dok lompat2.
Glass floor ni di antara pintu toilet & wardrobe.

kat satu sudut tu ada laundry basket.
before check-out masukkan kan le towel, etc yg perlu diorg collect ke dalam tu.
tinggalkan bilik dgn keadaan senonoh sket. Ehehehe

Sini tempat gosok gigi sambil tengok pemandangan luar ;p
Kat sebelah kirinya tu ialah toilet & bathroom.
Jejaga, pintu toilet & bathroom takde door lock lgsg tau.

Pastu ke depan sket ada glass door lagi satu which is ke bahagian balcony and private pool sedalam 1.2 meters. Takde la besar sangat. Just nice utk berendam sejukkan badan di musim panas. Utk yg bwk anak2 jgn lupa bwk float okay.

Bilik kami ni takde la full sea view. Kiranya mengadap tower and laluan utama jugak. Cuma takde dekat. Jadi nampak orang pon kecik je. Kalau nak swimming tu still kena tutup aurat ye.

LHPD ni sesuai sgt utk org yg tak suka tempat crowded mcm kami ni. Nak rehat tengok pemandangan gitu. Refresh sket.

Bab makan, kami dah dinner siap2 and tapau sket makan kat hotel. Utk breakfast pon kami bwk bekal jugak. Harga breakfast di Roselle Cafe agak pricey bagi saya.

Esok pagi nya berendam dlm pool sampai kul11 sebelum siap2 utk checked-out jam 12pm.




Ni laluan di hadapan bilik kami. Bahagian petal bunga raya. Masa ni sesambil tunggu buggy utk checked-out.


kenangan depan Executive Pool Villa Room 151 :)
Ni persekitaran waktu malam.




Untuk yg gemar stay di water chalet why not cuba LHPD 2D1N. Syiok. Kalau amek panorama pool villa lagi best :)

So next destination?
Birthday Arissa/Hana (Dec/Jan) - checked.
Birthdah Mama/Irfan (Apr/May) - checked.
Anniversary/Birthday Papa (Aug/Sep) - TBC
Jom menabung lagi!