Ads Nuffnang

Wednesday, December 14, 2016

Weekend Getaway - Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Hai. Assalamualaikum.

Dah lama tak hadap blog. Tak sempat okeh.
Busy sebab apa pon tatau ler.

Anyway, cuti sekolah camni ke mana korang pergi?
Keliling Semenanjung?
Pegi Legoland?
Langkawi?
Kundasang?
Perth?
Europe?
Alhamdulillah. Saya tumpang seronok.

Kami macam biasa cuti macam ni dah boleh agak keadaan macam mana.
Dengan trafiknya kat hiway sana.
Kenderaan di jalanraya.
Kebanyakan tempat mesti ramai kan? Maklum le cuti sekolah.

Kitorang ni tak gi mana, keja banyak hujung2 tahun ni. Sobbssss :(
Sian anak2. Asik tanya mama papa tak cuti ke?
Kita tak duduk hotel ke?
Ada cuti 4 hari sempena MaulidurRasul & birthday Sultan Selangor,
last minute booked di Agoda.

Requirement:
- Dekat2 aje nak elak penat memandu.
- Tempat tak ramai orang.
- Ada pool yg best, anak2 ni nak berendam je diorang.
- Bilik yg berpatutan dgn harga
- View yg cantik

Sudahnya, lepas mengGoogle review & check rate semua, kami berakhir dengannnnn.....

CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

Ikutkan cukup dgn review kat instagram.
Sekali ramai pulak kawan2 yang tanya best ke tak stay situ.

Jawapan saya

BEST SEBAB SANGAT PRIVACY :)

Saya booked melalui Agoda.
Ambik room paling murah je awak...Superior Chalet.
Kami bajet nak mintak extra bed kemudian.
Harga bilik termasuk breakfast for two. Pegi tengok sendiri room rate di website Cyberview okeh.

Gerak dari rumah kul 11am. Kul 12pm dah sampai sana jadi kami lajak ke Alamanda Putrajaya, isi perut dulu sebab check-in Cyberview kul 3pm. Tapi dah takde apa nak buat dah, perut kenyang sume, kitorang terus gerak ke Cyberjaya awal dari sepatutnya.

Gi register dalam kul 1.30pm gitu.
Tup tup receptionist bagi kunci bilik and boleh masuk bilik terus.
Walaweyyy.. dapat check-in awal sejam.
Dia bagi kunci + map area sekitar situ.
Takyah susah2 nak angkat beg sume kat depan lobby ek..
Sebab korang boleh park keta depan chalet terus. Senang keja tau.
Sampai je bilik... wuuuuuuu...

Bilik besar.
Ingatkan ada queen bed je, skali dah ada extra bed siap kat situ.
Saya tak sempat request pon. Alhamdulillah rezeki anak2 yg super duper seronok tu lah.
THANK YOU CYBERVIEW.

Walaupon resort ni rupa dah lama tapi ok je sebab kebersihan terjaga.




Masa sampai tu hujan selebat-lebatnya.
Kitorang solat & rehat2 dulu.
Nak lagi best, diorang dah siapkan arah kiblat & sejadah sekali. MEMANG TERBAIK!

Lepas hujan berenti, kitorang gi pusing2 dulu.
Takde apa sangat sebenarnya.
Kalau nak pegi spa ada separate charges. Gymnasium pon sama.
Then kami singgah kat playing area untuk anak2.


Takde sape pon. Main la sepuas hati. Tapi kami kat sini sekejap je sebab nak usha tempat lain sama.

Ini scenery Cyberview yg saya sempat snap.
Cantikkan?
Sangat mendamaikan.
Sangat privacy.
Sangat tenang,

Breakfast kami di Verandah Cafe, berdekatan dgn swimming pool.
Menu takde la sedap sangat, takde la tak sedap.
Ok je, selagi perut kenyang sila bersyukur :)
Kami dah ada voucher breakfast, diorang just kenakan extra charges untuk Irfan je. RM15/child.

Cerita pasal swimming pool.
Pool berkonsepkan sungai. Menarik sangat.
Tak terlalu dalam, tak terlalu cetek.
Terasa seperti swimming di sungai lah, dengan pokok-pokok keliling tu.
Nyaman :)














Duduk sini tak perlu risau pasal makan.
Dalamnya dah ada cafe. Kalau nak makan kat keluar pon sangatlah banyak choices yang berdekatan.
Kami dinner di SABAA RESTAURANT. Sedapppp & kenyang. Alhamdulillah.

Ni kitorang beli kat Al-Yemen Mini Mart sederet dgn Sabaa Restaurant.

Untuk yg tanya best tak stay sini,
Saya kata BEST & RECOMMENDED untuk short stay.
Berpatutan.
Tak penat drive jauh2.
Dekat dengan tempat makan.
Bilik yg selesa.

Kasi chance tuan tanah tepek gamba sendiri okay.
Adios~