Ads Nuffnang

Thursday, March 8, 2018

Weekend Getaway: Kinrara Resort

Citer dah basi. Anyway, lets read. Hahha

September 2017, plan asal nak ke Kuantan. Actually dah booked bilik di satu hotel di Balok, Kuantan. Last minute kitorang terpaksa cancel trip ke Kuantan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Sebagai ganti, maka saya terjah Agoda untuk kesekian kalinya.
Macam biasa Agoda memang jadi pilihan. Mudah dan murah compared to others. Gituuu.
Belek punya belek, kira itu ini, tengok tahap menarik ke tidak, akhirnya kami setuju dengan lokasi yang satu ni.

Kinrara Resort!! 
Kami ambik Superior Room (1 queen bed + 1 single bed) comes with breakfast for two dengan harga around 290/night. Breakfast untuk anak2 kalau tak silap around RM20 per pax. Kalau tak silap la ye. By the way, menu breakfast kat sini sangatlah pelbagai dan sedap kena dengan tekak.


Sabtu tu, bangun awal pagi siapkan nasik lemak untuk breakfast di rumah dan jugak lunch kat sana terus. Sampai sana ngam2 kul 1pm dan dapat check-in awal. Yeayyy!!




Check in je terus buka pintu corridor. Bilik facing swimming pool. Buka pintu boleh terus terjun kolam. Tapi swimming kat sini at your own risk ye. Takde lifeguard. Kedalaman pool dia ok je. Saya yang berketinggian 150cm ni boleh je kaki jejak dasar pool tu.





Ni gambaran bilik kitorang. Takde plak snap gamba bilik masa tu sebab kelaparan. Jadi ni saya tepek gamba sumber dari website Kinrara Resort. Gini la suasana bilik dia. Ada satu katil queen dan satu katil single. Muat untuk kami 5 beranak ni. Just nice.
Sumber: official website Kinrara Resort



Masa mula-mula check in rasa syiok okay. Sebab rasa ketenangannya sambil dengar air kolam menderu-deru. Tapiiii bila dah ramai yang beraksi di kolam tu, uuu mak aihhh super havoc kau. Orang melintas lalu lalang terjerit-jerit bercanda di kolam. Hahhaha... Happening! Kalau bilik kat atas better rasanya. Ada sedikit privacy di situ.

Ni view dari katil. Duduk atas katil dan akan nampak view ni. Menarik ke tidak terpulang pada masing-masing.



Melompat-lompat main air sampai takmau keluar kolam.

Bangun pagi terus melepak sini.

Pose dulu  before check-out.
View ni diambil bila photographer membelakangi pool.

Pool dewasa yg menghadap pintu bilik kami.

Pool kanak-kanak kena menapak sikit. Ok je, takde la jauh sangat pon. Jgn rsau okay :)

Overall ok je staycation kat sini untuk 2D1N.
Lokasi pon dekat aje - Bandar Kinrara 6.
Setakat untuk bawa anak2 bertukar angin tu memang okay.
Bajet pon tak besar.
Bilik luas. Katil selesa untuk family kami yang beranak 3.
Ada 1 bathroom & 1 washroom.
Swimming pool besar.
Breakfast sedappp *thumbs up*
Better pilih bilik di tingkat atas atau if korang nak stay bilik yang terus boleh terjah pool, pada pendapat saya better request bilik yang facing pool kanak-kanak. Damai sikit. Apa pun semua tu terpulang pada anda.

Kalau nak dinner saya suggest Restoren Kesum. Tomyam kat situ sedap sangat :)

Ok. Tu je share pasal Kinrara Resort.


Note:
December 2017 kami ada family vacation di Port Dickson.
Untuk 2018 belum pasti nak menghala ke mana.

See you in my next post babeh!!

No comments: