Ads Nuffnang

Wednesday, April 18, 2012

(Share) Doa bebas dari hutang & kesusahan

[KREDIT TO MAMI ADAM]
Pada suatu hari, Baginda s.a.w masuk ke masjid, kata Abu Sa’id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya, “Apa yang engkau buat di sini pada waktu begini, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjelaskan, “Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya, “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?” Abu Umamah berkata, “Tentulah aku suka, ya Rasulullah!”

“Bacalah setiap pagi dan petang doa ini,” kata baginda Rasul. Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah,




“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada (sifat) pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kezaliman manusia.”

(Riwayat Abu Daud).

Kemudian Abu Umamah berkata, “Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah s.w.t menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku.

No comments: