Ads Nuffnang

Thursday, September 27, 2012

alahan mengandung tanda anak pintar?

credit to FB Irni Khairuddin ;)
 
 
 

Wednesday, September 19, 2012

raya chassis 2012

jumaat mggu lepas group saya buat majlis raya
penutup Syawal
event ni diadakan di Intekma Shah Alam
hampir seluruh family Chassis datang
masing2 bawak family
makan-makan kat poolside
anak-anak saya apa lagi kan
lari sana-sini
seronok la dah lama tak jumpa kolam katakan
malas nak cakap banyak la ptg2 ni
jomss layan gambar
gambar mak tak banyak dek non
tengok aje lah yer

kurus-murus nya aku nih
masyaAllah
gemuksss puhliss~


makcik dgn princessnya


izz khairyana

family of Chassis


Tuesday, September 4, 2012

Mac Laren Quest

semalam ada cerita pasal stroller. macam best je nak buat topik entry. ehehe...
taknak citer apa stroller org lain. nak cerita pasal pilihan saya!
saya dah lama minat dengan stroller ni.
suka jenamanya.
suka imejnya yg sporty.
suka bentuknya yg senang dibuka/ditutup.
harga je tak suka.
masa tu kewangan cukup2 stabil je.
simpan niat murni dalam hati.
masa irfan kecik, saya tak beli baby stroller. seseorang bagi hadiah. suka sangat. tapi saya jarang guna sebab agak berat ketika ditolak dan agak sukar untuk fold & unfold. tambahan pulak irfan pun taknak dirinya diletakkan dalam tu. end up tersimpan lah ia di bilik. awal kelahiran arissa pun kami masih guna stroller yg sama. keadaannya yg agak berat membataskan pergerakan. susah sikit time nak corner-mengoner. lama tu terfikir nak penuhi kehendak hati. maklumlah ekonomi dah banyak stabil.

walaupun saya minat dgn stroller yg satu ni, tapi saya tetap survey dulu. tengok kawan2 ramai yg guna Quinny, Combi, Halford (betul ke nama ni?..), Sweet Cherry. tengok harga, huhuhuhu...sayangnya duit nak curah 4-angka. Sweet Cherry agak reasonable price jugak lah tapi:
di bawah ini ialah pendapat saya. jangan buat andaian negative!
Quinny - cantik. kukuh. bergaya. agak pricey bagi saya. banyak sgt cara nak fold/unfold.
Combi - bentuk biasa. agak ringan. harga boleh tahan jugak.
Halford - tak survey sangat. tengok org guna kat shopping mall je.
Sweet Cherry - ada variant types. ada murah, ada yg mahal. almost weight 8kg.

akhirnya kami pilih ini
rupa macam ni.
harga mahal tak?
saya tak pasti. bg saya mahal jugak.
tapi tak semahal Quinny atau setaraf dengannya.
tapi kalau berbaloi untuk tempoh yg lama, high quality, tak salah bukan?
macam beli kereta jugak ;p
specification seperti di bawah.
Basic Weight
5.5kg/ 12.1lb
(without hood, shopping basket or raincover)

Carrying Capacity
up to 15kg/ 55lb (US)

Appropriate From
UK/US/EU: birth up to 25kg.

Recline
Four seat positions

Wheel Size
12.7cm/ 5.0in

Hood
Longer for extra coverage
Easy- on, easy- off hood
Round with storage pocket
UV protective viewing window
Reflective accents for night safety

Senang nak buka tutup?
hey, teramatlah mudah u'olls. I LIKE!
untuk unfold:
tarik plastic bracket kat bahagian kanan.
jatuhkan wheel stroller.
tarik holder ke kiri/kanan.
tegangkan.
tekan pad kat center of stroller dgn kaki.
buka!
untuk fold:
pad kat center stroller ditolak ke arah atas dgn kaki.
foldkan stroller.
tutup!
senang sangat.
semua operate dgn kaki je.
bila dilipat, bentuknya tak ubah seperti payung.
ringan. mak yg kecik ni boleh angkat.
letak dlm boot kereta, space masih banyak.
time keluar sorang2 tanpa suami, memang convenient.
setakat ni, amat berpuas hati dgn Mac Laren Quest.
walaupon berharga > rm500, tapi berbaloi.
bukan setakat arissa, irfan yg dah usia 4 tahun pun boleh duduk dalam tu.
dah lebih setahun usia nya, keadaan masih elok.
sayang nak di-let go. nak simpan untuk adik2 mereka yg seterusnya. ecceehhh
jadi apa pilihan mama-mummy pulak ehh?

Monday, September 3, 2012

cerita mistik

sebelum ni saya adalah tak percaya dgn kisah mistik/gangguan makhluk halus. saya percaya 'benda' itu wujud tapi bila ia keterlaluan saya kurang percaya. tapi segalanya berubah bila saya alaminya sendiri.

semua cerita2 di bawah adalah asli. wujud. dialami saya sendiri.

2001
pernah tengok depan mata kawan sekelas dirasuk makhluk halus. matanya tiba-tiba terbeliak ke atas. tangannya mengeras. tiba-tiba terlentang. tiba-tiba duduk. tiba-tiba suaranya bertukar garau. matanya merenung tajan seorang demi seorang sambil tersenyum.

1999
masa saya form 3, kami pernah menyewa di sebuah rumah di kampung PG. tahun PMR maka saya kurang follow parent bila diorang keluar ke mana-mana. lebih selesa di rumah utk study. maklumlah tak ke kelas tuisyen. dalam rumah, bunyi itu ini sentiasa ada. penah satu hari, sampai maghrib parent belum pulang. time tu juhan lebat beserta petir. saya menyorok di celah-celah pakaian yg bergantung di tempat sangkut baju. sebab masa tu saya terdengar sesuatu di tingkat atas.

satu hari, waktu petang. sorang2 di rumah yg sama. tgh buat homework di dining area. tiba2 dengar pintu bilik kakak saya terbuka. kemudian ditutup. kemudian pintu bilik air terbuka dan ditutup. berdiri bulo roma aku wehhh).

satu hari, waktu malam. saya tgh tengok tv di tingkat atas. mak saya di tingkat bawah. bunyi seperti org tgh gergaji papan. bila saya jenguk, diam. elok je saya tgk tv, bunyi semula.

satu malam, kakak saya balik keja lambat. masuk je bilik, dia dengar seperti org sedang siram pokok. ye, memang betul keliling rumah tu ayah saya bercucuk tanam. tapi masa tu ayah saya dah tido!! mana ada org siram pokok bunga pukul 12 tgh malam. seklai tu, mak saya nak cuba dengar. dia tido di bilik tingkat bawah. bilik tu bersebelahan dgn paip yg ayah guna untuk siram pokok. memang betul BUNYI SIRAM POKOK itu WUJUD!!!

satu malam, kawan ayah datang bertandang ke rumah. anak2 dia kawan2 sekolah kami. kami borak2. esok saya gi sekolah, kawan sy cakap yg last nite kakaknya nampak ada 'makhluk berbulu' sedang duduk di tangga rumah kami, merenung tajam ke arahnya!

2010
saya baru habis pantang melahirkan Arissa. 2 mggu before sambung kerja, pulang ke rumah di mana kami tinggal sekarang. siang suami bekerja. Irfan dihantar ke taska. satu hari, Arissa menangis meraung2. saya baca ayat kursi makin kuat dia meraung. bagi susu tapi dia menolak. langsung tak minum susu. dalam masa sama, saya rasa badan terrrsangatlah lenguh. kaki tangan bahu lenguh teramat. sakit! fikir saya, penat & lenguh punca dari kurang tido & menyusukan anak. akibat geram, saya yg menjerit2 dalam rumah macam org gila marah anak umur belum sampai 3 bulan. gila bukan? Arissa meraung menangis tak henti sampai malam. papa balik keja dan call maknya. MIL mintak call Mak Anjang, mak sedara papa di Kedah. Mak anjang minta papa sediakan air, dan tanya nama anak & nama ibu anak. setengah jam kemudian, mak anjang call balik. katanya, Arissa meraung sebab dia tak nampak muka ibunya (muka saya lah tu). tapi dia nampak muka 'benda lain'. dan 'benda' tu sedang bertenggek atas bahu saya!!! patut la saya sakit satu badan. Mak anjang pesan, 'ibu kena kuat semangat'...alhamdulillah, lepas discan dari utara nun, Arissa diam. lenguh2 sakit di bandan saya hilang. syukur. Air yg dah 'dibaca' tu papa recik2 dalam rumah. papa kata masa dia recik air dalam 2 bilik atas, bulu romanya meremang! dan menurut mak anjang, benda tu tinggal di bilik air tingkat bawah, sebelah dapur!

2012
Arissa dihantar ke taska seperti biasa. satu petang, masa tu saya driving nak balik rumah. owner taska call. "D, boleh cuba sampai awal sikit ke hr ni? arissa ni haa, tadi dia tido tghari. kami letak dgn kwn2 dia tido kat tingkat atas. ada sorang cikgu yg jaga. arissa tido sekejap sgt. bila bangun, dia mcm berborak2 kat sliding door atas. cikgu nampak pelik, dibawanya arissa turun bawah. yg peliknya arissa mcm takut pd sesuatu. nak menempel dgn cikgu-cikgu. kalau cikgu renggang sikit, dia tarik & pegang baju cikgu kuat2. at one time, muka dia pucat, badannya sejuk & kebiruan. cikgu taska call kak Mi. Kak mi datang bacakan ayat kursi sambil sapu muka arissa dgn air ustaz A. alhamdulillah badannya kembali merah dan tak pucat. then terus dia minum susu dan tido. awak cuba la bawak dia jumpa ustaz ye, dapatkan air penawar". demkian kata owner taska.

sampai taska saya pick-up arissa. dia nangis2. sampai rumah dah ok.

lepas papa gi keja shift malam, saya angkut anak2 naik tido. around 10pm, arissa yg tido atas katil dgn saya tiba2 merengek2. suhu badan ok. tak demam. masa tu irfan pulak tido atas tilam kat tepi katil. saya rasa tak sedap hati. saya bacakan ayat kursi. keadaan reda. tetiba saya dengar macam ada org berlari2 atas siling. cara lari tu, kuat then beransur hilanggg.....dan ia berulang banyak kali! saya dah cuak. Ya Allah, ada org nak ceroboh rumah aku ke?? kemudian bunyi yg sama masih berulang disertai dgn gegaran grill tingkap bilik saya! Masya Allah...sungguh saya berdebar. dalam masa sama, arissa meraung2. irfan yg tgh tido terbangun dan berkata, "mama, bunyi apa tu? abang takutt!!"..sambil panjat naik atas katil. saya call papa, " abang, balik sekarang. ada something yg tak kena". papa sampai rumah, bunyi tu dah hilang. papa naik atas siling, dinding2 concrete. tak mungkin ada manusia boleh bolos. saya paksa dia call mak anjang. lepas call, mak anjang minta nama anak & ibu. malam tu tidolah kami 3 beranak. papa kerja.

esok pagi mak anjang call papa bgtau memang malam tadi ada 'benda' mengusik. lepas tu alhamdulillah kami okay. cuma pesan mak anjang, kalau terasa diri diperhatikan dlm rumah, maksudnya 'benda' memang ada.

sebelum ni masa irfan umur setahun, banyak kali jugak dia sebut kakak/abang sambil tunjuk2..

awal2 dok rumah tu, time tido, tgh2 malam, black out dan malangnya saya tersedar sbb panas. dengar beberapa ekor anjing menyalak panjang. makin lama salakan anjing makin hampir dgn rumah saya. uuu...sgt serammm!
xxxxxxxxxxxxx
 
saya mandi di bilik atas. papa & anak2 tgk tv di tingkat bawah. lepas mandi, saya solat isyak. masa tgh solat, terdengar tombol pintu dipulas2 tapi pintu tak terbuka pun. fikir saya irfan cuba nak buka pintu (okay, solat tak khusyuk sudahh). habis solat, saya turun bawah. "papa, tadi irfan naik atas ehh??"..."takde lah, 2 org ni dok sini haa. tgh main".."habis, apsal mama dengar tombol pintu mcm ada org cuba nak buka???"..."ntah lah..mana abang tau, semua ada sini, tak naik atas pon".

xxxxxxxxxxxxxxxx
 
tengah tido 4 beranak, papa dengar tombol pintu bilik kami dipulas2 dari luar. papa bangun, ready untuk tumbuk muka penyamun. buka je pintu, kosong!! tiada sape2!!! terus dia sambung tido.

cerita jiran sebelah rumah
akak sebelah rumah saya byk cite mistik. sepanjang dia berjiran dgn saya, siap dijemput ustaz untuk tengok2 rumah. memang ustaz cakap area rumah kami tu ialah laluan utama 'benda' tu.

ketika dia selesai solat & bagi salam, bahunya dicuit dr belakang. ketika bg salam, terasa angin sejukkkk selisih di bahu (yg ni memang byk kali saya rasa. masa basuh pinggan di dapur. masa mandi pun pernah. tapi buat tak tau aje).

dia jugak pernah alami kejadian 'bunyi org berlari atas siling rumah'. siap call polis lagi. polis naik atas siling kot2 ada pencuri. pastu polis tanya cane bunyi lari. bila dia citer gini2, polis cakap, tu bukan org tapi pontianak. dah banyak kes sebelum ni.

akak ni jugak penah nampak hantu pocong melalui area belakang rumah kami!!!

masa anak dia umur 4 tahun, hilang waktu maghrib. ingatkan jatuh longkang. rupanya anak dia lari ke sebuah flat, follow 'atuk' katanya...wuhhhuuu, meremang bulu roma aku wehh.


Ini semua apa yg saya alami sendiri. percayalah bahwa makhluk halus itu wujud. ia sekadar menumpang di rumah kita. ye lah, rumah yg kita duduk tu kan asalnya area hutan. manusia yg lapangkan area tu untuk dirikan kawasan perumahan. kat mana lagi makhluk halus tu nak menumpangkan melainkan rumah kita!

kalau kawan2 ada tips untuk pagarkan rumah, share lah ye. tak lama lagi saya nak masuk rumah baru. asalnya pun kawasan hutan. moga2 Allah sentiasa lindungi & pelihara keselamatan kita bersama.