Ads Nuffnang

Tuesday, September 4, 2012

Mac Laren Quest

semalam ada cerita pasal stroller. macam best je nak buat topik entry. ehehe...
taknak citer apa stroller org lain. nak cerita pasal pilihan saya!
saya dah lama minat dengan stroller ni.
suka jenamanya.
suka imejnya yg sporty.
suka bentuknya yg senang dibuka/ditutup.
harga je tak suka.
masa tu kewangan cukup2 stabil je.
simpan niat murni dalam hati.
masa irfan kecik, saya tak beli baby stroller. seseorang bagi hadiah. suka sangat. tapi saya jarang guna sebab agak berat ketika ditolak dan agak sukar untuk fold & unfold. tambahan pulak irfan pun taknak dirinya diletakkan dalam tu. end up tersimpan lah ia di bilik. awal kelahiran arissa pun kami masih guna stroller yg sama. keadaannya yg agak berat membataskan pergerakan. susah sikit time nak corner-mengoner. lama tu terfikir nak penuhi kehendak hati. maklumlah ekonomi dah banyak stabil.

walaupun saya minat dgn stroller yg satu ni, tapi saya tetap survey dulu. tengok kawan2 ramai yg guna Quinny, Combi, Halford (betul ke nama ni?..), Sweet Cherry. tengok harga, huhuhuhu...sayangnya duit nak curah 4-angka. Sweet Cherry agak reasonable price jugak lah tapi:
di bawah ini ialah pendapat saya. jangan buat andaian negative!
Quinny - cantik. kukuh. bergaya. agak pricey bagi saya. banyak sgt cara nak fold/unfold.
Combi - bentuk biasa. agak ringan. harga boleh tahan jugak.
Halford - tak survey sangat. tengok org guna kat shopping mall je.
Sweet Cherry - ada variant types. ada murah, ada yg mahal. almost weight 8kg.

akhirnya kami pilih ini
rupa macam ni.
harga mahal tak?
saya tak pasti. bg saya mahal jugak.
tapi tak semahal Quinny atau setaraf dengannya.
tapi kalau berbaloi untuk tempoh yg lama, high quality, tak salah bukan?
macam beli kereta jugak ;p
specification seperti di bawah.
Basic Weight
5.5kg/ 12.1lb
(without hood, shopping basket or raincover)

Carrying Capacity
up to 15kg/ 55lb (US)

Appropriate From
UK/US/EU: birth up to 25kg.

Recline
Four seat positions

Wheel Size
12.7cm/ 5.0in

Hood
Longer for extra coverage
Easy- on, easy- off hood
Round with storage pocket
UV protective viewing window
Reflective accents for night safety

Senang nak buka tutup?
hey, teramatlah mudah u'olls. I LIKE!
untuk unfold:
tarik plastic bracket kat bahagian kanan.
jatuhkan wheel stroller.
tarik holder ke kiri/kanan.
tegangkan.
tekan pad kat center of stroller dgn kaki.
buka!
untuk fold:
pad kat center stroller ditolak ke arah atas dgn kaki.
foldkan stroller.
tutup!
senang sangat.
semua operate dgn kaki je.
bila dilipat, bentuknya tak ubah seperti payung.
ringan. mak yg kecik ni boleh angkat.
letak dlm boot kereta, space masih banyak.
time keluar sorang2 tanpa suami, memang convenient.
setakat ni, amat berpuas hati dgn Mac Laren Quest.
walaupon berharga > rm500, tapi berbaloi.
bukan setakat arissa, irfan yg dah usia 4 tahun pun boleh duduk dalam tu.
dah lebih setahun usia nya, keadaan masih elok.
sayang nak di-let go. nak simpan untuk adik2 mereka yg seterusnya. ecceehhh
jadi apa pilihan mama-mummy pulak ehh?

4 comments:

J@ja said...

Kami pon budget limited. Beli yang praktikal rather than stylish ewahhh. Sampai skang pakai Halford. Handling sgt smooth. Sy boleh tolak Raudhah keliling taman sambil jogging. Huhu sampai skang satu tu je la stroller, belum berganti. nanti nak tgk jugak la MacLaren ni :)

dyanayusuf said...

as long as Halford tu senang nak lipat, size tak terlalu besar, ringan and tahan lama, it should be ok lah. rasanya Halford lebih kurg Mac Laren. tapi mmg tak menyesal wpon kena keluarkan duit lebih sikit.

_nini_ said...

aku suka peg prego pliko p3..mcm sos prego plak..maklumlah, dari itali hehe..pijat yg suke sgt dgn stroller peg prego tuh, smp aku pon tertarik jgk..so beli :) tp berat jgk, 8 kilo..oh jgn la harap aku nak angkat, tolong tolak boleh la hehe

dyanayusuf said...

Peg prego cantik tp bulky tak? Ada org nak angkat, no hal..hehe...