Ads Nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

pengasuh vs. pusat jagaan

hi u'olls.
dah berapa lama saya tak update blog ni kan. sure korg bosan asal klik je ada citer water pitcher, takde citer baru. sejak sy kat tg malim super duper bizi tau. layan fb smbl load drawing & hilg tekanan ms buat report. since hr ni last day di tgm and esok akan kembali ke s.alam, segala report dh siap, boleh la ngadap blog kejap.

tetiba terlintas nak share psl penjaga sementara anak2 kita. korang sbg ibu2 bekerjaya di luar sana, siapa pilihan anda? babysitter atau nursery?

saya tahu ramai yg lebih mempercayai babysitter. anak2 lebih terjaga. lebih tumpuan kan. lagipon lately byk berita negative tentang anak-anak kecil yg ditinggalkan di taska. tapi kita mesti ingat, bukan semua nursery tak bagus. bukan semua babysitter bagus. doa padaNya untuk melindungi anak2 kita ;)

saya tak nak cerita psl pilihan org lain. tapi hanya nak kongsi pilihan saya.
secara peribadi, saya lebih yakin untuk hantar anak-anak saya di bawah jagaan nursery. kenapa?

awal 2011 minta pertolongan kakak carikan taska baru. bertemu dgn Taska & Tadika Dunia Dinamik. sebelum daftar, gi jenguk2 dulu tempatnya. bersih. menarik. terjaga. berdaftar dgn JKM. lesen setiap tahun digantung di dinding taska. owner yg sgt aktif & positif. anak2 kita pun aktif. kalau hidap penyakit berjangkit dilarang hantar ke taska takut berjangkit. at one time 2 org kanak2 termasuk anak saya kena HFMD, taska ditutup sbb pekerja2 nak bersihkan taska. kebersihan sgt diutamakan. menu anak2 setiap hari berlainan. jadual menu ditampal di luar taska. so that kita boleh tahu apa yg anak kita makan. ada la 10% kekurangannya tapi masih boleh dibaiki. pengambilan kanak-kanak pun limited.

anak-anak 2 tahun dah dihantar ke tadika untuk bermain. takde la dihidangkan dgn tv atau bermain je kan.



ikutkan bayaran hampir rm600 untuk 2 beradik. ada org cakap better ambik maid, boleh jaga anak2 dan rumah sekali. masalahnya, betul ke dia jaga semuanya? kalau betul syukurrr...kalau sebaliknya, tak ke naya. ada kes di mana anak2 habiskan masa dgn bibik sampai cakap pelat indon dah. pada saya, it's ok habiskan rm600 di taska. walaupon agak pricey tapi saya puas hati. anak saya boleh belajar, berkawan, and time full with activities.

anda pulak macam mana???




Wednesday, October 3, 2012

lebih sihat

sejak saya sedar banyaknya kekurangan diri, saya amalkan pemakanan 3 jenis supplement sejak seminggu yg lalu untuk memastikan badan saya dalam keadaan sihat dan cergas.

Pagi sebelum gi kerja:
Minum Global Tea, sejenis minuman herba hasil idea ayah. Teh ni rupa dia lebih kurang uncang Lipton. Rebus selama 15min, pastu minum. Kenapa saya minum air herba ni? Sebab ia membantu dalam menurunkan power mata.Contoh pertama, mak saya. pakai spek, power sederhana tinggi. selepas amalkan minum teh herba ni, power mata turun. Contoh kedua, seorang saudara pakai contact lense tapi tak pernah cuci. hinggakan satu hari matanya merah-gila2-merah dan kena jangkitan kuman. lepas minum herba ni, matanya kembali normal. Sebab tu la saya minum jugak dgn harapan power mata sy yg 700++ ni mampu dikurangkan untuk mengelakkan Glaukoma.

Petang lepas balik keja:
Bancuh meal Shakes bersama air yogurt mango. shake-shake-shake. minum. dgn harapan selera makan bertambah. bukan untuk gemuk. tapi untuk membantu mendapat berat badan seimbang. tapi kenapa saya pilih Meal Shakes? Sebab:
- protein & vitamins yg terkandung dalamnya mampu menampung bahagian badan kita yg tak cukup zat tu.
- Org yg kurang selera makan berpunca dari kekurangan folate, zink & vitamin C.
- Hence mealshakes boleh tingkatkan selera makan kita.

Untuk anak-anak, saya bancuh dalam susu. so far proses pembuangan air besar diorang sangat bagus. tiada masalah penghadaman. alhamdulillah.

malam sebelum tido:
Saya makan makjun. ingredients: kacip fatimah, manjakani, serapat, dan seangkatan dengannya. kenapa saya makan? tujuannya untuk menjarakkan kehamilan, merawat keputihan dan menghilangkan bau *tuutt*. saya dah rasa kesan kedua dan ketiga. memang berkesan.

Actually selain 3 di atas, makjun ni jugak untuk membantu:
- mengawal kolesterol dalam darah.
- seimbangkan berat badan utk mencapai berat ideal.
- menyuburkan wanita yg nak mengandung.
- membetulkan period.

 selain dari tu, rasa tak rasa penat. even malam-malam terganggu dgn rengekan anak-anak, tak cukup tido tapi saya tetap rasa segar bila bangun awal pagi.

Kawan-kawan wanita saya kat luar sana macam mana? sayangilah diri anda. jangan jadi macam saya, dah lambat baru sedar diri. jagalah diri anda demi suami dan diri sendiri.