Ads Nuffnang

Tuesday, December 18, 2012

Lost World of Tambun, Ipoh

Assalamualaikum.
Rasa lama sgt tak update blog.

Last weekend kami empat beranak & kakak's family gi jenjalan ke Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh. SInce anak2 nak sgt mandi kolam, pilih je tempat yg paling dekat & agak best.

Kami bertolak pada hari Sabtu pagi. 8.30am after breakfast, teruskan pemanduan dari Bukit Beruntung ke Ipoh tanpa henti. Sape yg drive? Saya lah!!! Melalui PLUS, traffic was smooth. dgn bayaran toll sebanyak RM21.10, kami sampai sana around 9.30am.
arissa-irfan-muaz-aina

Sampai je, terus angkut beg and beratur beli tix. Harga tix:
Adult: RM45/pax
Child: RM38/pax
Child with height below than 90cm, free entrance!
Jadi kami bayar RM128 untuk 3 person.

Ramai jugak pengunjung sbb ada family day MIDF.

Lepas tukar baju swimming, kami simpan beg yg ada brg berharga dlm locker berbayar. RM10 per locker. Boleh buka tutup byk kali sampai la kita nak balik.

Lepas tu berendam la semua macam kerbau..hahhahaha. Sorry tak snap gambar lgsg sbb tak kuasa nak basahkan camera. Arissa dgn pelampung individunya, berenang dgn Papa. sampai diheret ke area plg dalam tu. bukan papa heret dia tapi dia yg heret papa. bertuah!

Irfan pulak mmg duduk je atas pelampung yg kakak saya sewa kat situ. Untuk sewa pelampung, bayar RM25 tapi bila dah return pelampung, dia refund RM10.

Lepas puas hati main air yg penuh ombak sampai menjerit2 tu, kami gi makan kat cafe. Antaranya:
Nasi lemak ayam berempah = rm8 sebekas (Sedapppp wooo!!)
Crepe choc + peanut butter = rm5
Cucuk seafood 2 batang = rm4.50
Lain-lain, ada mee goreng mamak, mee kari, aiskrim, etc.

Kemudian, kami gi main game yg ada. alah, game yg macam kat Genting Highland tu, cuma tak terlalu scary. naik tu, mama yg pejam mata, Irfan ok je. berani jugak irfan ni yer.

Kami teruskna berjalan ke tasik pulak. bagi makan ikan & itik, pastu naik paddle boat. caj untuk paddle boat rm5 per pax. tak kira adult atau child. syiok jugak ehh. kayuh sampai letih, pastu stop.


Pastu sambung berjalan ke Petting Zoo. Sangat mini tapi kira ok la. Ada burung, ular, hedgehog, landak, ikan, etc.

Pastu masuk dalam gua. apa nama taktau. boleh la tgk condition dalam gua. besar gak.

oh ye, naik tram skali. round2 keliling kawasan tu. boleh laa...sume games and entrance tu dah cover skali dalam tix yg awal2 tu, takde caj tambahan dah.

jam 6.30pm, kami check-out dr situ dan terus ke Kinta Riverfront Hotel and Suites. Kami amik Kinta Premier iaitu suites with 2 bedrooms. It cost us RM350 per nite exclude breakfast. kira murah lah kan dgn condition yg agak selesa. Ada living area, dining area, kitchen, peti sejuk, master bedroom with queen size bed, tv 32in and aircond. 2nd bedroom ada 2 single bed yg agak besar dan aircond. yg tak bestnya call nak mintak iron & iron board tak jawab sampai ke sudah.

Malamnya tu kami dinner di Medan Selera dekat dgn Majlis Bandaraya Ipoh, dekat je dgn Ipoh Parade. Best jugak makanan situ. yg goreng2, satay, jus. sedap la. charge taktau sbb kakak & Papa yg bayar.

Esoknya kami gi breakfast kat kedai mamak. sambil jumpa ex-housemate masa kat U dulu. Namanya Pn Aay. anak2 dia comel sgt. Haseef & Humaira. Geram!

lepas check out hotel, kami gi lunch di rumah mak sedara Papa kat Tambun. menjamu ikan kerapu, ayam panggang, rambutan, pulasan, dokong, manggis dan diakhiri dgn cempedak goreng. fuhh...makan sampai kenyang mcm ikan buntal, pastu baru gerak balik. time balik mmg traffic sangat selow. Sebelum tu sempat singgah kat Lost World of Tambun, beli souvenir sikit. hehe.

Kepada sesapa yg nak ke sana, boleh jadikan ni sebagai budget reference ye. Ni kiranya percutian budget. Untuk berseronok dalam masa singkat, memang seronok.


No comments: