Ads Nuffnang

Wednesday, September 25, 2013

biz trip to Rostock

Assalamualaikum.

Kali ni bersiaran dari benua Eropah. jauh bebenor ehh..nak buat cane. dah rezeki terpijak. honestly ni kali kedua saya jejak kaki ke luar negara. ye la. kocik2 tak nak blaja pandai2.  kalau pandai mesti dah dpt gi blaja oversea.  kannnnnnn...ntah ye ntah tidak.

kali pertama buat passport 2011. gi Melbourne utk verify testing.  kat company lama dulu dpt offer gi oversea tak kena time. 5x saya reject. 1x je accept.  yg x jd pon byk.


jadinya, lps mengharungi onak duri utk dpt cash advance. akhirnya sy depart dari klia pd 22/9/13 jam 3.30am. berat sgt hati. pg sabtu arissa demam panas.  tido je for the whole day.  beberapa minit sblm kami gerak ke airport,  arissa bangun. dia peluk saya kuat2.  taknak lps. meraung2 bila nenek tarik nk dukung dia. terpaksa tgal dia kt rumah T__T


berlepas dgn Qatar Airways dr Klia. slps 6 jam penerbangan transit 2jam di Doha. masa tu jam 6am Doha. matahari cerah sgt. sempat solat Subuh.

jam 8am teruskan penerbangan dgn Qatar Airways.  slps 7jam landing di Munich. slps transit 5jam, sambung terbang ke Rostock dgn Lufthansa City Line. 1jam dah sampai. Terus amik cab menghala keHotel Neptun. charge cab 70euro. brape Rm? 1euro bersamaan dgn rm4.30.





Temperature 15degc. sejuk sgt.










hari ni dah start seminar.  ngantuk.  jetlag masih ada. perut lapo. seriously perut n tekak melayu ni takleh terima makanan terlalu barat. hasilnya makan megi ngan kebab.


ok la korang. dh nak tido. esok sampai jumaat ada international symposium plk. skrg dah 10pm. kat mesia dah 4am. sini lambat 6jam. ada masa sy update lg ok.

rindu anak2 :-(

bye

Friday, September 13, 2013

Iklan: Curtain @SR

Assalamualaikum.

Korang ingat lagi tak my previous entry pasal HSH: Curtain #2 ?? If lupa....then click SINI.

Niat suci murni saya masa tu nak share pasal deko kat rumah sendiri dgn kawan2 jer..tapi tak sangka la plak ramai yg baca entry tu rupanya. tima kasih daun keladi sudi baca ye.. malu i~

Sekali tailor curtain sent text message berbaur gumbira. Katanya ramai contact nak tempah curtain. Diorang dapat contact number dari entry ni la. Saya pon tumpang happy dgn Kak Ida. tu namanya rezeki melimpah ruah tu. haaa..

Jangan cakap saya amik komisyen ke hape..ni namanya tolong-menolong sesama bangsa. tak rugi pon. kalau saya nak jadi tailor memang tak laaa kannn..nak tekan mesin jahit pon terkial2. apatah lagi nak jahit baju curtain bagai~ cukup jahit tangan, tu pon setakat tampal baju seluar anak yg koyak...hahahha..

So kalau ada sape2 kat area Saujana Rawang atau kawasan2 berhampiran yg berminat nak tempah curtain rumah, tak kisah ler rumah baru ke, rumah kurang baru ke, janji rumah korang...heheh..boley laa contact Idanis Curtain [Kak Ida] di nombor ni --> 013 4328363. 

korang jgn risau, kak ida ni senang nak berunding. Tambah2 lagi dia memang tolong menyenangkan keja korang. 

Macam saya hari tu:
1- contact kak ida
2- jumpa dia. belek katalog jenis2 curtain. pilih jenis mana korang nak - Eyelet, Pleat, tak pleat, sume ada. kalau belum beli rail, kak ida ada jual gak rail untuk curtain. Bidai pun ada. 
3- kak ida akan gi rumah saya untuk amik ukuran tingkap/pintu yg nak dipasang curtain.
4- pastu dia bagitau ukuran kain yg diperlukan.
5- saya pon pegi la soping kain curtain ikut bajet. kain dah ready, hantar la ke rumah kak ida. bayar la deposit sikit kan. sesuka hati je kalau nak tempah pape tak letak deposit ;p
6- bila dah siap, dia contact and set date untuk gi pasang. saya hari tu kak ida pasang rail, curtain & sheer untuk semua tingkap dalam rumah dan jugak blind untuk tingkap dapur.
7- dah pasang, boleh ler saya tersenyum tersengih dengan curtain yg santek iteww.

ni contoh curtain yg kak ida jahit:
ni curtain ruang tamu rumah saya.
Jenis Eyelet, 1 piece kain.

sumber: FB Idanis Curtain.
jenis Eyelet, 2 pcs kain.

Sumber: FB Idanis Curtain.
Kalau tak silap jenis Spore Pleat.
kalau silap mintak hampunn

macam saya hari tu, kain curtain & sheer beli sendiri +/- RM600.

upah jahit curtain & sheer semua tingkap + upah pasang curtain & sheer semua tingkap + beli rail semua tingkap + upah pasang rail semua tingkap + beli blind dapur + upah pasang blind semuanya berjumlah LESS THAN RM1000. murah kann..

ye, murah la kalau nak compare dgn korang gi beli dan pasang sendiri. penat hokeh.

okay la, kalau berminat sila contact Idanis. jangan contact saya pulak...ehehhe

bye~

Monday, September 9, 2013

to be launched in 2014 ;-)

Assalamualaikum.

ps. lepas baca entry ni, saya sgt sgt sgt tidak memerlukan sebarang ucapan tahniah atau komen yg berkaitan drpd kwn2 di wall/post FB sehingga saya umumkan sendiri. via whatsapp is allowed. harap maklum.

pertama sekali, saya nak mintak ampun byk2 kalau ada kwn2 yg penah main teka2 di fb. saya rasa ramai yg dah boleh agak lepas baca post2 saya di FB. ada yg tanya tapi saya tak jawab. mintak hampunnnn sgt2.

bukan maksud nak berahsia. saya bukanlah artis ponnn..cuma rasanya tak perlu dikongsi selagi ia masih tak pasti. malas nak ngadu mabuk bagai sebab pada saya ia adalah item wajib bila dalam keadaan tersebut. kita je yg rasa. kawan2 hatta suami pon tak boleh tolong okayyy...

ikutkan awal2 dulu saya memang tak bersedia. langsung tak bersedia. pendek kata TAKNAK LAGI. kan saya baru je join new company. at least confirm keja dulu. bagi condition stable dulu. tambahan lagi saya tak cukup tenaga nak uruskan anak2 sendirian. ye, husband ada kat rumah tp 6.30am dah keluar, lewat malam baru balik keja. kiranya anak2 semua saya uruskan. berkejar jugak lah kan.

tapi bila cik P tak datang hampir 2 bulan. bila kerap sangat rasa nak terkucil. tak ke berdebar2 aku time tuh. yg bestnya aku mudah sgt marah. korang imagine saya ni memang garang. dah pulak jadi makin garang. husband pulak mudah sgt merajuk & mudah melenting. apekes??? tapi sabo je la kan. rasa nak marah gi ngaji quran. banyak kali terdetik nak beli upt tapi rasa malas.

satu hari, sebab kerap sgt nak terkucil, hampir sejam skali masuk toilet, saya bersedia. amik upt dan hasilnya...........positive. 2 line kaler purple yg sangat terang benderang. taktau nak express. saya menangis. terus bagitau husband dalam nada marah. saya taktau nape saya marah. tapi nasib baik husband pujuk dan berlembut dgn berhemah sekali. hahhaha...

dari hari tu, saya pasang mindset. redha dina, redha. Allah bagi rezeki. Tahun 2013 membawa banyak rencana. Husband is being promoted. Saya dapat keja baru. kami naik rumah baru. anak2 akan dapat adik baru ;-)  ;-)


izz III tgh hisap jari ;-)

ok. kepada yg tertanya2 sebelum ni, semuanya dah terjawab di sini.

memandangkan saya akan terbang ke Eropah dalam masa 2 minggu lagi atas urusan kerja, doakan kandungan saya selamat hingga dilahirkan dan membesar sebagai khalifah Allah yg beriman. first time fly lebih 12 jam masa pregnant, harap sgt semuanya selamat. risau jugak. tapi since doctor benarkan dan dah issue letter pon, saya akur. sekarang dah 18 weeks. EDD insyaAllah awal feb 2014.

doakan ye.

terima kasih & bertemu lagi di next entry ;-)







Monday, August 26, 2013

Open House @SR

Assalamualaikum.
[entry ni tiada gambar]

Sabtu lepas akhirnya berjaya kami organized rumah terbuka cum house warming di  rumah. First time buat makan2, jemput orang ramai2. sebelum ni tak pernah langsung. lagipon rumah sewa tak berapa nak luas. bajet pon takde. mood ke laut. so malas!

Open house ritu kami invite adik beradik, sedara mara, kengkawan opis & jiran2 dekat rumah. Ada yg lupa nak dijemput. sori sgt2. last minute decision tu.

Sabtu pagi kami shopping bahan2 masak di NSK Rawang. memang berbaloi lah. masa sama, my BIL a.k.a. masterchef shopping rempah ratus kat Tesco. tengahari baru start bertungkus lumus kat dapur. ngam2 kul 5 semua menu meja kerusi khemah ready! gate terbuka luas...terus ada tetamu sampai ;-)

Menu simple aje:
1- mihun & mi soto
2- mihun goreng
3- satay ayam & daging
4- kuah kacang
5- air oren
6- keropok klate mari
7- kerepek kentang, popia mini, biskut raya sebalang
8- nasi impit

itu saje ye. Tapi suka sangat sangat sangat bila tengok setiap tetamu merasa setiap menu. stay lama makan bertambah2. ramai yg puji satay sedap...tempah kat 1 stall satay di country homes rawang. kami kena tambah order sbb laju sgt habis..hehe..memang seronok walaupon banyak sup terrlebih gara2 ada beberapa individu yg beriya2 suruh buat open house tapi diri sendiri tak datang senyap sunyi tanpa info...tapi takpe, anggap takde rezeki kan. as a lesson learnt, kalau buat jemputan, lets say total 200 org, buat menu less than that lah. takde la membazir sangat.

Syukur kawan2 yg saya jemput semua datang walaupon dari jauh. yg tak dapat datang pun bg reason so takde la rasa apa2 kan. yg kelakarnya my bff siap silap pegi rumah org lain. turun keta, masuk rumah org tu, salam2, pastu baru perasan silap rumah. haha...tq my bff sudi datang walaupon terpaksa rempuh jem yg sgt teruk.

apa pon, saya tetap puas hati dan tak rasa rugi langsung sebab semua yg datang sporting & makan dgn banyaknya!!

terima kasih kepada my BIL Ajai dari Ampang Katering. Masakannya menang terrrbaekkkk!!

terima kasih kat sedara mara & member2 saya & husband yg datang meraikan majlis. cukup meriah & menyeronokkan!!

;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)


Wednesday, August 21, 2013

yeayy! Rumah dah ok sket ;-)

Assalamualaikum.

hanya lepas 4 bulan pindah rumah, baru la berkesempatan nak cantikkan rumah. maklumlah pindah rumah dulu tak cuti langsung. pastu busy je manjang. pindah je main susun je. ruang tamu dah rupa klinik dah. kenapa? ye lah, sofa sume letak tepi dinding. hehe..memang nampak luas tapi kurang menarik sikit.

sejak bulan posa hari tu, ntah apa mimpi, terasa nak tukar susun atur perabot. semuanya bermula dgn sebakul pinggan mangkuk di tepi laluan dapur. walaupon masa tu tak larat tapi rasa geram nak basuh pinggan mangkuk cawan sume. wah..clear dah laluan dapur ni. pastu husband decide nak turunkan tv ke tingkat bawah. boring katanya. ok, ada rezki kita beli tv baru ;p

sofa 3+2+1 sumenya letak kat bawah, tambah itu ini. dan hasilnya...

yippie yippie yeayy!! dah nampak rupa rumah kepada owner rumah. tapi maap..malas nak letak gambar kat sini..macam poyos jerr..hihihi..[selama ni dok poyo sesorang tak perasan kewww]..sebenornya gambar belum transfer..nanti2 lah ye.

cuma agak kagum dgn pemaju rumah. walaupon binaan rumah tak sebesar mana tapi lepas susun2 tu still nampak luas. luas untuk rumah terrace lah. jangan imagine macam seluas bungalow. kiranya designer memang ambik kira size sofa, size set dining, condition berkumpul reramai, budak2 nak berlari, etc. setakat ni sgt berpuas hati.

tinggal nak siapkan bilik2 je... ;-)

rindu nak balik rumah..boleyy

Saturday, August 17, 2013

We are 6!

Assalamualaikum.

Tak penah2 buat post pasal anniversary. Tup-tup hari ni buat entry ehh...

Hari ni genap 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama.

Menjadi isteri di usia yg cukup mentah bagi saya..23tahun. Baru grad. Baru mula kerjaya.
Memang taktau apa2. Mula dari zero.

Bergelar ibu ketika 24tahun. Masih kekok dalam segala hal. Tapi secara perlahan-lahan belajar pasal parenting & motherhood. belek buku PaMa. Tanya mak sendiri. belajar dari pengalaman. Kongsi jugak dgn kawan2 ofis.

Berpengalaman keguguran zuriat ke-2 di usia 25tahun. Masa tu masih belum bersedia. Mungkin ada hikmahNya.

Terima zuriat lagi di usia 26tahun. masa pregnant kental tinggal berdua dgn irfan sebab husband takde masa tu. tapi rilek je lah kan. berlambak lagi ibu2 lain yg hidup dalam PJJ. tabahkan hati je la. nak merungut pon tak guna. tapi saat2 macam tu lah yg mendidik kita jadi kuat sebenarnya. setuju? kalau nak, cubalah. jangan lah bergantung harap sepenuhnya dgn suami.

Usia 29 tahun Alhamdulillah dapat tinggal di kediaman sendiri. walaupun tak besar & mewah, selagi boleh didiami kami 4 beranak & asalkan tidak menyewa itu sudah lebih dari cukup. terima kasih husband kerana berjaya menyediakan segala kelengkapan anak2 isteri dgn cukup. Walaupon kadang2 ada permintaan yg tidak boleh dipenuhi tapi bukanlah tahap takleh hidup. Asalkan yg wajib & sunat ada, bersyukurlah. yg sampingan tu boleh dicari kemudian hari.

Sepanjang kahwin tipu la kalau takde pahit manis. kalau manisss je sepanjang masa tak syok gak kan. kalau pahit memanjang pon ada something wrong tu. Tapi pahit manis tu ialah fasa pembelajaran ilmu perkahwinan.

*google*

Saya sentiasa mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.


Izz Khairyana
17.8.2007 ~ 17.8.2013



Friday, August 16, 2013

aidilfitri 8-11Aug13

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri korang...

Cane sambutan raya? Meriah?? Suram?? Sedang-sedang??
Tak kisah la asalkan anak2 kita semua happy beraya di kampung halaman.

Saya sefamili mula bercuti raya pd 7aug, hari rabu. Kami gerak dari rumah dalam 7am jugak walaupon plan asal ialah selesai solat Subuh. Suka sangat traffic di PLUS arah utara memang clear. Saya drive dari rumah sampai Taiping. Pastu husband continue drive. 11am dah sampai Alor Setar, terus ke CIMB dan pekan Rabu. Shopping kata ko. Sampai rumah MIL dalam 1pm gitu.

Raya 1st macam biasa gi solat sunat aidilfitri. pastu lepak kat rumah sbb awal pagi dah ramai yg datang. dah lengang sikit baru kami round kampung gi rumah sedara mara. jalan kaki je. rumah semua pun dekat2 je.

family potrait.
irfan tido la pulak time ni.

Raya 2nd, banyak melapuk tengok tv. Petangnya gi rumah SILs.

Raya 3rd, ada kenduri rumah mak menakan. petang gi open house kawan di company lama. nak gi rumah member lain ramai yg dah balik KL. Malamnya berkumpul adik beradik makan ikan bakar. best!

Raya 4th, kami dah bersiap sedia nak balik rawang. Husband kena masuk keja Isnin tu walaupon cuti sebenarnya. Takpe la bang. keja la selagi mampu. Saya drive dari rumah MIL hingga ke Simpang Pulai. Traffic teruk dari Gurun-Juru-dan seterusnya. Saya tahan nak terkucil dari Sg perak sampai Simpang Pulai. bayangkan! rasa nak berenti je tepi hiway tapi perasaan malu masih menebal okeh. dah jumpa toilet kena beratur panjang pulak. Sabo je lah. Husband continue drive. Sampai rumah kul 12am. 13jam memandu oii...

Jem teruk di Simpang Pulai.
2 jam stucked kat sini.
Cubaan lalu jalan lama pon gagal. Lebih teruk jemnya.

Isnin sampai Rabu melapuk kat rumah dgn anak2. Taska off. Saya pon terpaksa la off-kan diri jugak. Husband tak dapat nak cuti. Cuti mak la jugak yg kena perabih..hehe..demi anak mak sanggup jeww..

Baru start keja semalam. Perasaan lemau dah makin berkurang. Semangat kerja sudah mari...


Happy working peeps!!

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum...


Selamat bercuti...
Pandu kereta berhati-hati...
Salam Aidilfitri dari kami.

Friday, August 2, 2013

Mode Raya

Assalamualaikum.

lama sgt tak update blog...siap my bff request suruh update blog..ok la, keranamu Zara, aku terpaksa curi sikit masa okeh.

kering idea sebenarnya. tapi takpe memandangkan kurang 10 hari lagi kita nak beraya, saya citer pasal puasa & raya je la. bagi perasaan gumbira membuak-buak...walaupon takde sgt dah keterujaan nak beraya sejak umur meningkat ni.

Puasa tahun ni cane..ok? saya alhamdulillah puasa berlangsung dgn baik skali ;-)
petuanya....tamatkan sahur dgn sebiji kurma, sebiji Vitalea Shaklee dan segelas besar air putih..
kalau tinggalkan semua tu especially kurma, boleh collapse dibuatnya.

Bonus raya...tak dapat nak merasa. baru 3 bulan di tempat baru adalah mustahil untuk merasa bonus.
ex-company tahun ni sakan tauuu, berbonus berincrement bagai~ berbulan2 pulak tu..ada kawan tanya saya tak menyesal ke...saya jawab tak menyesal langsung! kenapa?
1- apa la sangat bonus/increment sebanyak tu dgn duit yg saya perlu habiskan di lebuhraya setiap hari. sebulan dah cecah rm800 hanya untuk toll & fuel!
2- apa la sgt bonus/increment sebanyak tu dgn pembaziran masa saya setiap pagi dan petang. pagi berkejar. petang bermarathon. sampai ofis lambat. nak ke?
3- apa la sgt bonus/increment sebanyak tu kalau nak dibandingkan dgn melayan kerenah anak2.

ini bukan ayat penyejuk hati.
ini ialah reality.
sekarang saya dah senang hati.
duit tak cukup takpe boleh tadah tangan depan suami ;-)

hal balik kampung macam mana pulak? korang jangan gaduh2 tau...buat la sistem giliran supaya adil. takde la bermasam muka.

kalau laki bini kampung sebelah atau satu negeri, wan-tu-som je la...1st raya kt rumah in law, 2nd raya rumah mak sendiri, gilir2. kalau jarak jauh sikit balik la 2 hari sana, 2 hari sini.

kalau laki bini negeri jauh, ikut turn. lets say korang cuti 9 hari, 4 hari sana, 4 hari sini. satu hari lagi tu pepandai korang la.

macam saya, sorang kedah, sorang kelantan. memang sebelah menyebelah tapi cramp bontot dok lelama dalam kereta. jadi kami buat keputusan macam ni. katakan tahun 2012 turn beraya di kelantan..jadinya seminggu tu kami di kelantan. tapi seminggu before cuti raya, kami akan cuti 4 hari balik berpuasa di kedah.

tahun 2013, turn raya di kedah. jadi seminggu sebelum bercuti raya, kami cuti 4 hari balik berpuasa di kelantan. kan senag tu...memang la membazir sikit cuti nya dan duit pon berhabis sikit lah tapi kami ok je as long as boleh focus di rumah satu pihak.

walaupon dulu ada gak sedara yg x puas hati dgn cara kami, siap tepon memalam buta suruh balik kampung masa tu gak tapi sorry, it's non of your business. kami buat sesuatu biar adil. bukannya tak balik langsung dlm setahun tu.

berbalik pada cerita raya tahun ni...cuti nuzul quran hari tu baru je balik berpuasa di kelantan. memang puas hati la, sakan berjalan, sakan menyoping, sakan makan!

kalau orang lain beriya beli baju raya kat KL nun, saya beli kat kampung je lah. kat kampung pon berlambak baju cecantik. tak payah nak berpeluh sampai nak pengsan. serik dulu membeli belah kat PKNS. fuhhh~ nak pengsan mak..so tahun ni kami berkaler merahnya-mak-ngah..fabric kain tenun kauuu...beli kat kampung tapi i pastikan i meletopp pop-popp di mata suami!! nice & simple je..macam biasa no-celoreng2, no bunga2 lebat...not my taste..hihihi

baju anak2 kebetulan ada sales 70% untuk baju polo kat parkson KB, haa..mengamuk la membeli sesambil bonus takde pon. rembat la selai dua yg cantik di mata untuk Arissa. Irfan ni susah sikit sebab banyak baju murah tapi tak meet requirement mata mama papa lah pulak. esok la gi cari selai dua.

tang duit raya kami tak tukar pon lagi. yg tahun lepas ada lagi. tahun2 lepas punya terjumpa masa kemas bilik..syukur..rezeki tuuu..nak duit raya sila la berkunjung ke rumah okeh ;-)

sebelum say good bye, layankan gambar anak2 tersayang...

anak makin membesar, balancekan ilmu utk dia.
quran & jawi usah diabaikan.

perghh..laksam kelantan meletopp-pop-popp

otw Ipoh-KBR

superboy & supergirl

syioknya dia makan durian

dah lama sgt nak makan macaroni bakar..
burpp..alhamdulillah

jalan-jalan bazaar stadium dgn nenek

kecur air liur ku~

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Jemput datang ke rumah ye..
Walaupon tiada kuih raya, insyaAllah saya hidangkan sesuatu untuk tetamu ;-)



Friday, July 12, 2013

1st time admitted

Assalamualaikum.

rindu giler nak update blog weh. Tapi masa tak mengizinkan.
Nak update kat phone kecik cenonet, sakit mata.
Nak update kat laptop, honestly saya dah terminate broadband maxis.
kenapa?? takde coverage langsung!
bayar FREE jer berbulan2, gunanya tak boleh. Bila call nak terminate, boleh la dia offer macam2.
kau nak offer macam2 tu sila la upgrade coverage area SR ni dulu. nak cakap phone pon kena cari area tertentu...stress!!

Berbalik kepada tajuk asal, Irfan first time masuk ward.
dulu2 masa baby penah la stay hospital 1 malam sebab jaundice.
pastu bila demam, bagi ubat ok je.

nak djadikan cerita, seminggu sebelum jerebu teruk melanda, Arissa yg demam dulu. 5 hari gak la dia demam. terus amik ubat kat Klinik Kanak-Kanak Tan. makan dlm 4 hari ok. tapi makan ratus jugak la kena bayar. takpe, demi anak sanggup berhabis asalkan sihat.

Arissa dah kebah, Irfan pulak yg demam. Masa tu hari ahad masa mula2 jerebu tu.
bawak gi klinik panel. ok la, temperature tinggi sikit. balik makan ubat, berpeluh.
tido malam tu, mak aihh...macam sentuh cerek panas. kejut bagi ubat, kebah la sikit.

Isninnya, saya EL nak jaga Irfan. tengahari ke petang elok je dia. Berlari, bermain, mengusik adik. Tapi malamnya panas balik. Eh..pelik betul. Saya pikir mungkin sebab makan ubat tak ikut jam.

Selasa saya EL lagi. irfan demam tapi tak terlalu panas. doa dalam hati, insyaAllah kebah la nanti.

Rabu, takkan nak cuti lagi. keja bertimbun kat opis tu. Hantar jugak gi taska. kesian dia...berat sungguh hati hantar anak tak sihat gi taska. Memang la terjaga, tapi ramai budak kan. pandai2 la anak mama jaga diri agaknya ye... (nangis)...Petang lepas ofis hour bawak Irfan gi Klinik Kanak-Kanak. Mana tau kot2 dengue. Tapi doctor kata bukan dengue tapi tonsil. So dapat ubat baru.

Khamis, husband pulak EL. memang nampak Irfan tak larat. So hari tu memang papanya jadi misi la. bagi ubat ikut jam yg ditetapkan. Malamnya ok la sikit. bangun makan, bermain, etc.

Jumaat bawak gi taska. Tapi tetap tak gi tadika. Irfan sendiri yg request. Saya kat ofis takleh focus. Sejam skali kot call cikgu nak tau dia ok ke tak. Cikgu kata makan macam biasa. Cuma dia macam tak larat. Daahhhh, risau pulak aku. Rehat tengahari gi jenguk kat taska. Diam je dia. Baring. Bisik kat dia, "malam ni abang kena gi hospital tau. Bagi doctor cucuk amik darah sikit". Bagitau awal2 so that dia boleh prepare mental.

Petang tu, tepat2 5.30pm saya punch out. terus bawak gi klinik berdekatan nak amik reference letter. Confirm doctor suruh bawak ke hospital. nak balik rumah jauh la jugak kan. makan masa jemnya lagi. Sampai rumah, solat, mandi, dinner, packing apa yg patut..siap angkut tilam bagai...sebab naluri saya yakin Irfan kena admit.

Around 11pm sampai KPJ Damansara Specialist Hospital. menunggu lama gak tapi takde la berjam-jam macam spital lagi satu tu. Experience saya dulu gi spital petang kul 12am baru jumpa doctor hokeh.
lepas jumpa doctor, kena amik darah. Tak sangka Irfan tak nangis apa2 pon.
amik darah untuk blood test

tunngu blood test result

Lepas sejam gak, doctor tunjuk blood test result. No dengue BUT ada infection sikit dalam darah. Confirm masuk ward. dalam 20 minit gitu dah boleh masuk ward. Insurance hanya cover untuk 4-bedded tapi ok la sebab kami org kedua dlm tu. Takde la bising sangat. Luas jugak area satu katil. Muat la letak tilam kat tepi tu.

masa ni baru je sampai ward. around 2am gitu.

layan Disney Jr. Channel
Pagi esoknya still demam. Tapi lebih baik dari dok rumah la kan. Dok spital ni time mak bapak tido pon misi datang check temperature, drip ubat, drip air, bagi nebuliser.
nebuliser

dah ok sikit time ni
Malamnya still high temp balik. Aduii..risau betul. Tapi takde la risau lelebih kan coz terjaga & dijaga. Makan pon best. Share dgn mama sebab pesakit takde selera sangat.
dah sihat sikit gi main kat playroom dgn adik

malamnya demam lagi.

pilih menu harian
Syukur Alhamdulillah, lepas 3 hari 2 malam berkampung di hospital, akhirnya Irfan dibenarkan discharge. Seronok weyy..rindu nak tido atas katil. Hehe~

Terima kasih kepada Datin Dr Mardziah Alias & nurses yg baik hati semua ;-)
Terima kasih jugak kepada insurance company saya sebab tolong bayar bills. hehe..

Bye~
Ada masa saya update lagi. Miss you all!

Monday, June 3, 2013

cuti skolah

Assalamualaikum.

Apecer dgn cuti sekolah kali ni?

Sy x amik cuti pun. Tgu akhir tahun ni je lah.

Jadi kami pon bwk la anak2 gi Lake Park. Seronok betul diorang layan playground.



Kat rumah layan karok dgn mama. Maklumlah mama kan fans Mior Kilauan Emas. Aiseyhh
.best tauu. Rock habesss.

Yg irfan karok sampai nk pecah perut aku oiii...

Ok la korang. Sy x leh hadap sgt skrin android ni. Sakit mata.

Bye

Tuesday, April 23, 2013

HSH: Ruang makan

Assalamualaikum.

Dining area atau bahasa melayu disebut ruang makan.
Lain orang, lain citarasa.

Pada yg baru berumahtangga mungkin memilih dining set 4+1.
Kebiasaannya ramai yg memilih saiz standard 6+1. Just nice.
Untuk yg punya family besar mungkin memilih dining set 8+1 atau 10+1 atau lebih.

Material dining set jugak ada banyak option.
Nak yg besi, kayu biasa, kayu jati berukir, bersalut emas pon ada!
Semua tu bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing ;-)

Saya pilih dining set 8+1. Solid wood.
Beli di Home Star. Kebetulan diorang buat sale CNY. Harga berpatutan. Dah rezeki kami kot.


Sebelum ni ada dining set 4+1. Kecik bagi kitorg. Time nak berkumpul adik beradik nak susun makanan pun tak muat. Yg ni ok la sikit kot. Walaupon 8+1 tapi tak gedabak. Tak makan ruang. Yg penting, simple. Saya suka...saya suka...

Untuk yg masih mencari, jangan terburu-buru. Pegi usya2 dulu. Mana tau jumpa yg elok, murah dan berkualiti ;-)