Ads Nuffnang

Saturday, August 17, 2013

We are 6!

Assalamualaikum.

Tak penah2 buat post pasal anniversary. Tup-tup hari ni buat entry ehh...

Hari ni genap 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama.

Menjadi isteri di usia yg cukup mentah bagi saya..23tahun. Baru grad. Baru mula kerjaya.
Memang taktau apa2. Mula dari zero.

Bergelar ibu ketika 24tahun. Masih kekok dalam segala hal. Tapi secara perlahan-lahan belajar pasal parenting & motherhood. belek buku PaMa. Tanya mak sendiri. belajar dari pengalaman. Kongsi jugak dgn kawan2 ofis.

Berpengalaman keguguran zuriat ke-2 di usia 25tahun. Masa tu masih belum bersedia. Mungkin ada hikmahNya.

Terima zuriat lagi di usia 26tahun. masa pregnant kental tinggal berdua dgn irfan sebab husband takde masa tu. tapi rilek je lah kan. berlambak lagi ibu2 lain yg hidup dalam PJJ. tabahkan hati je la. nak merungut pon tak guna. tapi saat2 macam tu lah yg mendidik kita jadi kuat sebenarnya. setuju? kalau nak, cubalah. jangan lah bergantung harap sepenuhnya dgn suami.

Usia 29 tahun Alhamdulillah dapat tinggal di kediaman sendiri. walaupun tak besar & mewah, selagi boleh didiami kami 4 beranak & asalkan tidak menyewa itu sudah lebih dari cukup. terima kasih husband kerana berjaya menyediakan segala kelengkapan anak2 isteri dgn cukup. Walaupon kadang2 ada permintaan yg tidak boleh dipenuhi tapi bukanlah tahap takleh hidup. Asalkan yg wajib & sunat ada, bersyukurlah. yg sampingan tu boleh dicari kemudian hari.

Sepanjang kahwin tipu la kalau takde pahit manis. kalau manisss je sepanjang masa tak syok gak kan. kalau pahit memanjang pon ada something wrong tu. Tapi pahit manis tu ialah fasa pembelajaran ilmu perkahwinan.

*google*

Saya sentiasa mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.


Izz Khairyana
17.8.2007 ~ 17.8.2013



No comments: