Ads Nuffnang

Wednesday, January 9, 2013

Mode Verangan: My Home Office

Assalamualaikum.

Petang yg lemau ni, laju je otak saya verangan jauh ke depan.

Pindah rumah baru nanti, saya dah set bilik bawah akan jadikan:
1- playroom anak2,
2- bilik solat,
3- home office saya.

Mesti semangat je nak buat keja persendirian kan. Sangat sesuai untuk business from home.



Biasanya sape2 yg masuk rumah baru mesti akan mengalami kekangan ekonomi, kekangan masa dan tenaga. Impian seperti gambar di atas tak akan tercapai rasanya. Saya hanya nak recycle dining table sekarang sebagai meja. hanya perlukan rak tambahan sebagai ruang pameran.

Mak aih, besarnya cita2 saya. Jauhnya saya verangan.


Moga-moga tercapai la angan2 saya ni. Buat masa skrg kerja tetap kerja. Sebab minat bisnes dlm jiwa ni, saya akan teruskan jugak. tak kisah sekadar jadi dealer atau bantu kwn2 asalkan saya dapat belajar selok-belok perniagaan.

Saya percaya sesuatu yg besar bermula dari kecil. Saya hanya suka berkongsi. Tak kisah apa pandangan orang sebab saya tak memaksa orang membeli.  Tapi jika ada yg menyokong, saya sangat berbangga dgn kepercayaan anda terhadap saya.

Saya akui yg saya punya banyak kelemahan. Banyak yg perlu dipelajari. Perlukan motivasi dari mentor2 yg sudah berjaya.

Bye. Adios.





Friday, January 4, 2013

irfan arissa @TDD

Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.
(mcm nak baca berita je bunyinya).

Awal2 tahun ni saya percaya ramai ibubapa hantar anak2 ke sekolah. ada yg cuti seminggu utk hantar masuk darjah 1. yg anak tadika pun cuti jugak? tak patut..tak patut...(ayat utk diri sendiri..haha).

hey, of course la excited okay, anak masuk tadika, mak nak tengok cane gelagat diorang. menangis? melompat? no respon? haa..penting tau!! kaum bapak mungkin tak ambik port sgt anak masuk tadika. "alaa..tadika je pon, bukan sekolah lagi..". itu ayat standard roomate i. taktau la ayat roomate you all kannn.

back to the topic, tahun 2013 ni, Irfan dah masuk kelas 5 tahun. respon dia masih sama. menangis. menangis. menangis. sungguh drama king!! padahal tahun ni ialah tahun ke-3 dia tadika kat sini. Irfan dah mula tadika pada 2011, masa tu umur dia 3 tahun.  apa yg dia takutkan saya tak pasti. punya la takut mama tinggalkan dia. cikgu suruh beratur, dia meraung. cikgu suruh buka kasut dia menangis. nasib baik cikgu2 baik tau...lama tu dia senyap tapi masih nampak raut ketakutan di wajahnya. biasa la, anak sulung. memang gitu kot. bila amik time petang tu ok je pong~
kanak2 beratur utk morning assembly 

mendapat semangat kekuatan dari Arissa

Arissa, selepas 11 hari meniup lilin sempena ulangtahun ke-2, dah masuk tadika kelas 3 tahun. You are still my baby, Arissa. tapi adik lebih cool dari abang. mula2 je nangis, pastu terus okay. cikgu suruh duduk, dia duduk. cikgu suruh berdiri dia berdiri. lepas habis assembly, semua si kecik 3 tahun dibawa ke tadika diorang. Memandangkan taska 0-3 yrs beroperasi di banglo 2 tingkat, jadi tingkat atas ialah pusat jagaan manakala tingkat bawah dijadikan kelas 3 tahun. sangat best. ;-)
arissa tak menyabar lgsg

kelas tadika 3 tahun

happy2 sebelum sessi pembelajaran bermula ;-)

We Love Tadika Dunia Dinamik!