Ads Nuffnang

Wednesday, February 27, 2013

HSH: Curtain

Assalamualaikum.

Berehat sebentar sambil berangan.

Dah lama saya tak update pasal my-home-sweet-home. Lama benor tapi taakkk pindah pindah lagi. Macam besar sgt rumahnya walhal pondok cenonet ajo.

Bukan taknak cerita tapi sepanjang tempoh diam tu, ada ketidakpuasanhati dengan khidmat contractor lama. Terpaksa ambil tempoh panjang sedikit untuk dapatkan contractor baru yg boleh dipercayai kemampuannya.

Alhamdulillah bermula awal 2013, kerja2 minor renovation kembali. Setakat ni, cuma tinggal main gate, painting & beberapa item nak kena touch-up. InsyaAllah akan berpindah around Mac-April ;-)

walaupon banyak yg kena postpone due to financial, sekurang2nya kerja2 major dah siap ;-)

This weekend, husband nak cat rumah. Yang dapat dicapai cat sendiri. Yang tinggi2 tu masih upah orang.

Saya? Nak tempah curtain satu rumah..yeayyy!!




Jadi, apa lagi..jom menghitung $$$$$....

Friday, February 22, 2013

Besarnya Fadhilat Ayat Kursi

Assalamualaikum.
Salam pagi Jumaat.

Pagi ni bersiaran dari rumah. Take care of my daughter yg dapat chickenpox since last Monday. Harapnya jangan melarat sampai ke next week.

Saya dapat info ni dari FB my colleague.

7 Fadhilat Mengamalkan bacaan Ayat Kursi.
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tida k menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setia p perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampai kanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Jom sama-sama kita amalkan ;-)

Thursday, February 14, 2013

Damai

I love the scenery ;-)

Taken at my current workplace ;-)

Tenang dan damai ;-)

otw

view dari surau

Wednesday, February 13, 2013

Nasihat dari kubur

Assalamualaikum.

Just to share.


Nasihat Kubur:
lepas baca silakan share..

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan
TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber
SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca
AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal
SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan
SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan
PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah
"LAILAHAILALLAH"

Kirim
ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Kerana, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan
Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia stroke.
Terus &  terus baca & amalkan agar syaitan stroke dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di
SEBARKAN, tak penting punnn, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda

DIY Project

Assalamualaikum.

How's your holiday? Ecehh, cakap omputeh la plak kan.
Korang gi mana cuti CNY hari tu?
1- Balik kampung?
2- Melapuk kat rumah?
3- Bercuti?
4- Bawak anak gi zoo?
5- Semua di atas?

Sesapa yg balik kampung mesti merasa kesesakan trafik di highway. Saya dah merasa setiap tahun. Paling teruk last year. Lepas zuhur gerak dari Alor Star. 10pm masih di bukit gantang. Sampai rumah 12.30am. Hebat tak hebat. Lesson learnt, tahun ni, cuti CNY, lepak kat rumah ajer. Hati senang~

Senang citer saya banyak melapuk kat rumah. Kemas rumah. Buat project DIY!


Asalnya geram tengok kotak ceiling fan bebanyak menyemak bilik. pikir balik, ada bagusnya kalau buat simpan barang. Tapi kasi nampak cun sikit la kan.

Bahan-bahan:
1- Beli pembalut hadiah yg santek2. Ala, sekeping baru rm1.50 kot. Satu kotak menggunakan 1 & 1/2 wrapper.
2- Gunting/cutter
3- Glue
4- Tape
5- Kotak-kotak recycle

Cara-cara:
1- Bahagikan sekeping wrapper kepada 2 bahagian.
2- Tampal wrapper kat kotak side by side dgn glue.
3- Kemaskan balutan dgn letakkan tape.

Tadaaaa~

DIY  #day1

DIY #day 2

Susunan toys yg lebih kemas.
lega hati mak.....

Total cost RM15 untuk 6 boxes.
Biasanya saya habiskan RM20 (paling minimum) untuk setiap box yg beli kat kedai.

Nak jimat duit? Nak dapatkan toys box yg menarik?

Jom DIY!



Friday, February 1, 2013

"Last Minute"


Assalamualaikum.

Saya rasa korang pernah tengok ni kat FB kot. Sbb saya pon dapat dari FB jugak.

Bila baca rasa nak tergelak. Kenapa?? Terkena batang hidung weyy..hahhaha

Tak keseorangan kot. kawan2 seangkatan pon lebih kurang.

Masa belajar U dulu, segelintir mmg suka buat assignment last minute. Study exam last minute. Tapi u know what...study last minute ni boleh score tau. A+ giteww~ hahhaha...kalau tak pecaya boleh la cuba ;p

Time keja ni, memang laaaa kerap kali jugak last minute. Tapi buat keja last minute ni membuatkan kita lebih focus dan senang memahami apa yg yg kita buat. Since tak cukup masa, sambil buat keja dgn dikejar masa, kita takde la buat derrk je kan. sambil buat, sambil faham. Last minute macam mana pon make sure ada masa untuk discuss dgn boss ye! jangan membuta tuli jerrr...bahayoo~

Jangan salah faham pulak tau. 
Entry ni sekadar meluahkan pendapat peribadi saya yg bekerjaya sbg yg disebut di atas. apa org nak cakap saya tak kisah. yg saya tau belajar engineering mmg sedikit sukar tapi kerjanya tak sesukar yg disangkakan. Cuma perlu banyak berfikir secara teknikal dan perlu berkorban masa. Apa pun cukup bersyukur di atas rezeki Allah. Kalau tak jadi jurutera, mungkin saya seorang ..... errr, wartawan?? bisneswoman?? housewife?? hehe..

ok. bye~