Ads Nuffnang

Monday, August 26, 2013

Open House @SR

Assalamualaikum.
[entry ni tiada gambar]

Sabtu lepas akhirnya berjaya kami organized rumah terbuka cum house warming di  rumah. First time buat makan2, jemput orang ramai2. sebelum ni tak pernah langsung. lagipon rumah sewa tak berapa nak luas. bajet pon takde. mood ke laut. so malas!

Open house ritu kami invite adik beradik, sedara mara, kengkawan opis & jiran2 dekat rumah. Ada yg lupa nak dijemput. sori sgt2. last minute decision tu.

Sabtu pagi kami shopping bahan2 masak di NSK Rawang. memang berbaloi lah. masa sama, my BIL a.k.a. masterchef shopping rempah ratus kat Tesco. tengahari baru start bertungkus lumus kat dapur. ngam2 kul 5 semua menu meja kerusi khemah ready! gate terbuka luas...terus ada tetamu sampai ;-)

Menu simple aje:
1- mihun & mi soto
2- mihun goreng
3- satay ayam & daging
4- kuah kacang
5- air oren
6- keropok klate mari
7- kerepek kentang, popia mini, biskut raya sebalang
8- nasi impit

itu saje ye. Tapi suka sangat sangat sangat bila tengok setiap tetamu merasa setiap menu. stay lama makan bertambah2. ramai yg puji satay sedap...tempah kat 1 stall satay di country homes rawang. kami kena tambah order sbb laju sgt habis..hehe..memang seronok walaupon banyak sup terrlebih gara2 ada beberapa individu yg beriya2 suruh buat open house tapi diri sendiri tak datang senyap sunyi tanpa info...tapi takpe, anggap takde rezeki kan. as a lesson learnt, kalau buat jemputan, lets say total 200 org, buat menu less than that lah. takde la membazir sangat.

Syukur kawan2 yg saya jemput semua datang walaupon dari jauh. yg tak dapat datang pun bg reason so takde la rasa apa2 kan. yg kelakarnya my bff siap silap pegi rumah org lain. turun keta, masuk rumah org tu, salam2, pastu baru perasan silap rumah. haha...tq my bff sudi datang walaupon terpaksa rempuh jem yg sgt teruk.

apa pon, saya tetap puas hati dan tak rasa rugi langsung sebab semua yg datang sporting & makan dgn banyaknya!!

terima kasih kepada my BIL Ajai dari Ampang Katering. Masakannya menang terrrbaekkkk!!

terima kasih kat sedara mara & member2 saya & husband yg datang meraikan majlis. cukup meriah & menyeronokkan!!

;-)  ;-)  ;-)  ;-)  ;-)


Wednesday, August 21, 2013

yeayy! Rumah dah ok sket ;-)

Assalamualaikum.

hanya lepas 4 bulan pindah rumah, baru la berkesempatan nak cantikkan rumah. maklumlah pindah rumah dulu tak cuti langsung. pastu busy je manjang. pindah je main susun je. ruang tamu dah rupa klinik dah. kenapa? ye lah, sofa sume letak tepi dinding. hehe..memang nampak luas tapi kurang menarik sikit.

sejak bulan posa hari tu, ntah apa mimpi, terasa nak tukar susun atur perabot. semuanya bermula dgn sebakul pinggan mangkuk di tepi laluan dapur. walaupon masa tu tak larat tapi rasa geram nak basuh pinggan mangkuk cawan sume. wah..clear dah laluan dapur ni. pastu husband decide nak turunkan tv ke tingkat bawah. boring katanya. ok, ada rezki kita beli tv baru ;p

sofa 3+2+1 sumenya letak kat bawah, tambah itu ini. dan hasilnya...

yippie yippie yeayy!! dah nampak rupa rumah kepada owner rumah. tapi maap..malas nak letak gambar kat sini..macam poyos jerr..hihihi..[selama ni dok poyo sesorang tak perasan kewww]..sebenornya gambar belum transfer..nanti2 lah ye.

cuma agak kagum dgn pemaju rumah. walaupon binaan rumah tak sebesar mana tapi lepas susun2 tu still nampak luas. luas untuk rumah terrace lah. jangan imagine macam seluas bungalow. kiranya designer memang ambik kira size sofa, size set dining, condition berkumpul reramai, budak2 nak berlari, etc. setakat ni sgt berpuas hati.

tinggal nak siapkan bilik2 je... ;-)

rindu nak balik rumah..boleyy

Saturday, August 17, 2013

We are 6!

Assalamualaikum.

Tak penah2 buat post pasal anniversary. Tup-tup hari ni buat entry ehh...

Hari ni genap 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama.

Menjadi isteri di usia yg cukup mentah bagi saya..23tahun. Baru grad. Baru mula kerjaya.
Memang taktau apa2. Mula dari zero.

Bergelar ibu ketika 24tahun. Masih kekok dalam segala hal. Tapi secara perlahan-lahan belajar pasal parenting & motherhood. belek buku PaMa. Tanya mak sendiri. belajar dari pengalaman. Kongsi jugak dgn kawan2 ofis.

Berpengalaman keguguran zuriat ke-2 di usia 25tahun. Masa tu masih belum bersedia. Mungkin ada hikmahNya.

Terima zuriat lagi di usia 26tahun. masa pregnant kental tinggal berdua dgn irfan sebab husband takde masa tu. tapi rilek je lah kan. berlambak lagi ibu2 lain yg hidup dalam PJJ. tabahkan hati je la. nak merungut pon tak guna. tapi saat2 macam tu lah yg mendidik kita jadi kuat sebenarnya. setuju? kalau nak, cubalah. jangan lah bergantung harap sepenuhnya dgn suami.

Usia 29 tahun Alhamdulillah dapat tinggal di kediaman sendiri. walaupun tak besar & mewah, selagi boleh didiami kami 4 beranak & asalkan tidak menyewa itu sudah lebih dari cukup. terima kasih husband kerana berjaya menyediakan segala kelengkapan anak2 isteri dgn cukup. Walaupon kadang2 ada permintaan yg tidak boleh dipenuhi tapi bukanlah tahap takleh hidup. Asalkan yg wajib & sunat ada, bersyukurlah. yg sampingan tu boleh dicari kemudian hari.

Sepanjang kahwin tipu la kalau takde pahit manis. kalau manisss je sepanjang masa tak syok gak kan. kalau pahit memanjang pon ada something wrong tu. Tapi pahit manis tu ialah fasa pembelajaran ilmu perkahwinan.

*google*

Saya sentiasa mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.


Izz Khairyana
17.8.2007 ~ 17.8.2013



Friday, August 16, 2013

aidilfitri 8-11Aug13

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri korang...

Cane sambutan raya? Meriah?? Suram?? Sedang-sedang??
Tak kisah la asalkan anak2 kita semua happy beraya di kampung halaman.

Saya sefamili mula bercuti raya pd 7aug, hari rabu. Kami gerak dari rumah dalam 7am jugak walaupon plan asal ialah selesai solat Subuh. Suka sangat traffic di PLUS arah utara memang clear. Saya drive dari rumah sampai Taiping. Pastu husband continue drive. 11am dah sampai Alor Setar, terus ke CIMB dan pekan Rabu. Shopping kata ko. Sampai rumah MIL dalam 1pm gitu.

Raya 1st macam biasa gi solat sunat aidilfitri. pastu lepak kat rumah sbb awal pagi dah ramai yg datang. dah lengang sikit baru kami round kampung gi rumah sedara mara. jalan kaki je. rumah semua pun dekat2 je.

family potrait.
irfan tido la pulak time ni.

Raya 2nd, banyak melapuk tengok tv. Petangnya gi rumah SILs.

Raya 3rd, ada kenduri rumah mak menakan. petang gi open house kawan di company lama. nak gi rumah member lain ramai yg dah balik KL. Malamnya berkumpul adik beradik makan ikan bakar. best!

Raya 4th, kami dah bersiap sedia nak balik rawang. Husband kena masuk keja Isnin tu walaupon cuti sebenarnya. Takpe la bang. keja la selagi mampu. Saya drive dari rumah MIL hingga ke Simpang Pulai. Traffic teruk dari Gurun-Juru-dan seterusnya. Saya tahan nak terkucil dari Sg perak sampai Simpang Pulai. bayangkan! rasa nak berenti je tepi hiway tapi perasaan malu masih menebal okeh. dah jumpa toilet kena beratur panjang pulak. Sabo je lah. Husband continue drive. Sampai rumah kul 12am. 13jam memandu oii...

Jem teruk di Simpang Pulai.
2 jam stucked kat sini.
Cubaan lalu jalan lama pon gagal. Lebih teruk jemnya.

Isnin sampai Rabu melapuk kat rumah dgn anak2. Taska off. Saya pon terpaksa la off-kan diri jugak. Husband tak dapat nak cuti. Cuti mak la jugak yg kena perabih..hehe..demi anak mak sanggup jeww..

Baru start keja semalam. Perasaan lemau dah makin berkurang. Semangat kerja sudah mari...


Happy working peeps!!

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum...


Selamat bercuti...
Pandu kereta berhati-hati...
Salam Aidilfitri dari kami.

Friday, August 2, 2013

Mode Raya

Assalamualaikum.

lama sgt tak update blog...siap my bff request suruh update blog..ok la, keranamu Zara, aku terpaksa curi sikit masa okeh.

kering idea sebenarnya. tapi takpe memandangkan kurang 10 hari lagi kita nak beraya, saya citer pasal puasa & raya je la. bagi perasaan gumbira membuak-buak...walaupon takde sgt dah keterujaan nak beraya sejak umur meningkat ni.

Puasa tahun ni cane..ok? saya alhamdulillah puasa berlangsung dgn baik skali ;-)
petuanya....tamatkan sahur dgn sebiji kurma, sebiji Vitalea Shaklee dan segelas besar air putih..
kalau tinggalkan semua tu especially kurma, boleh collapse dibuatnya.

Bonus raya...tak dapat nak merasa. baru 3 bulan di tempat baru adalah mustahil untuk merasa bonus.
ex-company tahun ni sakan tauuu, berbonus berincrement bagai~ berbulan2 pulak tu..ada kawan tanya saya tak menyesal ke...saya jawab tak menyesal langsung! kenapa?
1- apa la sangat bonus/increment sebanyak tu dgn duit yg saya perlu habiskan di lebuhraya setiap hari. sebulan dah cecah rm800 hanya untuk toll & fuel!
2- apa la sgt bonus/increment sebanyak tu dgn pembaziran masa saya setiap pagi dan petang. pagi berkejar. petang bermarathon. sampai ofis lambat. nak ke?
3- apa la sgt bonus/increment sebanyak tu kalau nak dibandingkan dgn melayan kerenah anak2.

ini bukan ayat penyejuk hati.
ini ialah reality.
sekarang saya dah senang hati.
duit tak cukup takpe boleh tadah tangan depan suami ;-)

hal balik kampung macam mana pulak? korang jangan gaduh2 tau...buat la sistem giliran supaya adil. takde la bermasam muka.

kalau laki bini kampung sebelah atau satu negeri, wan-tu-som je la...1st raya kt rumah in law, 2nd raya rumah mak sendiri, gilir2. kalau jarak jauh sikit balik la 2 hari sana, 2 hari sini.

kalau laki bini negeri jauh, ikut turn. lets say korang cuti 9 hari, 4 hari sana, 4 hari sini. satu hari lagi tu pepandai korang la.

macam saya, sorang kedah, sorang kelantan. memang sebelah menyebelah tapi cramp bontot dok lelama dalam kereta. jadi kami buat keputusan macam ni. katakan tahun 2012 turn beraya di kelantan..jadinya seminggu tu kami di kelantan. tapi seminggu before cuti raya, kami akan cuti 4 hari balik berpuasa di kedah.

tahun 2013, turn raya di kedah. jadi seminggu sebelum bercuti raya, kami cuti 4 hari balik berpuasa di kelantan. kan senag tu...memang la membazir sikit cuti nya dan duit pon berhabis sikit lah tapi kami ok je as long as boleh focus di rumah satu pihak.

walaupon dulu ada gak sedara yg x puas hati dgn cara kami, siap tepon memalam buta suruh balik kampung masa tu gak tapi sorry, it's non of your business. kami buat sesuatu biar adil. bukannya tak balik langsung dlm setahun tu.

berbalik pada cerita raya tahun ni...cuti nuzul quran hari tu baru je balik berpuasa di kelantan. memang puas hati la, sakan berjalan, sakan menyoping, sakan makan!

kalau orang lain beriya beli baju raya kat KL nun, saya beli kat kampung je lah. kat kampung pon berlambak baju cecantik. tak payah nak berpeluh sampai nak pengsan. serik dulu membeli belah kat PKNS. fuhhh~ nak pengsan mak..so tahun ni kami berkaler merahnya-mak-ngah..fabric kain tenun kauuu...beli kat kampung tapi i pastikan i meletopp pop-popp di mata suami!! nice & simple je..macam biasa no-celoreng2, no bunga2 lebat...not my taste..hihihi

baju anak2 kebetulan ada sales 70% untuk baju polo kat parkson KB, haa..mengamuk la membeli sesambil bonus takde pon. rembat la selai dua yg cantik di mata untuk Arissa. Irfan ni susah sikit sebab banyak baju murah tapi tak meet requirement mata mama papa lah pulak. esok la gi cari selai dua.

tang duit raya kami tak tukar pon lagi. yg tahun lepas ada lagi. tahun2 lepas punya terjumpa masa kemas bilik..syukur..rezeki tuuu..nak duit raya sila la berkunjung ke rumah okeh ;-)

sebelum say good bye, layankan gambar anak2 tersayang...

anak makin membesar, balancekan ilmu utk dia.
quran & jawi usah diabaikan.

perghh..laksam kelantan meletopp-pop-popp

otw Ipoh-KBR

superboy & supergirl

syioknya dia makan durian

dah lama sgt nak makan macaroni bakar..
burpp..alhamdulillah

jalan-jalan bazaar stadium dgn nenek

kecur air liur ku~

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Jemput datang ke rumah ye..
Walaupon tiada kuih raya, insyaAllah saya hidangkan sesuatu untuk tetamu ;-)