Ads Nuffnang

Wednesday, August 20, 2014

Tujuh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...kami sudah 7.
7 apa? 7 anak?
semestinya salah ye tekaan itu.
yg betulnya 7 tahun.
baruuu kawen 7 tahun. masih dalam fasa pertama.

kenapa fasa pertama?
sebab masih dalam tahun2 pertama utk capai kestabilan dlm pelbagai sudut.
hah, amek ko ayat buku teks.

ye la, kawen ni bukan perlu cinta kasih sayang saje. kalau yg lain takdo, nan hado.
banyak kot nak kena amik berat.
tapi pada saya benda paaaaling utama dalam perkahwinan ialah SABAR!
setuju tak?

sabar dalam baaaaanyak perkara.
kalau tak sabar memang payah sebenarnya.
ingat dulu mak saya penah cakap, sebuah perkahwinan tu kunci dia adalah SABAR!
kalau tak sabar, memang sekejap je punah.
bila saya pikir balik memang betul.

alhamdulillah kami baru melangkah ke tahun ketujuh bersama.
rezeki..macam2 rezeki Allah dah bagi. tapi kita je yg tak nampak.
dok nampak orang lain yg lebih je.
sebenarnya Allah dah bagi adil pada hamba2Nya.
kita je yg kena belajar menikmati & mensyukuri kan.

Kalau nak trace balik sejarah2 utama gembira sepanjang tahun2 tersebut:
2005 - berkenalan
2006 - saya grad & bertunang
2007 - saya dapat kerja pertama, miliki kereta pertama, diijabkabulkan & graduation.
2008 - dikurniakan anak pertama.
2009 - keguguran anak kedua & miliki kereta kedua.
2010 - beli rumah & dikurniakan pengganti anak kedua.
2011 - pertama kali jejakkan kaki di Melbourne.
2012 - tahun2 saya sibuk cari kerja baru...hahhaha
2013 - pindah ke rumah sendiri, bertukar tempat kerja & berpeluang menjejakkan kaki di Germany.
2014 - dikurniakan anak ketiga.

sejarah tu macam takde kaitan kan.tapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.
1- walaupon ekonomi tak sestabil mana, tapi masih mampu untuk punyai harta dari titik peluh sendiri.
2- terpaksa tinggalkan anak2 kecik sebab terpaksa gi oversea atas urusan kerja. gembira dalam duka namanya tu. susah tau suami nak handle sorang2. nasib baik my parent bantu.
3- murah rezeki dgn kurniaan saham akhirat.

hanya mampu sujud syukur dgn segala pemberian Allah.
impian kami seterusnya:
- nak mencantikkan rumah..hahha, yg ni memang belum tercapai lagi. ongkosnya sgt tinggi. nasib dah jalan separuh masa belum pindah hari tuh. takpe, sabarr...sabarrr
- naakkk sangat3 menunaikan umrah. kalau ada rezeki buat Haji lagi bagus.
- naakkk sangat gi Jepun. tu memang tempat yg buat aku meleleh air liur dgr citer laki aku hoiii...dia siap cakap, "kita gi 2 je nak tak, anak2 tinggal. gi sekejap je dah la.."..sedih plak aku bab kena tinggal anak2..huuuu..tengok la dulu.
- nak melakarkan corak terbaik utk anak2. yg ni pon laaagi perlu tahap kesabaran yg amat tinggi. pheww~ (lap peluh)
- seterusnya nak stabilkan apa2 yg belum stabil.

Untuk kenangan 7 tahun bersama........



Tuesday, August 12, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum.

Masih dalam Syawal. Masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya kat kengkawan sume.
Acaner raya korang? Mesti la best kannnn.

Tahun ni turn beraya di Kota Bharu. Harusla kegembiraan berganda2 kebaboommm..
Tetambah lak sume 7 beradik raya bersama, giler ko tak suker.

Kitorang gerak balik kampung hari Sabtu, 26 July..Perghhh, jalan sesak usah cakap..
Lepas sahur terus siap mandikan anak2. angkut beg brg2 siap dlm keta. 630am kunci pintu sume.
Singgah isi minyak keta sat.Beli bekal makan anak2. Terus naik hiway.
Haa..amek ko..keta dah banyak selow meloww..memang selow takleh nak cakap.
Dari Rawang sampai Bidor jalan mcm semut. Guna jalan dalam..lalu kot Felda tuh..
stesen minyak kedai hape pon tarakk...sikit lagi nak sampai Tapah...beraturrrr baek punya!
Tak kuasa dah jalan hiway & jalan dalam sume full, makanya naik hiway semula..
beratur la dari Tapah saaaampai laaaa ke terowong Menora tuh.
korang imagine lah dari Ipoh nak ke Menora yg sepatutnya beberapa minit je dah jadi 3 jam saje kat situ..choiii...sangatlah lunyai dgn anak2 kecik...fengsan!
Bukan nya ada eksiden ke apa pon...
Tu nasib baik tak  lalu karak gua musang. kawan lalu situ 18 jam..!!
Tahun ni trafik balik raya yg kedua paling worst dalam hidup.
siap buka posa dalam keta kat masjid Jeli.sampai rumah mak kul 9pm.
Alhamdulillah sampai dgn selamatnya.

Malam raya hari org buat ketupat saya siap buat kelas Qaseh Gold lagi.
adik beradik awal2 rembat dulu. nasib baik bawak balik stock. hehehe
yg dah amalkan mesti tau apa kelebihan Qaseh Gold ni..
so memang tak rugi ahh


Raya pertama pagi2 lepas makan & solat sunat Idulfitri, berkumpul la sume.
memang full house dgn adik beradik anak sedara kitorang je.
mak ayah adik beradik 6 org, suami & ipar duai  6 org, anak sendiri & anak2 sedara total 21 org.
pak sedara yg masih solo sorang. hah cer kira ada berapa org sumenya, meriah tak meriah.
gambar kami dgn pasangan masing2.
dari kiri: kakak #5, adik #7, ma & bak, kakak #2, saya #6, kakak #3, abang #4.
abang #1 belum sampai lg masa ni.
kami 6 beradik dgn pak sedara #9 tersayang

ma bak bersama 21 org cucu2 nya.
sebelum amik gambar2 ni sume, dah siap salam2 & bagi duit raya sume dah ni.
saya pon dapat duit raya tauuu..rm200! hahha
best3...mak bagi, kakak bagi, adik ipar bagi..thankssssssss
raya memang meriah tak leh nak cakap ahh...

raya ke-2 baru la abang sulung sampai.
dapat la kumpul sume 7 beradik.
bukan senang nak dapat beramai gini sume.
sorang kat subang jaya. sorang kat kota bharu. sorang kat shah alam. Tiga kat rawang. satu kat Mantin.
raya gini je la dapat jumpa semua pon.
berdiri: saya #6, kakak #5, adik #7
duduk: kakak #2, abang #1, abang #4, kakak #3

Alhamdulillah, sempat ziarah rumah pak mak sedara semua. ada jugak yg tak beraya di KB.
jemputan kawan2 banyak tak dapat dipenuhi. ya ampunnnnn sangat3...
bukan taknak pegi, tapi masa & keadaan tak mengizinkan.
sempat gi rumah ex-roomate kat U je. tu pon skejap je sbb dh dekat dgn tempat kenduri sedara ayah.

Jumaat kami dah gerak balik rumah masing2. konvoi 4 kereta.
cuma nasib tak baik sket. radiator hose keta adik koyak kat tgh jalan di Gua Musang. 
lama gak kat situ dari kul 3pm sampai 6pm gitu.
jumaat...kedai kat Kelantan banyak tak bukak. jenuh la mencari barang spare part nya.
nasib baik ada jugak. nasib baik ada mekanik bertauliah ni...hehehe

sume dah okay, kami gerak melalui Cameron Highlands. Jem la plak kat atas nun. sebab ada besarkan jalan.. jenuh gak laa....kul 11pm singgah solat & makan di Simpang Pulai. 1am baru sampai rumah. traffic lancar cuma banyak kereta. 

Alhamdulillah selamat semuanya. rezeki untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.
Duit raya anak pon first day dah pulun kaw-kaw. hik hik hik...payah tuuu nak dapat camtuuu..
Apa pon sume tu rezeki dari Allah. nanti kita simpan dalam Tabung Haji ehh.
sorang nak beli superbike. sorang lagi nak gi Makkah.

ok. tu saje update hari ni. rasanya belum terlambat nak wish 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR 1435H.
MAAF ZAHIR BATIN.
KALAU ADA SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN.
KALAU ADA BUAT OPEN HOUSE JANGAN LUPA JEMPUT ehhh..
saya tak organize open house tahun ni.
insyaAllah kalau takde aral, akan adakan majlis aqiqah Hana masa ulangtahun pertama nx year.

Ikhlas dari kami:
KHAIRILMUNIR
DIANA YUSUF
IZZ IRFAN HAKIMI
IZZ MIERA ARISSA
IZZ HANA NAFEESA

Note:
1- Anniversary ke-7 lagi 5 hari je lagi.
2- Nak order Qaseh Gold whatsapp 0126951792.