Ads Nuffnang

Wednesday, August 20, 2014

Tujuh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...kami sudah 7.
7 apa? 7 anak?
semestinya salah ye tekaan itu.
yg betulnya 7 tahun.
baruuu kawen 7 tahun. masih dalam fasa pertama.

kenapa fasa pertama?
sebab masih dalam tahun2 pertama utk capai kestabilan dlm pelbagai sudut.
hah, amek ko ayat buku teks.

ye la, kawen ni bukan perlu cinta kasih sayang saje. kalau yg lain takdo, nan hado.
banyak kot nak kena amik berat.
tapi pada saya benda paaaaling utama dalam perkahwinan ialah SABAR!
setuju tak?

sabar dalam baaaaanyak perkara.
kalau tak sabar memang payah sebenarnya.
ingat dulu mak saya penah cakap, sebuah perkahwinan tu kunci dia adalah SABAR!
kalau tak sabar, memang sekejap je punah.
bila saya pikir balik memang betul.

alhamdulillah kami baru melangkah ke tahun ketujuh bersama.
rezeki..macam2 rezeki Allah dah bagi. tapi kita je yg tak nampak.
dok nampak orang lain yg lebih je.
sebenarnya Allah dah bagi adil pada hamba2Nya.
kita je yg kena belajar menikmati & mensyukuri kan.

Kalau nak trace balik sejarah2 utama gembira sepanjang tahun2 tersebut:
2005 - berkenalan
2006 - saya grad & bertunang
2007 - saya dapat kerja pertama, miliki kereta pertama, diijabkabulkan & graduation.
2008 - dikurniakan anak pertama.
2009 - keguguran anak kedua & miliki kereta kedua.
2010 - beli rumah & dikurniakan pengganti anak kedua.
2011 - pertama kali jejakkan kaki di Melbourne.
2012 - tahun2 saya sibuk cari kerja baru...hahhaha
2013 - pindah ke rumah sendiri, bertukar tempat kerja & berpeluang menjejakkan kaki di Germany.
2014 - dikurniakan anak ketiga.

sejarah tu macam takde kaitan kan.tapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.
1- walaupon ekonomi tak sestabil mana, tapi masih mampu untuk punyai harta dari titik peluh sendiri.
2- terpaksa tinggalkan anak2 kecik sebab terpaksa gi oversea atas urusan kerja. gembira dalam duka namanya tu. susah tau suami nak handle sorang2. nasib baik my parent bantu.
3- murah rezeki dgn kurniaan saham akhirat.

hanya mampu sujud syukur dgn segala pemberian Allah.
impian kami seterusnya:
- nak mencantikkan rumah..hahha, yg ni memang belum tercapai lagi. ongkosnya sgt tinggi. nasib dah jalan separuh masa belum pindah hari tuh. takpe, sabarr...sabarrr
- naakkk sangat3 menunaikan umrah. kalau ada rezeki buat Haji lagi bagus.
- naakkk sangat gi Jepun. tu memang tempat yg buat aku meleleh air liur dgr citer laki aku hoiii...dia siap cakap, "kita gi 2 je nak tak, anak2 tinggal. gi sekejap je dah la.."..sedih plak aku bab kena tinggal anak2..huuuu..tengok la dulu.
- nak melakarkan corak terbaik utk anak2. yg ni pon laaagi perlu tahap kesabaran yg amat tinggi. pheww~ (lap peluh)
- seterusnya nak stabilkan apa2 yg belum stabil.

Untuk kenangan 7 tahun bersama........



No comments: