Ads Nuffnang

Friday, December 12, 2014

jalan-jalan KLCC

Assalamualaikum.

Sesapa yg keja dlm negeri Selangor mesti bercuti semalam kan?
Ntah2 dah siap sambung cuti utk hari ni? hehehe

Semalam kitorang gi KLCC. Niat utama nak bawak diorang rasa naik train sebenarnya.
Jadi buat le alasan nak gi Petrosains.
anak2 dah penah sampai dgn rombongan tadika.
Mak bapaknya jakun x penah masuk Petrosains tu.

Kali terakhir jejak KLCC masa irfan umur setahun gitu. 2009!
Tu pon sbb nak kenal Aquaria.
Pastu terus tak pegi dah.
Sekadar lalu luar KLCC je lah ye.
Omak aii, lama nauuu tak jejak klcc tuh.

Jadinya semalam gigih ler kitorang 5 beranak naik komuter dari Rawang.
beli return ticket dari Rawang-KL sentral-Rawang.
Dewasa RM7.20 per person. Child RM3.6 per person. Infant FOC.
seronok sgt ler buleh naik train haa


Sampai KL Sentral lbh kurang 12.00 gitu...
Beratur lak beli tiket LRT...nama pon berzaman x naik LRT kan.
mmg la mcm rusa masuk kampung. memula tu menghala ke kaunter.
seingatnya dulu slumber je boleh beli kt kaunter walaupon dah ada mesin tiket.
terus la menonong je gitau kat cik kak kaunter tu, "KLCC, 2 dewasa, 2 kanak2"
dgn muka mcm cuka, dia cakap, "kan tiket dah ada kat mesin tu, gi beli kat situ lah"
ohh ohh, sungguh sopan jawapanmu cik kak. bagi jawapan elok & sedap didengar tak boleh ke?
awak tu dah la keja hadap masyarakat hari2. sepatutnya bermuka manis, jawab dgn nada baik.
ni takat tu je mampu bg jawapan???
Sekurang2nya bagi le jawapan camnih --> "Ini kaunter khas. Puan kena beli tiket di machine".
kita yg dengar ni pon tak marah. dia ingat dia je yg ada tekanan kerja?

Nasib kami baik, boleh beli tiket LRT dgn lancar. Takde masalah dgn mesin.
Kan ke byk je mesin2 yg tak nak terima duit kertas & syiling baru? Betul tak?

LRT mmg full. Ramai je yg prihatin bagi tempat duduk kat kami.
sbb dok berdukung anak kecik sorang satu.

Sampai KLCC, kami terus ke Level 4. sebelum tu, nak tunggu pintu lift terbuka mmg memerlukan kesabarn yg sgt tinggi je. berjanggut tunggu baru nak bukak. huh..lebih baik naik escalator. lagi laju rasanya.
Di main entrance Petrosains, beli tiket family package. Harga RM30 per family (valid for 2 adults, 2 children). Infant FOC. tapi boleh masuk kul 1.30pm.

Pegi le meround dulu dlm Suria. Gi food court ya ampunnn ramai nya orang.
restoran2 pilihan kitorang pon penuh. anak2 dah lapar.
jalan punya jalan, end up masuk kfc je lah anak2 oii.. tu pon jauh menapak.

1.40 gitu, beratur punya panjang nak masuk ke Petrosains Dark Ride.
Alhamdulillah dapat ler masuk situ kan walaupon orang ramaii sangat.
Panjang jugak ler perjalanan dalam ni. Anak2 le seronok lebih walaupon takde chance sgt nak cuba itu ini.
posing dgn encik Dino

Separuh perjalanan dlm tu, diorang dah mula penat kot...macam2 bunyi dah.
Kul 4.30 kitorang dah bergerak balik naik LRT. takmo berebut dgn org nak balik keja.
Naik komuter je masing2 lelap. ok la tuh. puas hati berjalan kan.

next time, kita gi tempat lain plak eh..
maybe ke Farm In The City.
tapi kena gi bila cuaca dah ok.
sekarang panas hujan silih berganti. mcm tak sesuai sgt.
jadi kena pilih tempat berbumbung je lah.


IKLAN
Minuman Botani Qaseh Gold
membantu untuk melawaskan penghadaman 
juga membekalkan tenaga untuk badan.









Wednesday, December 10, 2014

Tamat sudah perjalanan Irfan di TDD

Assalamualaikum.

Akhirnya Irfan dah tamat belajar di tadika. kelip kelip mata, anak sulung dah masuk standard 1 tahun depan.
Dari umur 3 tahun sampai 6 tahun, maksudnya in total 4 tahun lah Irfan di Tadika Dunia Dinamik.
next year masih di taska dunia dinamik sekadar transit je lah.

Sini nak post gambar2 sepanjang sesi graduasi kanak2 6 tahun last month.
mak baru sempat nak upload nakkk...

get ready utk persembahan Choral Speaking.
Title: When I Grow Up

anak2 dgn papa.
si Hana tu dah kenapa jadi gitu dikkk

terima sijil tamat tadika.
dan jugak sijil pelajar terbaik silat.

tgh beratur nak buat persembahan

perubahan wajah dari umur 3tahun hingga 6tahun..hehe
ada rupa Hana tak??

Irfan ni di mata saya dia pandai sebenarnya.
Cuma tahap keyakinan dia tak cukup.
Dia tau tapi takut2 nak jawab.
Nak bercakap pon sama, nak tanya tapi takut.

jadi sekarang saya latih dia utk byk bertanya.
ajar dia beli barang kat kedai.
masalahnya kat rumah banyak je soalan dia.
kadang2 tu soalan dia mmg unik sampai maknya tak terjawab.

tapi sy dok usya dia masa kat event tadika, dia bercakap je dgn cikgu.
MUNGKIN jugak confidence level dia sedikit rendah sebab mak dia garang?? OH NO!
diri sendiri, sila bykkan zikir YA LATIF...YA LATIF...YA LATIF.

Niat hati nak tgk Irfan terima sijil pelajar cemerlang 6 tahun.
Tapi tak menjadi kenyataan.
last year dia belajar bagus.
Tapi masa sy cuti berpantang, dia ikut balik kg sama. cuti 1bulan setengah.
masuk tadika balik, cikgu bgtau dia lambat sket catch up apa cikgu ajar.
masuk semester 2 baru dia boleh buat balik maths, membaca, etc etc.
oh my!! oh my!!

bak kata cikgu, irfan pandai, tapi sbb cuti lama tu yg jadi gitu.
takpe, nanti kita belajar lagi yer.
sy taknak paksa sgt. kesian dia. byk tekanan.
sy tgk je mana minat dia.
dia suka buat art & craft. berseni rupanya anak aku.
tapi kadang2 rasa takde masa nak layan art & craft dia.
saya cuba sedaya upaya nak luangkan masa wpon masa yg ada 24jam sehari tu sangatttt singkat!
*nangis*

selain art & craft. dia suka bersukan.
main badminton. berlari memang lah. lajuuu sgt dia lari.
baca buku mcm kurang berminat.
matematik boleh buat.
bacaan dalam solat dah bagus. lancar. cuma nak kena betulkan sebutan.

sekarang sy memang jampi diri sendiri supaya kurangkan marah anak2.
walaupon byk kali 'terlanggar pantang larang' tuh.
so far menjadi jugak zikir Ya Latif. rasanya dh kurang sikitttt terpekik terlolong.
tapi masih berlaku jugak.
maap le jiran2 kalau dengar aku terjerit melolong hari2 *malu*

sekian luahan rasa.
Abg irfan, jadi anak yg soleh. anak yg bijak. anak yg beriman.



Friday, December 5, 2014

Biskut Chocolate CHip

Assalamualaikum.

Dua tiga menjak ni..ntah apa mimpi rajin nauu masuk dapur. sebelum ni pon rajin je..tapi masak apa yg tau. malas nak mencuba.

Tapi kali ni rajin plak lah kan nak try itu ini. Anak2 suka, maknya terus rajin la kannn...

Selasa malam. Teringin giler nak makan Chismore Homemade. Dan-dan tu jugak menggoogle resepi.
Jumpa lah satu resepi yg agak senang ni. Uli sekejap je okeh. Hasilnya wallahhh..bukan ala2 chipsmore dah. tapi dah ala2 famos amos..hehehhe...sedappp (puji sendiri..ko hado??)

dapat total 3 balang kueh raya tu..irfan siap bawak bekal gi sekolah lagi haahh..

choc chip yg ada tinggal sket je.
walnut banyak. jadi kita taruk walnut..hehe

Terima kaseh banyak2 pada owner resepi (mahap ler, tak save link blog)

Meh le cuba. Sure tak menyesal.
Resepinya gini le lebih kurang:

Biskut Choc Chip (Credit pada owner resepi)

Bahan2:
1 cawan menetega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 cawan choc chips
1 cawan badam cincang

Cara2:
- Panaskan oven pada suhu 170degC.
- Pukul mentega, gula castor & gula perang hingga kembang & sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat & garam. Pastu masukkan badam & choc chips. Gaul2.
- Bentukkan bulat2. Susun atas tray. Jarakkan antara satu sama lain sbb biskut ni mengembang.
- Bakar selama 15minit hingga biskut keperangan.

TIPS UNTUK BISKUT TEBAL & RANGUP:
Lepas siapkan adunan, masukkan dlm peti sejuk selama sejam. Pastu baru keluarkan dan bentukkan.

Untuk pengguna oven Rubine, make sure knob oven berada di icon dalam gambar ni yer
Saya pusingkan knob oven pada icon ke-2 dari atas.