Ads Nuffnang

Friday, February 27, 2015

Bila anak2 tantrum

Assalamualaikum.

Anak2 korang penah mengamuk tak?
Atau memang biasa mengamuk?

Anak saya ni yg si kecik tu sekarang dah ada tanda2 dah.. suka mengamuk.
Kalau ada benda yg dia tak dapat, memang dia akan baring atas lantai & seret badan dia keliling ruang rumah sambil nangis.

Itu takpe lagi. Mak boleh handle.
Gigit pipi dia cikedd, ok lah tu.. ehehhe

Yang menjadi permasalahan dalam jiwa mak yg sedang meruntun sekarang ni,
bila anak umur 7tahun pon tantrum jugak.
Tantrum lagi hebat kata ko.
memang mak ni hanginnnn jer.
ntah apa jiran cakap ntah. wallahualam.
kalau jiran tak dengar, alhamdulilaaaahhhhhhhhhhhh
kalau jiran dengar??? ya ampuuuunnnnnnnnn akak ucapkan.
memang suara aku memekik melolong malam2. *nangis*

hari2 reset dalam otak, dalam hati, dalam jiwa, dalam perut.
HARI NI AKU TAKMAU MARAH ANAK!!!
TAKMAU MARAH ANAK!!!
DAN TAKMAU MARAH ANAK!!

Okay. First step.

Cakap baik2, cakap elok2.
Cakap dengan perlahan sambil mengukir senyuman.
Cuit2 gurau2 sket.

Pastu dah cuba jugak beristighfar.
Sambil drive, istighfar, baca Ya Latif beratus2 kali.
Baca Quran.
Baca & tiupkan al Fatihah atas ubun2 anak2.
Berbisik kat telinga masa diorang tidur.
Allahuakbar. Macam2 dah cuba buat.

Gi amik anak kat sekolah cakap masih bernada halus mulus lagi.

Sampai rumah, keluar keta anak dah mengamuk tak pasal.
Tumbuk adik yg 5tahun.
hentak2 seat driver dari belakang.
kalau awak kat tempat driver masa tu, hangin tak?
Tak hangin? Syabas!
I have to learn something from you!

Punca dia mengamuk....
berebut barang dgn adik dia lah.
Apa lagi.

Masalahnya skrg saya sendiri pon kurang sabar.
Tapi kalau dengan ayah diorang, elok je perangai sorang2.
*mak pitam*

Pagi tadi belek FB, ada org share pasal tantrum anak.
Jadi saya nak tepek kat sini untuk rujukan diri sendiri dalam masa terdekat.










harap gambar2 kat atas yg sumbernya dari post di FB ni dapat membantu saya.
Insya Allah.



Friday, February 13, 2015

Perginya Tuan Guru Nik Aziz menghadap Ilahi

Assalamualaikum.

Hari ni, Jumaat, 13 Februari 2015bersamaan 23 Rabiulakhir 1436H.
Mendung sangat cuaca hari ni.
Semendung hati saya hri ni.
Bukan saya, malah kami, dan kita semua!

Malam tadi, tak sempat belek fon.
Dalam kul 10malam baru sempat baca whatsapp.
banyak message mengenai berita sedih...
Tuan Guru Nik Abd Aziz, bekas MB Kelantan dan juga Mursyidul Am telah kembali ke Rahmatullah.
Allahuakbar... berdebar jantung saya. Berderau darah. Tetiba rasa sebak. Menggigil.
Terus ambil wuduk dan baca Yassin. Sedekahkan kepada Allahyarham Tok Guru.

Sepanjang hidup saya, kali pertama saya sedih giler masa kami kehilangan nenda tercinta, Allahyarham Rogayah Salleh pada 10 Feb 1999. Masa tu saya Form 3 di SMK Zainab 1, sedang menduduki ujian Geografi. Mak sedara datang jemput di sekolah dgn penuh tangisan. Itu la kali pertama pengalaman saya kehilangan ahli keluarga tersayang. nenda yg kami sayangi, dan turut disenangi oleh sanak saudara & kenalan. hari terakhirnya juga banyak pengalaman menakjubkan yg akan kami ingati sampai bila2. Semoga Syurga tempat untukmu Tokma!  [al-Fatihah]

Selepas tu ada beberapa orang ahli keluarga yg pulang ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiroji'un kepada yg telah pergi dijemput Allah.

Semalam berita pemergian TGNA sangat menyentuh perasaan.
Terasa sangat nak balik.
Patut la dalam tempoh seminggu ni saya sangat2 mengantuk sampai tak boleh celik mata. Entah kenapa, masa sebelum nenek meninggal mata kiri saya berkerdip selama 2 mggu. Pak sedara cakap nak menangis [mungkin sekadar kebetulan].

Kami pernah ke rumah Tok Guru beberapa tahun lepas.
tapi beliau takde kat rumah. Batal hasrat nak jumpa Tok guru.

masa lahirkan Arissa di KB, langsung lupa nak bertahnik dgn Tok Guru.
masa pulang berpantang Hana, ponnn tak sempat nak bertahnik dgnnya.
Mungkin bukan rezeki kami.
masa dapat berita Tok Guru tak sihat sebulan lepas, dah pasang niat balik nnt nak ziarah [jika ada rezeki utk bertemu].
Tapi apakan daya, tak sempat nak ziarah.

InsyaAllah kami akan ziarah di mana Tok guru disemadikan - Pulau Melaka.
Rindu kami pada Tok Guru akan kekal selamanya.
Ulamak yg kami sanjungi & disegani.
Terharu & sebak melihatkan terlalu ramai yg menziarahi & mengiringi jenazah hingga ke liang lahad.
Tiada kata2 yg dapat saya ungkapkan.
Hanya zikrullah yg lahir di lidah & di hati.
Hanya airmata yg bertakung.

Untuk Abg Irfan, Kakak Arissa & Adik Hana,
kamu mungkin tak kenal siapa Tok Guru.
Tapi mama harap satu hari nanti kamu dapat kenali wajahnya di sini.
Mama letakkan gambar & pesanan Allahyarham kepada kita semua untuk panduan hidup di dunia & akhirat.

AL-FATIHAH.

ps. Semua gambar di bawah dari sumber media sosial.







dari Dia kita datang. kepada Dia kita akan kembali.

Wednesday, February 11, 2015

[Deco] Kufi Art

Assalamualaikum.

Dah lama tak citer pasal deko2 rumah.
Memang lamaaaaaaaaaa gilerrr.
Sejak pindah rumah baru, terus takde sempat nak mendeko sangat.
Cuma dok tukar susun atur je lah.

Nak deko2 bagai nak rak ni kena ada fulus yg mantap lah.
tapi niat di hati ni takde lah bagai nak rak mana pon.
Setakat termampu & memenuhi citarasa je lah. kann?

nasib baik sebelum pindah dah buat yg penting & melibatkan kekotoran tahap maksima.
So bila dah pindah, nak ubah itu ini yg minor je lah.
Tu pon rumah berkecah yg amat dah rasa [lap peluh]

Al kesahnya start deko rumah dgn cat dinding bilik anak gadis.

TAPI disebabkan entry ni bertajuk KUFI ART, kesah deko bilik anak ditunda okeh.

Dah berbulan dah cik abe dok search kufi art.
ke merata tempat gak la mencari.
ada yg harga terlebih mahal.
ada yg pilihan terlalu sedikit.
ada yg biasa2 je.
ada yg harga dah ok tapi tgk size cenonet je framenya.
haihh laa..

Akhirnya dia jumpa kat FB.
Kufi Store Shah Alam.
Dia tgk banyak yg lawa2.

Dah alang2 weekend lepas kami dah kat Summit USJ.
Terus melencong ke Seksyen 16 Shah Alam.
Tak jauh sgt dah pon.

Guna apps Maps tak jumpa tempat tu.
Guna Waze nasib baik membantu.
memula call dulu. Hmm, jawab panggilan dgn mesra.
Terus pergi sana.

Kat mana kedainya?
B-1-2 Alam Avenue Persiaran Selangor, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16 Shah Alam.
Landmark --> Berhampiran dgn traffic light JPJ Shah Alam (Padang Jawa)
FB Page --> Kufi Store Shah Alam

Sampai sana, fuhhh.. banyak pilihan.
Nak purchase yg ready stock boleh. Nak tempah pon boleh.
Yg bestnya stock baru sentiasa ada katanya.
Yg penting, layan customer dgn mesra & tiptop.

Korang perasan tak, kadang2...
awal2 kita takde niat nak beli pon tapi bila dapat layanan yg baik terus rasa nak beli. Betul tak?
awal2 kita rasa nakkkk sangat beli tapi bila terima layanan tak baik terus kensel niat tu. Betul tak?

Berbalik pada cerita asal, lepas tanya itu ini, pilih punya pilih punya pilih,
Kami pon beli la satu frame kanvas kufi surah Al-Fatihah bersaiz 36" x 36".
memang cari yg square shape pon.
Kaler pon matching je dgn kaler dinding & curtain [kaler sofa je yg out. hahhaha]

TADAAAAAAAA....


Dah gantung nampak kecik pulak.
Tapi takpe la kan, takde la bagak sangat.
Sesuai la dgn pondok kami yg tak seberapa ni =)


Ni la frame kanvas kufi size 36" x 36".
selain kanvas, ada kufi ukiran kayu jugak.
Banyak sangat pilihan.


Rezeki kami dapat free gift.
Diorang suruh pilih.
So kitorang ambik frame kufi ayat Kursi.
Tepek kat dinding depan pintu masuk rumah.
Area ni belum habes deco lagi.


So korang yg tengah cari Kufi Art untuk gantung kat rumah, boleh ke kedai diorang.
Agak senang nak cari. Confirm tak sesat.
Layanan mesra kepada customer tu bagi saya sangat lah penting.
Boleh pilih2 kat FB diorang jugak.

Ok. buhbye. Adios~

Ps. Iklan ini tidak berbayar oke. sekadar nak share my own experience je.

Tuesday, February 10, 2015

[Qaseh Gold] Achiever's Club Award

Assalamualaikum.

Haritu saya dah citer pasal invitation terima award Qaseh Gold kan. Alhamdulillah.
Dalam pada join rakaniaga secara suka-suka pada awalnya, tak sangka pulak sampai dapat award ye.

So Sabtu 7/2/15 hari tu, ke Summit Hotel la kita.
Nasib baik family pon boleh join sama masuk grand ballroom.
Tapi Hana jerit2 takmau duduk, cik abe usung anak2 gi shopping mall sebelah hotel.

Gambar pon x banyak.
Ini je yg ado.
Ok, tepek kat sini. boley buat kenangan.





Kalau tiada support dari family & friends, takde la dapat ni kan.
Thanks you all!!

Buat business sebab minat.
Bukan fikir income semata-mata.
As long as dapat bantu perkenalkan product berkhasiat untuk korang, tak salah kan?
Yg penting, kandungan Qaseh Gold memang terbaik.
Rasa yg sedap.
Halal & bertaraf IMP.
Keluaran bumiputera Islam.

Nak order, boleh contact saya okeh.
Ada kat sebelah kiri blog ni =)