Ads Nuffnang

Friday, February 13, 2015

Perginya Tuan Guru Nik Aziz menghadap Ilahi

Assalamualaikum.

Hari ni, Jumaat, 13 Februari 2015bersamaan 23 Rabiulakhir 1436H.
Mendung sangat cuaca hari ni.
Semendung hati saya hri ni.
Bukan saya, malah kami, dan kita semua!

Malam tadi, tak sempat belek fon.
Dalam kul 10malam baru sempat baca whatsapp.
banyak message mengenai berita sedih...
Tuan Guru Nik Abd Aziz, bekas MB Kelantan dan juga Mursyidul Am telah kembali ke Rahmatullah.
Allahuakbar... berdebar jantung saya. Berderau darah. Tetiba rasa sebak. Menggigil.
Terus ambil wuduk dan baca Yassin. Sedekahkan kepada Allahyarham Tok Guru.

Sepanjang hidup saya, kali pertama saya sedih giler masa kami kehilangan nenda tercinta, Allahyarham Rogayah Salleh pada 10 Feb 1999. Masa tu saya Form 3 di SMK Zainab 1, sedang menduduki ujian Geografi. Mak sedara datang jemput di sekolah dgn penuh tangisan. Itu la kali pertama pengalaman saya kehilangan ahli keluarga tersayang. nenda yg kami sayangi, dan turut disenangi oleh sanak saudara & kenalan. hari terakhirnya juga banyak pengalaman menakjubkan yg akan kami ingati sampai bila2. Semoga Syurga tempat untukmu Tokma!  [al-Fatihah]

Selepas tu ada beberapa orang ahli keluarga yg pulang ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiroji'un kepada yg telah pergi dijemput Allah.

Semalam berita pemergian TGNA sangat menyentuh perasaan.
Terasa sangat nak balik.
Patut la dalam tempoh seminggu ni saya sangat2 mengantuk sampai tak boleh celik mata. Entah kenapa, masa sebelum nenek meninggal mata kiri saya berkerdip selama 2 mggu. Pak sedara cakap nak menangis [mungkin sekadar kebetulan].

Kami pernah ke rumah Tok Guru beberapa tahun lepas.
tapi beliau takde kat rumah. Batal hasrat nak jumpa Tok guru.

masa lahirkan Arissa di KB, langsung lupa nak bertahnik dgn Tok Guru.
masa pulang berpantang Hana, ponnn tak sempat nak bertahnik dgnnya.
Mungkin bukan rezeki kami.
masa dapat berita Tok Guru tak sihat sebulan lepas, dah pasang niat balik nnt nak ziarah [jika ada rezeki utk bertemu].
Tapi apakan daya, tak sempat nak ziarah.

InsyaAllah kami akan ziarah di mana Tok guru disemadikan - Pulau Melaka.
Rindu kami pada Tok Guru akan kekal selamanya.
Ulamak yg kami sanjungi & disegani.
Terharu & sebak melihatkan terlalu ramai yg menziarahi & mengiringi jenazah hingga ke liang lahad.
Tiada kata2 yg dapat saya ungkapkan.
Hanya zikrullah yg lahir di lidah & di hati.
Hanya airmata yg bertakung.

Untuk Abg Irfan, Kakak Arissa & Adik Hana,
kamu mungkin tak kenal siapa Tok Guru.
Tapi mama harap satu hari nanti kamu dapat kenali wajahnya di sini.
Mama letakkan gambar & pesanan Allahyarham kepada kita semua untuk panduan hidup di dunia & akhirat.

AL-FATIHAH.

ps. Semua gambar di bawah dari sumber media sosial.







dari Dia kita datang. kepada Dia kita akan kembali.

No comments: