Ads Nuffnang

Wednesday, March 11, 2015

Irfan @ Akademi Al-Quran Desa Mas Rawang

Assalamualaikum.

Nak cari mood start keja yg berlambak, kita berblogging dulu.

sebelum ni saya penah citer pasal anak bujang umur 7tahun kuat tantrum kan.
Bila dia mengamuk end up saya yg hangin manjang.
bila saya hangin, jiran2 boleh dengar suara aku tu.
Bila hangin, maap cakap, mulut ni lajuuu je. betul la lidah lebih tajam dari pedang.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullahalazim.

Irfan ni baru darjah 1.
Saya memang belum hantar dia ke kelas KAFA.
tanya2 yg dekat rumah ni, yg under gomen dah penuh.
Tinggal yg swasta. Tapi saya pon tak gi tanya2 sampai ke sudah.
Bukan apa, nak tengok dulu Irfan ni macam mana.
Dia sekolah petang, saya takmo lah dia sampai tertido dalam kelas sebab penat.
Sekarang ni pon dia cakap kadang2 dia terlelap dalam kelas.

Jadinya kami plan nak hantar ke KAFA lepas cuti sekolah tengah tahun nanti.

Tapi bila tengok perangai dia kat rumah yg memang mendorong saya menyirap hari2.
Maka, mencari lah tempat untuk dia belajar.
Bukan belajar silat.
Bukan belajar taekwando.
bukan belajar karate.
bukan belajar bahasa.
bukan nak taksub dia dgn gi kelas tuisyen bagai.

saya mencari kelas yg boleh bantu dia lembutkan hati.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia terangkan minda.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia mengenali kalimah2 suci.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia mendekati Allah.

Bukan saya tak ajar kat rumah. saya ajar.
tapi budak2 ni biasalah, kalau dgn mak sendiri memang payah sikit.
banyak sgt discount nya.
ayah plak sibuk kerja. ada masa sket2 je kat rumah. jadi kadang2 memang tak sempat.

Oleh itu, memula jumpa Al-Baghdadi Learning Centre.
Via google, katanya ada kat Country Homes ni.
Whatsapp online je - tak reply.
Email - ponnn tak reply.
memang bertuah. bukan rezeki masing2 lah tu.

Tanya kawan saya Azlina dia kata cuba tengok kat area Desa Mas, area bersebelahan dgn area rumah kitorang.
Amik no fon dulu. Saya cuba sms. Alhamdulillah berjawab.

pastu isnin saya terus singgah petangnya.
nama premis tu ialah --> Akademi Al-Quran ABS cawangan Desa Mas, Rawang.
ABS is stands for Al-Amin, Bijaksana, Santun.
Saya berjumpa Ustaz Azmi. Dia terangkan pasal pilihan2 kelas pembelajaran yg ada.
pasal registration fee, pilihan sesi yg kita nak & pelbagai program yg ada.

Saya setuju untuk pilih 3 sesi seminggu yg mana yuran sebulan RM60 untuk seorang pelajar.
Sebulan 12x Irfan akan ke kelas tersebut. Hari Rabu ada kelas Ibadah.
Saya pilih hari Selasa (mengaji), Rabu (Ibadah), Khamis (mengaji).
Registration fee RM50. Pastu Muqaddam harga RM17.



kelas setiap hari bermula jam 8.00-9.30malam.

Semalam first time hantar, Irfan nangis.
Nape nangis? Katanya takut susah.
Takpe Irfan, susah2 dulu, nangis2 dulu.
Kenudian nanti mesti rasa senang, penuh dgn senyuman.
Yg penting mama nak abang jadi anak yg soleh, yg berbakti utk mama papa & adik2 bila besar.
jangan keras hati sangat. Masa kecik2 ni la nak lentur kasi selembut sutera tapi tegas.

walaupon sedikit mahal RM60 tu jika nak dikira dgn komitmen bulanan,
tapi mama papa pejam mata je dulu.
kenapa nak berkira untuk ilmu ukhrawi buat anak2 kita kan.
tadika beribu2 boleh bayar je.
nak hantar kelas ilmu agama usah berkira sangat Dina!!!  [peringatan untuk diri sendiri]
walaupon dia mintak jugak nak gi kelas karate hari tu, yg mana yuran pon rm60 sebulan. OMG!!

Takpe Irfan, kuatkan iman & ilmu, insyaAllah fizikal akan kuat nanti.

Semalam bila kami amik dia balik kelas, dah penuh senyum.
"Ustaz baik! kawan2 pon baik!"
Alhamdulillah. Syukur... satu petunjuk yg baik.
tak sabar dia nak gi kelas malam ni pulak.
mama pon rasa jiwa lebih tenang.
kurang sikit rasa nak marah anak2.

ok. adios. Selamat bekerja!



IKLAN
Jom dapatkan produk QASEH GOLD daripada saya.
Follow ig shop saya --> @rizqamira.venture 
Follow fb page saya --> RizqAmira Collection.
Whatsapp saya --> 0126951792 untuk bertanya mengenai produk.

kawan2 saya di oversea pon order berbotol2 buat stock kat sana.
Yg kat malaysia pon non-stop submit order.
Yg belum cuba nak tak???



No comments: