Ads Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Good Bye to our DSMD

sedih.

Saya tak pernah rasa sedih kalau ada sape2 resign. tapi rasa lain sangat bila DSMD nak tinggalkan kami.Sedih sangat. nak menitis air mata.

Antara farewell note dari Tuan Syed yg buatkan saya rasa nak menangis:
  • Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya?  Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri?
  • Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.
  • Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan.  Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang untuk memulihkan P1.
  • Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari.  Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya.  Bukan saudara saudari.
DSMD sorg yg sgt bagus, cekal, dedikasi dlm kerja tanpa mengetepikan agama. yg penting dia sgt mengutamakan pekerja2 bawahannya. tak mungkin kami lupakan jasa2 baik Dato' Seri.

Lirik lagu yg DSMD atatchkan dalam email membuatkan saya gagal untuk habiskan. Sangat menyentuh hati & perasaan.

"There You'll Be" - Faith Hill
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Regards.

Wednesday, May 16, 2012

birthday cakes & door gifts

birthday irfan last week, mama order cake & cookies dari kak Zety Zarina @ putra bahagia, putra heights, subang jaya.
sedap sangat2.

untuk size 4", harga rm4/pc.
untuk size 5", harga rm5/pc.

mama order size 4" sebanyak 30pcs = rm120. design transports.
achik order size 5" sebanyak 20pcs = rm100. design alphabets.
memang pricey tapi puas hati. sedap sgt. cantik. sayang nak makan.

size 4" each



cupcakes choc moist with ganace. plus edible image.
rm75


moist choc cake
below rm70 (x sure harga)

next time saya nak order lg dgn kak zety. puas hati kesedapannya.

Monday, May 14, 2012

irfan's birthday party

sabtu lepas, 12 may 2012, kami buat birthday party untuk anak bujang, Izz Irfan Hakimi yg ke-4.
sekejap je rasanya. dah besar anak bujang mama.

selain irfan, kakak2 saya tumpang birthday anak diorang skali. Haikal (14/5, ke-8) dan muaz aiman (July, ke-4). memandangkan kami adik beradik jarang jumpa, buat sekali family gathering, jemput pakcik & sepupu yg tinggal kat selangor & KL. kebetulan parent saya pun datang sini. boleh sama2 membakar ayam segala. majlis bermula 5.30pm hingga 11pm. memang penat. tapi hati happy!!

layankan gambar2 sepanjang majlis tersebut.

menu2 terhidang. banyak gilerrr. siap tapaukan untuk jiran2.

kek irfan. mana order cupcakes je. tu pun tak habes.
Tempah dari FB Zety Zarina.
Lokasi Putra Bahagia, Putra Heights.
16 pcs cupcakes with ganace & edible image.
Price RM75.
SEDAP!!!


Kek angry bird Haikal.

Kek Muaz Aiman.

persiapan untuk bbq.

arissa demam. mama tak boleh buat apa2.
duudk dgn dia je.

cookies gift.
Tempah dari Zety Zarina.
RM4/pc & RM5/pc. depends on size.
Total 50pcs.


berkelah di perkarangan rumah.

jejaka2 pembakar ayam.

best gilerrrr


Coretan untuk abang Izz Irfan:

"HAPPY BIRTHDAY, ABANG!! mama papa hadiahkan birthday party ni untuk abang. sebelum ni mama tak pernah organize apa2 pun. abang celebrate kat sekolah je tiap tahun. bukan mama taknak buat. tapi selalu je ada aral. aral duit, aral masa, aral lokasi, dan macam2 lagi. hadiah?? abang hari2 dapat hadiah. everytime keluar jalan2 pun abang dapat hadiah kan..hehe..takpe. abang belajar pandai2 ok. nanti mama papa bagi hadiah lagi best untuk abang.

Abang dah besar. abang kena jadi abang. jaga adik. hormat mama papa. hormat orang lain jugak.

Abang belajar pandai2 okay. belajar kat sekolah terkenal. dapat keja bagus. hidup senang. boleh jaga adik2. boleh mama papa tumpang di hari tua esok. yg penting jangan lupa Allah! itu je doa yang mama titipkan untuk anak2 mama, sejak kamu dalam kandungan 1 minggu hingga sekarang.

Mama sayang abang!"

Tuesday, May 8, 2012

bisnes trip

percaya atau tidak, sepanjang hidup ni saya tak penah pegi oversea. org cakap keja proton slalu travel. tapi saya tidak! selalu gi penang je. vendor kat sana kan.

belajar tak berapa pandai, so merantau ke negeri perak je. masuk UTP. kalau pandai mesti blaja oversea kan.

kalau org lain masuk keja beberapa hari, beberapa bulan, dah boleh gi oversea, tapi saya, keja 3 bulan terus kawen. seminggu before kawen sepatutnya saya kena gi Taiwan 5 hari, tapi tak boley pegi sbb trip tu mengganggu jadual nikah kawen saya. TERLEPAS!

lepas kawen pregnant. masa tu kena gi Taiwan jugak. TERLEPAS skali lagi!, saya mabuk teruk siap kena admit.

masa saya sarat pregnant anak ke-2, sepatutnya kena gi Korea seminggu. tapi tak boleh sbb dilarang naik flight. 8 months pregnancy mana boleh fly dah. TERLEPAS lagi!

ketika arissa umur 6 bulan, Jun 2011, saya ditugaskan ke Melbourne seminggu. buat julung2 kalinya saya ada passport. malu? buat apa nak malu. rezeki saya lambatkan. so bertungkus lumus buat pasport, visa, book ticket, amik advance. sedih sgt nak tinggalkan anak2 & suami.

saya masih ingat lagi, lepas salam & cium irfan, irfan nak follow saya turun escalator. tapi dihalang oleh akak guard. terus irfan meraung2 sambil jerit "mama..!! mama...!!"..papa pegang dia kuat2. saya tgk skejap tapi tak sanggup. apa reaksi saya masa tu? saya lambaikan tangan skejap, pekakkan telinga, tak tengok belakang dah, tapi air mata saya mengalir... (kalau papa gi oversea, siap jerit "bye Papa..bye Papa!!!" lagi..)
awal tahun 2012, saya sepatutnya dihantar ke Korea, station kat sana untuk sebulan. saya tolak dgn alasan anak kecik perlukan ibu. boleh??? bos memahami dan tempat saya digantikan dgn rakan sekerja.

memang rugi lepas peluang kenal negara orang. tapi demi anak2, saya tak sanggup berpisah lama dgn diorang.

so nak tayang gambar2 ketika jejak kaki ke negara orang. best ke? best lagi malaysia kot. kat sana nak makan pun susah, teringat anak2 lagi. setiap malam call anak2.
Holiday Inn, melbourne

takut nak tido sorg2

first meal masa baru sampai. rembat kat 7e.

Melbourne City

rumah kat sana cantik & simple

Flinders Street

memory dgn kwn2

Komen:
- sedih kena tinggalkan family.
- sukar tido malam sorg2.
- susahnya nak cari makanan halal. 1 malam, vendor blanje makan seafood. balik mabuk. macam makan benda beralkohol jer.
- masa meeting request satu bilik untuk solat. diorg provide bilik kecik. pinjam bekalan kain pelikat rakan lelaki.
- cuaca sejuk menggigil2. tapi suka yg dingin tak melampau.
- suka shopping souvenirs.
- suka boleh bwk balik duit byk2. kat sana jimat2 je subsistance allowance.
- lenguh badan dok dalam flight selama 8 jam.
- tak suka balik je kena buat report pelbagai.

oleh itu, saya sgt2 menolak segala tawaran untuk oversea business trip. sekian.

p/s: papa bila nak gi oversea lagi? mama nak follow!

langkawi - day 3

hari ni last day kami kat sini. bangun pagi. kemas2 nak balik alor setar.




breakfast hotel best sikit. ada mi goreng. kenyang perut anak2 mama.


posing before balik

terus amik cab ke jetty.





kali ni naik ferry yg lagi besaq.


kami selamat sampai ke jetty kuala kedah pukul 11am lebih2.



p/s: next plan tak sure lg ke mana. domestic je la yg mampu. nak gi oversea, sah2 poket tak brape nak tebal. tp mana tau kan, Allah bg rezki lebih. sy nak sgt2 pegi Mekah.

Langkawi - day 2 (cont)

...pegi Telaga Tujuh. kena parking RM2.

Malangnya, kami tak sempat tengok telaga tujuh dan waterfall nya. kena panjat tangga tinggiiiiiiiiiii. sampai berpeluh2. umpama naik gunung kinabalu lah. dgn dukung anak2. bawak beg lagi. panjat tangga separuh jalan, kami u-turn. pekena air nyiur. hahhaha




penat sgt. balik hotel dulu. mandi. solat. rehat jap.

6pm, kuar beli souvenir lagi kat Langkawi Shopping Fair. end up tak beli apa2 pon kat sini. anak2 main kereta.




lepas tu balik hotel. solat. malamnya kuar mengisi perut & shopping souvenirs kat pekan kuah. beli tshirt langkawi RM5 selai. belinya berhelai2 sampai tak cukup tangan. beberapa ketul fridge magnet. key chain seketul. hahhaha..bajet giler kan? tak lupa beberapa bungkus cekelat. yg penting Hanuta!! best!

...to be cont'

langkawi - day 2

Hari ke-2. anak2 bangun pagi. syok diorg. tido dlm kedinginan air-cond. mandi air suam.
kat rumah takde semua2 tu. tggu rumah sendiri baru kami pasang benda alah tu sume okeh.

semua bersiap awal. turun breakfast. makanan simple2 je. sekadar alas perut.


breakfast roti canai kuah dal + koko crunch + coffee 


plan pagi ni nak photoshoot kat Dataran Lang, sampai sana, parking charged RM1, ikut kiraan jam.

mula2 sampai, dah ada pulak turun kanak2 skolah dari klate. huuu, ramai sungguh dih. semua sibuk nak amik gambar. lepas tu semakin ramai puak2 yg sampai. aduhaiii... last2 kitorg photoshoot ala kadar je.











Singgah sebentar di Kota Mahsuri. Totally different dari dulu. kat sini pun takde apa2 yg menarik. nak masuk le rumah mahsuri tapi macam seram. hahhah
kota mahsuri
Harga tiket:
RM5/adult
RM1/child



Then, kami ke Taman Buaya. boley la tengok buaya2 tgh tido. budak2 suka la. i bosan u'ols.


taman buaya
harga tiket:
RM15/adult
RM10/child


Pastu ke mana kita???


...to be cont'

Langkawi - Day 1 (cont')

...dari Underwater world, kami teruskan perjalanan ke Padang Mat Sirat. singgah pekena cendol kat tepi pantai opposite dgn Langkawi International Airport. cendol manis let'ting. mi rebus pun ok-ok je.

irfan keletihan. terbongkang dlm keta.
tu la beg baru dia.

kami teruskan ke Langkawi Geopark. alang2 dah 5.30pm, kami decided naik cable car terus walaupon sblm tu plan nak ke sana pada hari ke-2. sebab?? harga tiket lebih murah during 5pm-7pm!

In front of Langkawi Cable Car
Harga ticket:
RM15/adult
RM10/child (3-12yrs)
 Pemandangan captured dari dalam cable car:






Pemandangan dari puncak gunug mat chincang:




lepas turun dari puncak gunung, kami jalan2 beli souvenirs kat Geopark pulak.pastu terus balik ke hotel. nak mandi. badan berpeluh2. perut dah berkeroncong.

irfan sambung tido. penat yg amat.

Malamnya tu, jenuh cari kedai makan. banyak kedai makan cina yg tak tau halalnya. pusing2 dekat sejam, kami makan kat medan selera saujana indah. order ikan siakap 3 rasa + tomyam udang. sedap. murah. RM39 semua termasuk air, nasi, ABC, lai chi kang.

Balik hotel. tidor......

...to be cont'