Hi peeps!
Korang dah tengok iklan raya BERNAS? saya percaya ramai dah tgk kat tv3 malam tadi. tapi memandangkan sy dah lama tak tgk tv3, baca satu blog dan jumpa entry ni. 2x tengok kat youtube. sedih sgt3.
Synopsis iklan raya Bernas:
Dua orang anak yatim yg berusia dlm 8-12 tahun. Si abang bernama Ahmad, punya percakapan yg kurang jelas. Si adik bernama Fizi, kurang daya penglihatan. Diorang kematian ibu dan tinggal di rumah anak yatim di KL.
Satu hari, kesemua penghuni rumah anak yatim berbuka puasa bersama. Ustaz/penjaga datang beri sumbangan duit raya RM10 seorang. Mereka berborak sesama sendiri. berkongsi kegembiraan untuk pulang ke kampung masing2. tapi Ahmad & Fizi tak balik ke mana-mana memandangkan mereka tiada saudara mara (rasanya la). pada malam raya, asrama sudah tidak berpenghuni. hanya tinggal mereka berdua. di keheningan malam, Ahmad membelek2 gambar arwah ibunya. "Mak, abang rindu mak...". Lantas Fizi memberi cadangan untuk pulang ke kampung semata2 mahu menziarahi pusara arwah ibu mereka.
Mereka berdua berjalan beriringan sambil menuju ke stesen bas. Melilau2 mata Ahmad mencari kaunter tiket ke Segamat.
Ahmad: Kak, tiket ke Segamat.
Akak kaunter: Maaf, dik. Tiket dah habis. (Sambil menampal notis di cermin kaunter).
Mereka duduk di sebuah bangku. Fizi memberi cadangan untuk ke stesen keretapi.
Fizi: Pakcik, nak ke stesen keretapi boleh?
Pakcik teksi: Bolehhh...
Setibanya mereka di stesen keretapi.
Pakcik teksi: Dah sampai. RM10 je dik.
Fizi: RM10??? Diskaun boleh tak, pakcik?......
Sejurus selepas tu mereka terus menuju ke kaunter tiket.
Fizi: Segamat, abang.
Abang kaunter: Tiket tinggal 1 je lagi, dik.
Mereka duduk di bangku. Fizi terdengar ada beberapa orang sedang mengangkut barang2 ke atas lori sambil menyebut Segamat! Segamat!
....Pemandu lori memandu lori di tengah malam. tiba2 dia terdengar kotak2 di belakang lori terjatuh disertai jeritan kecil. Lori diberhentikan di tepi jalan. Dihalakan lampu suluh di tempat letak barang. Lalu kelihatan 2 orang kanak2.
Pakcik lori: Hey, apa yg kamu buat sini? keluar..keluar...
Fizi: Kami nak balik kampung, pakcik.
Pakcik lori: Mana kampung kamu?
Fizi: Segamat.
Pakcik lori: Kenapa tak cakap awal2....
Ahmad dan Fizi diletakkan di tempat duduk depan. Mereka tertidur keletihan.
Pagi esoknya iaitu pagi 1 Syawal, mereka tiba di Segamat. Pakcik lori menurunkan mereka di depan masjid.
Fizi & Ahmad: Terima kasih, uncle. (sambil memeluk erat pakcik lori).
Pakcik lori: Sama-sama..takde rumah pun sini (bercakap sorang-sorang).
Ahmad & Fizi masuk ke dalam masjid. Mandi di kolah masjid. Pakai baju melayu, bersongkok, bersampin.
Mereka berpimpin tangan menuju ke pusara arwah ibunya. Di tangan Ahmad terselit gambar arwah ibunya. Duduk di tepi pusara, Ahmad meletakkan tangan Fizi di atas batu nisan.
Ahmad: Mak Ahmad, mak Fizi jugak...
Fizi: Bismillahirrahmanirrahim...(baca surah Al-Fatihah).
Sedih sangat. pagi2 saya dah menitis air mata kat ofis ni. Bersyukurlah kita masih punya ibu bapa dan keluarga di usia sekarang. Tiba2 terbayang jika saya dan suami dijemput Ilahi di usia muda, apa yg akan berlaku dgn anak2 saya??????? Ada kah saudara-mara saya yg sudi menjaga mereka dgn seikhlas hati?

No comments:
Post a Comment