Ads Nuffnang

Wednesday, July 25, 2012

beli rumah

Salam semua.

hari ni tetiba nak share cara-cara nak beli rumah untuk pembeli yg pertama kali nak  berbuat demikian. point2 ni berdasarkan pada pengalaman sendiri. dulu saya blur cane nak beli rumah. susah sangat ke? leceh ke? tapi setelah bertanya seorang rakan, akhirnya berjaya..=)

#1: Survey rumah yg anda rasakan terbaik, menepati kemampuan kewangan anda, lokasi, persekitaran, pemaju, dsb.
- saya beli rumah kat Saujana Rawang pada akhir 2010. berkeluasan 20x65 sahaja. build-up +/- 1600sqft, 4 rooms, 3 bathrooms. berharga RM2xxk. Pemaju Glomac.
- ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik sgt lapang. setiap bilik boleh memuatkan queen bed.
- dapur tak perlu extend. tak sempit, tak luas. just nice.
- dekat dgn Aeon, plaza toll Rawang.

#2: Shopping bank. Cari bank yg offer zero entry cost di mana anda tak perlu bayar pelbagai fees. kalau ada pun sikit aje.
- cari bank yg provide BLR rendah. (betul ke ayat nih?? tak sure. sorry)

#3: Lepas kira-kira dan segala consideration done, deal dgn pemaju.
- bayar booking payment. ada yg RM500, RM1k, RM5k, dsb.
- submit documents kpd pemaju. then pemaju carikan bank untuk kita.

#4: Deal dgn bank pulak.
- anda akan dihubungi oleh beberapa institusi kewangan.
- diorang akan bagitau apa2 offer yg ditawarkan.
- korang pilih la mana yg dirasakan terbaik. ada yg bg BLR -2.0, -1.6, -1.8. monthly installment, tempoh bayaran balik pinjaman. kalau boleh bayar cash lagi bagus.
- setelah anda pilih bank, urusan akan dibuat. tunggu LO je.

#5: Letter Offer
- Anda akan dapat LO. seterusnya sign Loan Agreement.

#6: Sale & Purchase (S&P)
- Kemudian anda akan sign S&P. masa ni baru tau sape lawyer anda. apa2 hal, berurusanlah dgn lawyer.
- Lawyer ada 2 iaitu lawyer pemaju & lawyer bank ye.

#7: Bayar interest
- Bila semua document dah ada dalam tangan anda, tunggu je la rumah dinaikkan sampai siap.
- Dalam pada tu, dah boleh keluarkan duit account 2 KWSP untuk bayar 10% deposit kepada pemaju.
- selalunya, sementara rumah sedang didirikan, korang kena la bayar interest bank. bermula RMxx sehingga RMxxx.

#8: Dapat kunci
- Bila rumah dah siap, pemaju akan hantar surat untuk anda ambik kunci rumah.

#9: Bayaran penuh
- dalam masa anda berseronok dapat kuci rumah, anda juga dah mula bayar penuh bulanan pinjaman ye. RMxxxx. sakit sikit lah awal2 ni. tapi insyaAllah rezeki ada. jangan merungut.

#10: Deco-deco
- Boleh mula berdeco dan pindah ke rumah anda =)

Note:
Maaf kalau steps yg saya share ni berbeza dgn pengalaman anda. tapi semua di atas adalah apa yg telah saya alamai sendiri.

Adios!

No comments: