Ads Nuffnang

Friday, October 24, 2014

roti jala, kuzi ayam & karipap daging

Assalamualaikum.

pheww...dekat sebulan takde hapdet. iskk..buruk betul lah perangai. asek malas je. bila nak rajin ntah.

Last week gembira berganda. husband terlebih sudi pasang plug untuk built-in oven. haha..setelah berkurun lamanya. nak masuk tahun kedua dok umah sendiri, baru nak pasang ehh..tu pon sebab irfan dok berpantun suruh mama buat cookies. cookies apekah jikalau oven tiada fungsinya. mak awak ni kejanya kumpul resepi je hari2 tapi taktau nak bakar kueh kat mana. periuk mengukus pon baru nak ado. LOL. maklum lah orang malas gini lah. kalau orang rajin sah2 bukan seperti ku khannnnn....okay. alasan semata- mata.

kalau nak berjaya kurangkan memberi alasan.

so ceritanya yg tetiba merajinkan diri ialah pabila ex-housemate zaman UTP cum my agent utk Qaseh Gold di KLCC nak datang rumah. nak amik bekalan qaseh gold Adinda. terus pikir nak jamu makan apa. orang datang dari KL kot. lama tak jumpa plak tuh. nak datangnya pagi. haihh, takkan nak hidang kopi ngan roti telur kot. tak agak2 lah kan. okeh, okeh, meh mengorek kitchen cabinet yg ko riuh kata gempak sangat tu. tengok skek apa yg gempaknya. nan hado...oh ya! raya aji ritu kita buat kuzi ayam. sooooo, meh la memperkenalkan kuzi ayam kepada kawannnn. nak cicah dgn roti? makcik ni nyanyuk lah pulekk nak beli roti malam tu. dah tu takkan aku nak suruh tetamu belikan roti kat aku?? logik akal ke? takk logik. malu den. oleh itu decided buat roti jala. first time uolls. first time aku nak menjala roti. kirai..kirai..kiraii..berdebar oiii. dah la Ogy nak gerak dari umah 8.30pagi. ketar lutut aku.

bangun pagi. sesudah subuh. tiup telinga anak2 suruh diorang lena lama sket. husband gi keja. nasib baik bahan2 dah potong tumbuk kisar siap2 malam tadi. so mulakan dgn benda yg amik masa lama iaitu roti jala. nak buat adunan tak susah mana pon. tapi nak menjalanya cukup lama lah untuk amatur macam aku ni. dari kul 7pg samai 8pg dapat lah dalam 35 gulung. tu tak termasuk yg gagal tau. hahhaha...tapi ok lah. walaupon my BIL kata gulungan tak cantik, ada mak kesah? roti jala lembut hoiii..tak sia2 google resepi.

okeh, setel roti jala. hidang.

pastuh buat kuzi ayam plak. senanag semesekk je bak kata orang kampong i. goreng ayam yg diperap dgn bawang putih + halia + garam. tumis rempah kuzi. masuk air skek. masukkan susu cair, sos tomato, air skek lagi. pastuh bawang & kismis goreng. last skali masukkan ayam yg dah digoreng tadi. rasa nya??? mesti MARVELOUS weh...berani kata tak sedap. resepi bonda tercinta tau. orang kelantan je yg tau kuzi ayam ni tauu..okeh, banyak riak di situ. kekkekekeke...


nah..rupa roti jala yg koyak rabak tapi selembut sutera bak hang. suka tengok kawan2 makan bertambah2. anak2? hmm...diorang yg mula makan, diorang yg tolong habiskan sampai licin. sejujurnya saya sempat rasa 2 gulung je pagi tuh. take, asalkan tetamu & anak2 kenyang dah cukup buat saya tersenyum sampai telinga. basuh periuk belanga sudip inggan mangkuk sambil tersenyum sampai telinga.

okeh, tu kisah sabtu lepas.

ni kisah masa cuti deepavali plak. sekarang byk masa berhabis kat rumah. Lebih banyak rehat rasanya. kebetulan husband pon tak keja. petangnya tu terasa nak buat karipap daging, jugak resepi bonda. seusai solat Zuhur, teruslah mulakan misi. anak2 tido. husband jagakan. buat lah karipap sorang2 kat dapur. mula buat doh dulu. pastu buat intinya pon dalam sejam lebih kot. nak cincang bawang daging sehalus mungkin. nak menumisnya lagi. okeh, rasa menepati kehendak lidah. yg bercinta nya nak mengisi inti daging ke dalam kulit karipap lah. kelim tepi karipap lagi. hei, tak mainlah pakai acuan karipap tu. mak kita ajar buat sendiri tau. hahhaha...riak riakkkk...astaghfirullah. takde lah. memang gini la mak ajar pon. kelim sendiri. baru ada seninya.

tapi masa susun hasil atas pinggan tu lupa nak tabur tepung. habis melekat... huuuu..nangis tak berlagu. so selepas goreng rupanya memang lah tak comey mcm dlm gambar nih. tapi tengok husband aku habiskan seketul demi seketul, senyum lagik. orang laki ni tak puji sedap pon. kalau tak sedap tu yg dia bunyi lebih skek. kalau makan diam sampai licin, pastu sebelum tido dia sapu lagi masuk perut, confirm sedap lah tuh. jangan sesekali ko nak tanya, " sedap tak bang?" memang takde lah jawapannya cik kak. hahaha...

bagi kat kawan merangkap jiran. dia kata sedap. dannn dia bagi petua jugak taknak bagi melekat tuh. Thanks Ina. nanti aku try improve ehh. tima kaseh banyak ;-)  ;-)  :-)

Alhamdulillah, menjadi jugak tangan aku ni. ye la, tauuu...ada yg cakap aku malas kan. aku tak reti masak kan. sebok perli2 orang. hey, kalau tak reti cer tengok tumbesaran cik abe kita dari belum kawen sampai sekarang. see my hand lah. huh...(sambil jeling mata).

jadi weekend ni insyaAllah kalau semua okay nak buat project lain plak. maaf lah, saya tak pandai nak edit gambar lelawa. gitu je lah rupanya masakan kita. janji homemade, bersih, air tangan sendiri, halal & husband anak2 suka kan>

IKLAN: 
Untuk wanita yg sedang hamil yg mengalami masalah kejang kaki, hilang selera makan, morning sickness, susah buang air besar & keputihan melampau, boleh cuba QASEHGOLD ADINDA di mana ia dapat membantu menguatkan sistem ketahanan badan, kurangkan morning sickness, membekalkan tenaga berpanjangan, merangsang penghasilan susu ibu, melawaskan pembuangan air besar & merawat keputihan.



No comments: