Ads Nuffnang

Wednesday, January 7, 2015

Good Bye Dunia Dinamik~ Hello Little Ones Eduworld!

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat nak wish Happy New Year!!
pejam celik pejam celik dah tahun 2015 dah kita ye.
April ni umur naik setahun..daahhh jadi 31. tua dahh mak.

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup walaupon kadang2 banyak kekangan yg datang.
Dengan dugaan banjir terhebat di kampung halaman. AllahuRabbi.
Rumah parents pon kena teruk tapi masih bersyukur sbb tak seteruk di tempat lain.

Tahun 2015 saya terpaksa bertukar angin.
Tukar sekolah & tadika/taska anak2.
Kenapa? Sebab banyak menghala ke KL.
nak jimat masa dan mileage utk anak2, terpaksa buat sesuatu la kan.

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT WARGA DUNIA DINAMIK,
CIKGU2 & PENGASUH2 YG MENJAGA & MENDIDIK 3-IZZ DGN BAIK SEKALI ;-)

Sayang nak tinggalkan Dunia Dinamik. Tapi terpaksa terima hakikat.
walaupon dah bayar duit booking utk tahun baru sume, 2 mggu sblm 1 january kalut ribut mencari sekolah & tadika/taska dekat area rumah.

Untuk Irfan, terpaksa bertukar dari SK Bukit Beruntung 2 ke SK Taman Desa Country Homes yg hanya berjarak 1.5km dari rumah. Transit di Pusat Jagaan Kualiti Bestari yg hanya berhadapan dgn SKTD. Sbb dikira pendaftaran lambat, dah terlepas sesi orientasi. jadi akan duduki ujian penilaian tentukan kelas pada 12 Januari ni. Mak cuti ler lagi ;-)

Untuk Arissa, sekarang dah mula belajar di Little Ones Eduworld Pre-School branch Country Homes.
Seronok sgt dia belajar kat tempat baru. Bayaran pendaftaran yg berbaloi. Uniform, baju sukan, beg sekolah, alatulis, sume tersedia. Silibus pembelajaran pon nampak bagus. 8am-12.00tghari belajar di tadika. 2.30pm-5pm ke kelas KAFA di tempat yg sama.
Seronok testing uniform baru

1st day sekolah. sesi orientasi. siap peace2 bagai.
kakak ok, tak nangis.

rilek je dalam kelas.
masa ni mama dah say good bye kat dia.

Hana berada di Pusat Jagaan Kualiti Bestari, owner yg sama dgn tadika si kakak. rumah untuk taska berhampiran dgn tadika. Ok la kan..tak perlu byk persinggahan. hehe..
gambar 3-beradik untuk registration transit, tadika & taska


So far Alhamdulillah,  semua nampak ok. ni baru minggu pertama. harap anak2 terus selesa di situ ;-)

2 comments:

Ummu Iman Amsyar said...

Hana cute bergambar passport :)

dyanayusuf said...

tq aunty zaraaa...