Ads Nuffnang

Friday, January 9, 2015

Proses pertukaran sekolah

Assalamualaikum.

Dalam previous entry saya ada mention yg Irfan bertukar sekolah kan.
Tahun 2012, saya dah buat pendaftaran tahun 1 secara online.
Masa tu belum pindah rumah. Masih di Bukit Sentosa (BS) dan belum plan bila nak pindah ke rumah baru di SR.
Jadi daftar Irfan di SKBB2. Dekat je dgn rumah di BS. Tak sampai 5km pon.

Nak dijadikan cerita, kami berpindah ke SR tahun 2013.
Masih sanggup berulang hantar anak2 di area rumah lama di BS.

Tup-tup ada perkara yg tak dapat dielakkan.
Kami kena tukar sekolah di area SR jugak untuk tahun 2015 ni.
Jadinya tukar plak ke SKTD dekat dgn rumah di SR sekarang ni lah.

Jarak dari SR ke SKBB2 = 30km.
Jarak dari SR ke SKTD = 3km je.

nampak beza tak?
tak sanggup tgk irfan sampai lambat ke sekolah jugak.

Procedure pertukaran sekolah:
1- Call sekolah baru untuk dapatkan status kekosongan & penerimaan pelajar baru.
2- Pergi ke sekolah semasa & inform utk bertukar sekolah (mention nama sekolah baru dalam borang pertukaran sekolah).
3 - Jangan lupa bawak surat beranak anak untuk pembatalan chop nama sekolah di bahagian belakang surat beranak. Dapatkan salinan surat pertukaran sekolah dari pihak sekolah semasa bersama dokumen2 yg berkaitan.
4- Bawa salinan surat pertukaran & dokumen yg berkenaan ke sekolah baru.

Tadaaa~

Tapi dalam kes saya ni, pertukaran sekolah melibatkan daerah. Ada contact Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak & Hulu Selangor. Kalau pertukaran melibatkan negeri, rasanya kena contact Jabatan Pendidikan Negeri la kan.

NOTE: Untuk lebih pencerahan, sebaik2nya contact sekolah tersebut untuk tau procedure dgn lebih lanjut.



No comments: