Sekarang musim cuti sekolah. Mesti anak2 laju je tanya cuti nak gi mana.
Tapi jangan lupa mak ayah laaaagi laju dari anak2.
Anak2 baru naik sekolah bulan satu, kitorang dah intai sana sini.
zapp zupp zapp... booked :)
Anyway.. back to the topic.
Kali ni saya tuju ke satu destinasi yg tersenarai dalam wishlist saya.
Plan asal nak ke sini masa birthday break bulan April nanti tapi selepas ditimbang tara banyak perkara, kami ke sini dulu untuk bulan ni. April kita ada plan lain.
Kitorang check-in Avani Ahad lepas.
Check-in time 3pm, check out time 12pm.
Kami gerak dari rumah dalam 11am. Sampai sana dlm kul 1.30pm.
Kitorang rilek2 je. Nak laju2 nak gi mana wehh. Lek2 sudaaa.
Sana kalau nak park keta ada 2 tempat.
1- Kalau dalam area Avani, ada caj valet parking RM20 per entry. Dan kalau lepastu korang keluar dan masuk semula kena caj lagi RM10.
2- Parking free pon ada. Agak jauh gak nak menapak tapi jangan risau. Avani sediakan shuttle van kaler putih untuk angkut korang ke lobby. Guard pon ada. Tapi aku tengok area tu agak gelap. Jadi kitorang amik valet parking.
Ni beberapa meter sblm sampai main entrance Avani. Keta2 yg parking seperti dalam gamba ni adalah di luar Avani. Foc. Park at your own risk. |
Sampai je lobby, terus check in. Service di receptionist agak slow. Naik cramp kaki aku beratur padahal tak ramai orang pon masa tu. Dah sampai turn sendiri cepat la pulak. Deposit box rm200 and refundable masa checkout. Rezeki kitorang dapat check in kul 2. Yeayy! Dpt je access card, setel valet parking dan angkut bag. Kitorang dapat bilik kat area batang pokok. Saya rasa lagi best kat area sini berbanding area dahan2 tu. Sebab buka je sliding door, balkoni takde la betul2 menghadap chalet org lain.
Gambar sumber dari FB Avani Sepang Gold Coast |
Dari lobby nak ke bilik kena naik buggy. Tunggu dan beratur je kat situ nanti buggy datang pick-up.
Nak menapak pon boleh kalau bilik dekat dgn lobby.
Okay, ni bilik kitorang.
Room 087.
Superior room.
Tingkat atas.
King bed.
View menarik sebab tak hadap bilik orang.
Saya booking melalui Agoda.com.
Best rate untuk Superior Room masa peak season cuti sekolah gini. Included breakfast for two + segala cukai2 berkaitan.
Lepas settle hal bilik, kami keluar jalan2 tengok area sekitar situ.
Ok la, chalet kat pantai. Berangin sepoi-sepoi.
View kat situ mmg cantik.
Cafe, swimming pool & merchandise shop ada kat tgh2 pokok palma.
Hajatnya petang tu nak bawak anak2 swimming tapi memandangkan pool yg tak berapa luas, kitorang bawak anak2 naik benda alah yg kayuh2 tu. RM35 untuk setengah jam.
swimming pool kecik je. time ni hujan so takde org swimming. petang ahad tu orang ramai dok berendam dlm tu. agak tak selesa nak berendam sama. |
benda alah ni sewa RM35 utk 30 minit. |
Boleh kayuh sampai luar kawasan resort. Penat okeh nak kayuh nih. |
Kitorang jalan kaki je. Memang dekat sangat.
Malam tu, lepas Maghrib, terus keluar jalankaki ke medan selera seafood area situ jugak.
Kitorang order tomyam, kerapu tiga rasa, sotong celup tepung, sekali dgn nasi & air semua RM75. Ok la walau takde sedap sangat. hehehe
Esoknya, pagi2 hujan agak lebat. Syiok tido.
Gi breakfast kat cafe. Banyak main dish yg lambat topup.
Makan je apa yg ada. Nasi dagang, bubur, roti, desert. Anak2 biasa la cereal je dah kenyang diorang ni. Rezeki jugak diorang tak charge breakfast untuk anak2 :) Thank you Avani.
tengah tggu buggy dari cafe nak balik bilik |
view pagi dari balkoni bilik kitorang |
Lepas breakfast bawak anak2 main pasir pantai lagi sekali. Korek pasir puas2. Jarang dapat peluang main pantai ni. Hehe... Tu pon berat bontot sorang2 takmau balik sebab tak puas main pasir. Next time oke. Ada masa kita gi jenjalan lagi :)
Untuk yg tanya best tak stay Avani, jwpnnya - Best! Tapi still ada pros and cons.
- service masa nak check-in mmg a bit slow even masa tu org dpn sy mmg sdg berada di counter. Sy tggu dekat 15minit okeh.
- service buggy pon kurg best. Diorg kata kalau perlukan buggy just dial. Tapi bila dial, diorg mintak tggu and tahan je buggy yg lalu. Buggy yg lalu kebanyakannya full. So how? 20minit tggu baru dpt buggy kosong. Huhu. Baik den jalankaki je gi lobby.
- condition bilik sgt best. Luas giler. King bed tu muat je kitorg 5 beranak tapi bergantung pada saiz badan. Hahha.. kalau gi reramai boleh bentang tilam.
- lokasi hotel dekat sgt dgn medan selera.
- kecewa swimming pool kecik. Pemandangan dah menarik sangat dah. Tapi tak dpt menampung guest masa peak season.
- kat area pantai ada sediakan kerusi rehat banyak. Syiok tido ☺
- view sekitar avani mmg terbaik!
Overall okay je nak rehat2, rileks badan, rehatkan minda. Janji kena cari best offer. Selamat bercuti !
1 comment:
sy pernah pergi sini, tp tak stay..
thanks atas review yg di beri, tp view kat sini memang cantik
Post a Comment