Ads Nuffnang

Wednesday, March 27, 2013

HSH: Deko bilik Irfan #1

Assalamualaikum.

Memandangkan rumah dah 85% siap, otak dah mula fikir2 pasal hiasan dalaman rumah. Moga rezeki dimurahkan olehNya.

First thing first, saya pikir pasal curtain. kalau curtain takde, togel la rumah kan. Last 2 weeks dah beli kain curtain di Nilai 3. Lupa nama kedainya. Boleh tahan penat mencari kain ye. Berpeluh2 badan. Nasib baik ada husband yg pandai memilih material. Apa yg dia pilih memang meet my expectation and requirement...wahhh, gitewww~

Eh..eh, macam dah lari tajuk la pulak....sebenarnya nak citer pasal deko-deko bilik anak teruna mak nan sorang itu. Hal curtain saya citer detail kemudian ye. Tunggu curtain siap dulu. Hik hik.

Dah nama pun rumah sendiri, memang saya nak all out hiasan bilik anak-anak. dengan syarat ada $$$ lebih. Kenapa saya nak all out? Ada sebab musababnya.

1- Buatkan anak saya gembira dok dalam bilik tu. Bukan setakat untuk tidur, tapi untuk buat homework dan bermain. senang citer bedroom cum playroom.

2- Saya nak buat extra class at least satu jam semalam. Weekdays 1 jam setiap malam. Weekend 2 jam sehari. extra class untuk irfan & arissa jugak. Tempat tu jugak untuk diorang buat homework. Haa..jgn taktau, tadika sekarang penuh dgn kerja rumah. Berbeza dgn kita dulu-dulu kan. Saya ni memang jadi cikgu tuisyen dah. Dengan syarat saya perlu susun jadual harian saya dgn baik.  Bukan nak beri tekanan untuk anak tapi nak biasakan diri diorang dengan aktiviti berilmiah.

3- Nak kawal tahap sepah toys. Mcm sekarang, anak-anak boleh bermain ikut suka hati. Dalam bilik, depan tv, kat sofa, bawah meja makan, dapur & bathroom! Bathroom?? Oh my..Ye, betul. anak-anak saya suka angkut toys. Jadinya saya nak make sure kalau nak main, sila ke bilik anda. hahhaa..bunyi macam cikgu disiplin tapi itu je cara yg berkesan, insyaAllah.

Kalau itu niat di hati, so cane nak proceed?

Ok, saya dah google. memang dah bertunang pon dgn brg2 yg saya nak masa gi IKEA. Takde tempat lain ke, asyik ikea je. Hehe..Barang2 ikea comel2 laaa~ Tak tahan nafsu wehh. Dah confirm dgn husband nak visit ikea sabtu ni. Yg penting, buat list barang nak dibeli & allocate budget. Harga pun saya dah google kat website ikea. InsyaAllah menepati budget yg ada. Kurang takpe, jangan lebih.

Apa yg saya nak beli?

Meja untuk buat aktiviti yg menyeronokkan.
Mesti color ceria. Besar. Boleh buat homework lebih dari seorang.
*google*
Website Ikea - RM129

Satu kerusi untuk Irfan.
*google*
Website Ikea = RM39


Satu lagi untuk Arissa.
*google*
Website Ikea - RM39

Tak lupa bangku untuk 'teacher'.
Saya suka bangku ni sgt robust. Adult pon boleh duduk tau. Yg penting tak goyang,
Setakat berat teacher yg 47kg ni boleh kot ye.
Kalau 'principal' Papa yg berat 70kg, agak2 boleh tak?? Hehe
*google*
Website Ikea - RM17.90

Haa, kata nak buat extra class kannnnn..
Pastikan ada ini ye. 
Magnetic White Board. 
Saya beli dari FB TotToToddlers.
Ni ialah 3rd saya beli dari Pn. Z
So far berpuas hati. Wooden toys yg dibeli dari Pn. Z sgt berbaloi dgn harga.
*FB TotToToddlers*

Tunggu hasilnya ye. Tak pasti lagi ni beli ke tak.

See you in next entry.



Monday, March 25, 2013

HSH: 85% completed

Assalamualaikum.

Syukur Ilahi, akhirnya siap jugak minor renovation pondok kami. Walaupon ada beberapa item yg kena hold dan ada jugak yg boleh buat after pindah. Kami tetap berpuas hati. Kalau nak LEBEHHH berpuas hati, sila sediakan ongkos nya dgn lebih kencang lagi. hehe..

Alkisahnya, rumah ni dah 'disentuh' oleh 3 contractor.
A- kitchen cabinet & partitition .
B- tiles, tembok depan belakang, lantai concrete wet kitchen (bidang terjun ke apa ntah).
C- plaster ceiling, wiring, psg lampu kipas, touch up segala, gate, motor gate.

Semuanya berjalan dgn lancar walaupun ada 'kisah' di hujung tahun 2012. Biarlah semuanya tersimpan di hati. Kisahnya si B buat kerja sambil lewa. That's all.

Moral of the story, saya dah serik sgt3 nak berurusan dgn contractor B. Ampunnn ye. Pengalaman kita semua berbeza. Mungkin awak berpuas hati tapi tidak dgn saya. Jadi jgn marah saya.

Macam saudara rapat saya, guna contractor macam si B jugak. semua boleh buat. quote harga murahhhh...end up hasilnya.............ppffftttttt! sangat menyakitkan hati. Mungkin itu adalah 1 dalam 1000. Macam saya cakap tadi, pengalaman awak lain, saya lain. Jadi sekali lagi, jgn marah saya.

Untuk redakan kemarahan tahun lepas, saya dapatkan khidmat contractor C.
Inilah hasilnya ;-)  ;-)  ;-)


Nak amik gambar lampu gate sebenarnya. hihi..Beli kat kedai lampu di Putra Heights.
Sekali jumpa design lg cantik & lg murah kat kedai lain.
Takpe la, dah memang nak terbeli kat situ.
So far puas hati ;-)

Contractor B dah berpengalaman lebih 20 tahun untuk house renovation interior & exterior. Harga pon berpatutan. Senang nak berurusan. Kita komplen je terus datang betulkan. Buat kerja takde sepah-sepah. Kerjanya dah siap, terus kemas, angkut semua barang. Sampah batu bata pasir semua dia angkut buangkan sekali. Rumah kita pon nampak bersih. 


Pandangan diambil dari pintu rumah saya.
Oppss, rumah depan tu designnya berbeza dgn rumah saya.
Rumah saya biasa2 jer. 
Rumah depan tu cantik. Dapur lebih luas.  Ada balcony lagi. Harga pon UP la kan. hehe..



Macam bahagian dapur pulak, saya ambil khidmat Contractor A. yg ni pon senang nak berurusan. Ikut lead time kita. Tapi silapnya awal2 dulu saya tak fikir lgsg pasal wiring & plug untuk oven & hood. Terlepas pandang la kononnya kan. Dah kena pikir pasal tu pulak di saat-saat akhir ni. Tapi takpe, boleh disettlekan. 

Tempahan langsir mungkin siap pada minggu pertama April. Next week la kan. 

Dah siap langsir & awning dapur, baru boleh bergerak ke bahagian deco pulak. Haii, kata dah habiskan $$$ hingga ke titisan terakhir, sempat lagi nak mendeko rumah ye? 

Tapi memang betul, nak pindah rumah sendiri, confirm korek hingga ke lubang cacing. mana ada sebat. Account 1, account 2, account 3, ASB, semua korek..hahah..sebab tu saya cakap hingga ke titisan terakhir. Handphone rosak pon tak fikir dah, asal rumah siap!

Jumpa di next entry bab deco men-deco.

Friday, March 22, 2013

HSH: After Renovation

Assalamualaikum.

Melayan Friday blues je hari ni ye. Blues je manjang..haha
skrg ni asyik tengok gambar rumah sendiri jer. Over excited. Macam org tak betul je kan, tgk gambar rumah, pastu senyum sorg2..haa..haa..jgn gelak. saya bet korang pon mesti camtu gak kannn..

Mana la taknya, beli guna slip gaji laki bini. bayar installment lebih dr bayar kereta. sanggup tinggalkan habit semata2 untuk rumah. buat itu ini untuk rumah pon sendiri. Hati rasa puas. sangat2 puas hati. Tak salah la kan nak tersenyum sorang2 walaupon ia hanya sebuah unit kecik selagi semuanya hasil titik peluh tulang empat kerat laki bini, memang rasa bangga. saya percaya korang pon rasa benda sama kan??  ;-)   ;-)

Jom tengok apa perubahan basic yg kami dah buat.


Kitchen cabinet ialah item yg mesti ada bila masuk rumah sendiri. cuma pilihan material terpulang pada citarasa masing-masing. memandangkan dapur rumah hanya 11' panjang dan selepas ditimbang tara dgn quotation dari banyak kedai. Akhirnya ini pilihan kami.

Kenapa pilih merah? Sebab nak merangsang minat memasak kot. haha..ye lah sangat. harapnya saya lebih rajin memasak lah ye. semua kelengkapan ada. gunanya tak. mintak-mintak muat la area tu untuk simpan barang yg banyak di rumah sewa skrg.



Ini pulak partition antara dapur-dining area. Asalnya hanya ada dinding setinggi pinggang saya je. Tapi disebabkan saya taknak tetamu nampak kelibat saya di dapur, lebih baik saya tutup terus. Tiang-tiang kayu tu pun sebenarnya kami nak 5-6 batang dan antara kayu dipasang mirror. Tapi contractor cakap tak boleh la, itu la, ini la..akhirnya itu la hasil yg dapat. walaupon sekali pandang macam tingkap, saya akan dekorasikan area cermin tu dengan sebaik mungkin supaya tak nampak tingkap bila dipandang 5-6 kali..hahaha.



Ini pandangan hadapan rumah. Jemput datang rumah nanti ye.

Nice & simple - konsep rumah kami...cewahhh~
Asalkan selesa dan cukup cantik di mata kami, itu sudah lebih dari cukup ;-)

p/s: Cuba elakkan design yg menonjol dan menarik perhatian orang ramai. i tak selesa taww~
Orang tu masuk tengok, orang ni masuk tengok. Macam rumah contoh pemaju la pulak.


Peace ya'll!

Thursday, March 21, 2013

HSH: my home-sweet-home

Assalamualaikum.

Dah 4 hari batuk & sakit tekak, sampai hilang suara dah haa.. semalam batuk tahap semput. nak bernafas pon kena tarik nafas dalam-dalam, pastu hembus kuat-kuat. Dugaan betul. Arissa lagi lah kan, batuk siap hingus meleleh2. mujur tak demam. last time dia demam panas Nov'12. pastu memang tahap kesihatan sgt bagus hinggalah naik chicken pox hujung bulan lepas. dah habis chicken pox, gi bersihkan rumah baru...penuh habuk. jadi ini lah jawapannya. Next time kena pakaikan mask & teruskan dgn pengambilan Vitamin C ;-)

eh..eh..sebenarnya nak buat come back pasal home-sweet-home..hamboii, come back uuu...kalau korang semua perasan, saya dah delete byk post pasal my HSH ni. kenapa? rasa macam tak sesuai je kan nak share semua benda. jadi saya delete dan buat cerita baru je lah ;-)

Ini bentuk asal pondok saya:
living + dining area

depan rumah

master bedroom

turun dari tangga

dapur

belakang rumah

Rumah hanya berukuran 20x65. binaan 1590 sq.ft. Sesuai la dgn harga & area rumah. itu pun dibeli 2.5 tahun lepas. rumah terrace yg baru naik tahun ni, unit intermediate je dah hampir 1.5 million 0.5million. gilerr ahh...takut dengar. nasib baik dah beli dulu-dulu.

next entry saya story pasal renovation. kalau korang nak renovate rumah tanpa ubah structure, saya nasihatkan korang sediakan cash sebanyak rm40k-50k. itu kalau nak buat basic renovation sebelum pindah masuk. kalau ada kekangan budget, boleh je buat perlahan-lahan ikut kemampuan masing-masing ;-)

jumpa di next entry HSH.

Monday, March 18, 2013

Cousin's Reception

Assalamualaikum.

Sabtu lepas berlangsung Majlis Resepsi Perkahwinan sepupu saya. Majlis diadakan di Dewan Taman Sri Nanding bertemakan Dua Hati Jadi Satu. cewahhh~

Dapat berjumpa sepupu sepapat yg jauh di mata dekat di hati.

Ini je gambar yg sempat dirakamkan.

Pengantin sama cantik sama padan.
Ilani (my kazen) & Ijoy
I pakai baju kurung drpd Cotton Satin Plain tau.
(sempat lagi iklan)

Kami 3 beradik bersama sepupu & anak masing-masing.

Family kami 3 beradik & ayah yeed-cik mah


HSH: Sesi mengecat

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni selalu habiskan masa kat rumah baru. Maklum lah nak pindah cepat. Org lain dapat kunci terus pindah. kitorang terhegeh2 tak masuk2 lagi rumahnya.

Almost major items dah complete. Saya suka! Saya suka!

Yang tinggal hanyalah:
1- Cat rumah. half way to go.
2- Awning wet kitchen.
3- Curtain.
Pastu dah boleh angkut barang. yeayyy!

Barang2 dalam rumah guna je yg ada skrg. Mana-mana yg dah uzur, kami dah booked. tggu nak buat full settlement je *lompat bintang*

Sabtu lepas kami mencari material untuk curtain satu rumah di Nilai 3. Mula2 aim satu kedai ni. Elite Textile kalau x silap. tengok fabric & corak memang berkenan la kan. tengok harga, mak aihhh..takpe la, saya gi kedai lain je lah. plg murah rm35/meter ukuran tingkap living hall dah 10m. maksudnya rm350?? T_____T
tapi kainnya memang cun melecun. dah psg niat kot2 ada duit terlebih ke nanti, nak jugak beli kain kat situ. huhu adakah aku verangan?

Selepas menjelajah ke 5 buah kedai, akhirnya jumpa jugak yg cantik di mata tapi sesak nafas di dalam. hahaha...
dah hantar kain2 ni kat tailor.
kita tunggu hasilnya dlm minggu ke-2 april ye, kwn2.

Esoknya, 8 am dah ke rumah baru. Papa singgah beli cat lagi. Hari ni dia cat sendiri je. Saya melepak dgn anak-anak. Rupa macam berkelah dah. Untuk rujukan, kami guna Nippon Paint Matex. Harga berpatutan & berkualiti. Mampu dibeli.

kan dah kata, berpicnic dalam rumah sendiri.

penat la kot ye. penat dok saja.
dah gaya boss dah mama tengok.

sesi mengecat pd mgu lepas.

Kesian papa. Mengecat sorang2. Asalnya nak upah si M ni. Malangnya dia demam. Jadi cat sendiri je lah ye. Jimat beberapa ratus.
suamiku yg gigih.

'pondok belang' kami!
Syukur alhamdulillah. Setelah diduga & diuji dgn pelbagai ragam manusia, akhirnya Dia temukan kami dengan org non-Malay & non-Muslim yg sangat baik, tak berkira, tak tamak dan lembut hati. Sesiapa yg nak renovate rumah di area Rawang, contractor ni is highly recommended. Kerja kemas. Berbaloi-baloi.

Maaf, bukan tak sokong org sebangsa & seagama, tapi serik! Serik dgn perkhidmatan yg sgt mendukacitakan. Duit nak, tapi hasil menangis. Kami bukan org senang yg duit membukit. Selamat la sedar awal2 lagi.

Pendek kata, dari belakang dapur, dapur, ruang tamu, bilik hingga ke luar rumah, semuanya di buat. yg mana2 sakitkan mata, dia touch-up dan elokkan semula. Duit usah cakap, memang lebih dari budget asal.

Semalam ada bakal jiran tgh survey contractor, masuk tengok dlm rumah:
Dia: Bila nak duduk sini?
Saya: InsyaAllah bulan depan.
Dia: berapa habis kat luar tu? (refer pd gate, tiles, tembok)
Saya: Hmm, ada laa around RMxK.
Dia: Ooo..plaster ceiling ni?
Saya: Lebih kurang RMxK.
Dia: Eh, comel dapurnya. Warna merah. Ada dalam RMxK?
Saya: Ada la, lebih kurang.
Dia: Jadinya habis dalam belas-belas ribu la ye..
Saya: Aah..gitu la..
Malas la nak cakap berapa yg betulnya kan. tunggu rumah awk nanti, tau la awk kira guna calculator.

Tunggu update seterusnya dari saya.



Monday, March 11, 2013

Aman. Tenang. Damai.

Assalamualaikum.

Saya pasti akan merindui pemandangan cantik yg sentiasa menemani perjalanan pagi saya.