Assalamualaikum.
Melayan Friday blues je hari ni ye. Blues je manjang..haha
skrg ni asyik tengok gambar rumah sendiri jer. Over excited. Macam org tak betul je kan, tgk gambar rumah, pastu senyum sorg2..haa..haa..jgn gelak. saya bet korang pon mesti camtu gak kannn..
Mana la taknya, beli guna slip gaji laki bini. bayar installment lebih dr bayar kereta. sanggup tinggalkan habit semata2 untuk rumah. buat itu ini untuk rumah pon sendiri. Hati rasa puas. sangat2 puas hati. Tak salah la kan nak tersenyum sorang2 walaupon ia hanya sebuah unit kecik selagi semuanya hasil titik peluh tulang empat kerat laki bini, memang rasa bangga. saya percaya korang pon rasa benda sama kan?? ;-) ;-)
Jom tengok apa perubahan basic yg kami dah buat.
Kitchen cabinet ialah item yg mesti ada bila masuk rumah sendiri. cuma pilihan material terpulang pada citarasa masing-masing. memandangkan dapur rumah hanya 11' panjang dan selepas ditimbang tara dgn quotation dari banyak kedai. Akhirnya ini pilihan kami.
Kenapa pilih merah? Sebab nak merangsang minat memasak kot. haha..ye lah sangat. harapnya saya lebih rajin memasak lah ye. semua kelengkapan ada. gunanya tak. mintak-mintak muat la area tu untuk simpan barang yg banyak di rumah sewa skrg.
Ini pulak partition antara dapur-dining area. Asalnya hanya ada dinding setinggi pinggang saya je. Tapi disebabkan saya taknak tetamu nampak kelibat saya di dapur, lebih baik saya tutup terus. Tiang-tiang kayu tu pun sebenarnya kami nak 5-6 batang dan antara kayu dipasang mirror. Tapi contractor cakap tak boleh la, itu la, ini la..akhirnya itu la hasil yg dapat. walaupon sekali pandang macam tingkap, saya akan dekorasikan area cermin tu dengan sebaik mungkin supaya tak nampak tingkap bila dipandang 5-6 kali..hahaha.
Ini pandangan hadapan rumah. Jemput datang rumah nanti ye.
Nice & simple - konsep rumah kami...cewahhh~
Asalkan selesa dan cukup cantik di mata kami, itu sudah lebih dari cukup ;-)
p/s: Cuba elakkan design yg menonjol dan menarik perhatian orang ramai. i tak selesa taww~
Orang tu masuk tengok, orang ni masuk tengok. Macam rumah contoh pemaju la pulak.
Peace ya'll!

No comments:
Post a Comment