Ads Nuffnang

Monday, March 18, 2013

HSH: Sesi mengecat

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni selalu habiskan masa kat rumah baru. Maklum lah nak pindah cepat. Org lain dapat kunci terus pindah. kitorang terhegeh2 tak masuk2 lagi rumahnya.

Almost major items dah complete. Saya suka! Saya suka!

Yang tinggal hanyalah:
1- Cat rumah. half way to go.
2- Awning wet kitchen.
3- Curtain.
Pastu dah boleh angkut barang. yeayyy!

Barang2 dalam rumah guna je yg ada skrg. Mana-mana yg dah uzur, kami dah booked. tggu nak buat full settlement je *lompat bintang*

Sabtu lepas kami mencari material untuk curtain satu rumah di Nilai 3. Mula2 aim satu kedai ni. Elite Textile kalau x silap. tengok fabric & corak memang berkenan la kan. tengok harga, mak aihhh..takpe la, saya gi kedai lain je lah. plg murah rm35/meter ukuran tingkap living hall dah 10m. maksudnya rm350?? T_____T
tapi kainnya memang cun melecun. dah psg niat kot2 ada duit terlebih ke nanti, nak jugak beli kain kat situ. huhu adakah aku verangan?

Selepas menjelajah ke 5 buah kedai, akhirnya jumpa jugak yg cantik di mata tapi sesak nafas di dalam. hahaha...
dah hantar kain2 ni kat tailor.
kita tunggu hasilnya dlm minggu ke-2 april ye, kwn2.

Esoknya, 8 am dah ke rumah baru. Papa singgah beli cat lagi. Hari ni dia cat sendiri je. Saya melepak dgn anak-anak. Rupa macam berkelah dah. Untuk rujukan, kami guna Nippon Paint Matex. Harga berpatutan & berkualiti. Mampu dibeli.

kan dah kata, berpicnic dalam rumah sendiri.

penat la kot ye. penat dok saja.
dah gaya boss dah mama tengok.

sesi mengecat pd mgu lepas.

Kesian papa. Mengecat sorang2. Asalnya nak upah si M ni. Malangnya dia demam. Jadi cat sendiri je lah ye. Jimat beberapa ratus.
suamiku yg gigih.

'pondok belang' kami!
Syukur alhamdulillah. Setelah diduga & diuji dgn pelbagai ragam manusia, akhirnya Dia temukan kami dengan org non-Malay & non-Muslim yg sangat baik, tak berkira, tak tamak dan lembut hati. Sesiapa yg nak renovate rumah di area Rawang, contractor ni is highly recommended. Kerja kemas. Berbaloi-baloi.

Maaf, bukan tak sokong org sebangsa & seagama, tapi serik! Serik dgn perkhidmatan yg sgt mendukacitakan. Duit nak, tapi hasil menangis. Kami bukan org senang yg duit membukit. Selamat la sedar awal2 lagi.

Pendek kata, dari belakang dapur, dapur, ruang tamu, bilik hingga ke luar rumah, semuanya di buat. yg mana2 sakitkan mata, dia touch-up dan elokkan semula. Duit usah cakap, memang lebih dari budget asal.

Semalam ada bakal jiran tgh survey contractor, masuk tengok dlm rumah:
Dia: Bila nak duduk sini?
Saya: InsyaAllah bulan depan.
Dia: berapa habis kat luar tu? (refer pd gate, tiles, tembok)
Saya: Hmm, ada laa around RMxK.
Dia: Ooo..plaster ceiling ni?
Saya: Lebih kurang RMxK.
Dia: Eh, comel dapurnya. Warna merah. Ada dalam RMxK?
Saya: Ada la, lebih kurang.
Dia: Jadinya habis dalam belas-belas ribu la ye..
Saya: Aah..gitu la..
Malas la nak cakap berapa yg betulnya kan. tunggu rumah awk nanti, tau la awk kira guna calculator.

Tunggu update seterusnya dari saya.



3 comments:

J@ja said...

Cantiknya rumah! :) tompang seronok utk Dina & family.

dyanayusuf said...

Tq Ja. InsyaAllah akan invite utk kenduri hse warming nnt ye.

Dayah said...

Salam, nak tanya boleh bagi no contractor yang buat rumah awak?