Ads Nuffnang

Monday, March 25, 2013

HSH: 85% completed

Assalamualaikum.

Syukur Ilahi, akhirnya siap jugak minor renovation pondok kami. Walaupon ada beberapa item yg kena hold dan ada jugak yg boleh buat after pindah. Kami tetap berpuas hati. Kalau nak LEBEHHH berpuas hati, sila sediakan ongkos nya dgn lebih kencang lagi. hehe..

Alkisahnya, rumah ni dah 'disentuh' oleh 3 contractor.
A- kitchen cabinet & partitition .
B- tiles, tembok depan belakang, lantai concrete wet kitchen (bidang terjun ke apa ntah).
C- plaster ceiling, wiring, psg lampu kipas, touch up segala, gate, motor gate.

Semuanya berjalan dgn lancar walaupun ada 'kisah' di hujung tahun 2012. Biarlah semuanya tersimpan di hati. Kisahnya si B buat kerja sambil lewa. That's all.

Moral of the story, saya dah serik sgt3 nak berurusan dgn contractor B. Ampunnn ye. Pengalaman kita semua berbeza. Mungkin awak berpuas hati tapi tidak dgn saya. Jadi jgn marah saya.

Macam saudara rapat saya, guna contractor macam si B jugak. semua boleh buat. quote harga murahhhh...end up hasilnya.............ppffftttttt! sangat menyakitkan hati. Mungkin itu adalah 1 dalam 1000. Macam saya cakap tadi, pengalaman awak lain, saya lain. Jadi sekali lagi, jgn marah saya.

Untuk redakan kemarahan tahun lepas, saya dapatkan khidmat contractor C.
Inilah hasilnya ;-)  ;-)  ;-)


Nak amik gambar lampu gate sebenarnya. hihi..Beli kat kedai lampu di Putra Heights.
Sekali jumpa design lg cantik & lg murah kat kedai lain.
Takpe la, dah memang nak terbeli kat situ.
So far puas hati ;-)

Contractor B dah berpengalaman lebih 20 tahun untuk house renovation interior & exterior. Harga pon berpatutan. Senang nak berurusan. Kita komplen je terus datang betulkan. Buat kerja takde sepah-sepah. Kerjanya dah siap, terus kemas, angkut semua barang. Sampah batu bata pasir semua dia angkut buangkan sekali. Rumah kita pon nampak bersih. 


Pandangan diambil dari pintu rumah saya.
Oppss, rumah depan tu designnya berbeza dgn rumah saya.
Rumah saya biasa2 jer. 
Rumah depan tu cantik. Dapur lebih luas.  Ada balcony lagi. Harga pon UP la kan. hehe..



Macam bahagian dapur pulak, saya ambil khidmat Contractor A. yg ni pon senang nak berurusan. Ikut lead time kita. Tapi silapnya awal2 dulu saya tak fikir lgsg pasal wiring & plug untuk oven & hood. Terlepas pandang la kononnya kan. Dah kena pikir pasal tu pulak di saat-saat akhir ni. Tapi takpe, boleh disettlekan. 

Tempahan langsir mungkin siap pada minggu pertama April. Next week la kan. 

Dah siap langsir & awning dapur, baru boleh bergerak ke bahagian deco pulak. Haii, kata dah habiskan $$$ hingga ke titisan terakhir, sempat lagi nak mendeko rumah ye? 

Tapi memang betul, nak pindah rumah sendiri, confirm korek hingga ke lubang cacing. mana ada sebat. Account 1, account 2, account 3, ASB, semua korek..hahah..sebab tu saya cakap hingga ke titisan terakhir. Handphone rosak pon tak fikir dah, asal rumah siap!

Jumpa di next entry bab deco men-deco.

No comments: