Ads Nuffnang

Friday, December 12, 2014

jalan-jalan KLCC

Assalamualaikum.

Sesapa yg keja dlm negeri Selangor mesti bercuti semalam kan?
Ntah2 dah siap sambung cuti utk hari ni? hehehe

Semalam kitorang gi KLCC. Niat utama nak bawak diorang rasa naik train sebenarnya.
Jadi buat le alasan nak gi Petrosains.
anak2 dah penah sampai dgn rombongan tadika.
Mak bapaknya jakun x penah masuk Petrosains tu.

Kali terakhir jejak KLCC masa irfan umur setahun gitu. 2009!
Tu pon sbb nak kenal Aquaria.
Pastu terus tak pegi dah.
Sekadar lalu luar KLCC je lah ye.
Omak aii, lama nauuu tak jejak klcc tuh.

Jadinya semalam gigih ler kitorang 5 beranak naik komuter dari Rawang.
beli return ticket dari Rawang-KL sentral-Rawang.
Dewasa RM7.20 per person. Child RM3.6 per person. Infant FOC.
seronok sgt ler buleh naik train haa


Sampai KL Sentral lbh kurang 12.00 gitu...
Beratur lak beli tiket LRT...nama pon berzaman x naik LRT kan.
mmg la mcm rusa masuk kampung. memula tu menghala ke kaunter.
seingatnya dulu slumber je boleh beli kt kaunter walaupon dah ada mesin tiket.
terus la menonong je gitau kat cik kak kaunter tu, "KLCC, 2 dewasa, 2 kanak2"
dgn muka mcm cuka, dia cakap, "kan tiket dah ada kat mesin tu, gi beli kat situ lah"
ohh ohh, sungguh sopan jawapanmu cik kak. bagi jawapan elok & sedap didengar tak boleh ke?
awak tu dah la keja hadap masyarakat hari2. sepatutnya bermuka manis, jawab dgn nada baik.
ni takat tu je mampu bg jawapan???
Sekurang2nya bagi le jawapan camnih --> "Ini kaunter khas. Puan kena beli tiket di machine".
kita yg dengar ni pon tak marah. dia ingat dia je yg ada tekanan kerja?

Nasib kami baik, boleh beli tiket LRT dgn lancar. Takde masalah dgn mesin.
Kan ke byk je mesin2 yg tak nak terima duit kertas & syiling baru? Betul tak?

LRT mmg full. Ramai je yg prihatin bagi tempat duduk kat kami.
sbb dok berdukung anak kecik sorang satu.

Sampai KLCC, kami terus ke Level 4. sebelum tu, nak tunggu pintu lift terbuka mmg memerlukan kesabarn yg sgt tinggi je. berjanggut tunggu baru nak bukak. huh..lebih baik naik escalator. lagi laju rasanya.
Di main entrance Petrosains, beli tiket family package. Harga RM30 per family (valid for 2 adults, 2 children). Infant FOC. tapi boleh masuk kul 1.30pm.

Pegi le meround dulu dlm Suria. Gi food court ya ampunnn ramai nya orang.
restoran2 pilihan kitorang pon penuh. anak2 dah lapar.
jalan punya jalan, end up masuk kfc je lah anak2 oii.. tu pon jauh menapak.

1.40 gitu, beratur punya panjang nak masuk ke Petrosains Dark Ride.
Alhamdulillah dapat ler masuk situ kan walaupon orang ramaii sangat.
Panjang jugak ler perjalanan dalam ni. Anak2 le seronok lebih walaupon takde chance sgt nak cuba itu ini.
posing dgn encik Dino

Separuh perjalanan dlm tu, diorang dah mula penat kot...macam2 bunyi dah.
Kul 4.30 kitorang dah bergerak balik naik LRT. takmo berebut dgn org nak balik keja.
Naik komuter je masing2 lelap. ok la tuh. puas hati berjalan kan.

next time, kita gi tempat lain plak eh..
maybe ke Farm In The City.
tapi kena gi bila cuaca dah ok.
sekarang panas hujan silih berganti. mcm tak sesuai sgt.
jadi kena pilih tempat berbumbung je lah.


IKLAN
Minuman Botani Qaseh Gold
membantu untuk melawaskan penghadaman 
juga membekalkan tenaga untuk badan.









Wednesday, December 10, 2014

Tamat sudah perjalanan Irfan di TDD

Assalamualaikum.

Akhirnya Irfan dah tamat belajar di tadika. kelip kelip mata, anak sulung dah masuk standard 1 tahun depan.
Dari umur 3 tahun sampai 6 tahun, maksudnya in total 4 tahun lah Irfan di Tadika Dunia Dinamik.
next year masih di taska dunia dinamik sekadar transit je lah.

Sini nak post gambar2 sepanjang sesi graduasi kanak2 6 tahun last month.
mak baru sempat nak upload nakkk...

get ready utk persembahan Choral Speaking.
Title: When I Grow Up

anak2 dgn papa.
si Hana tu dah kenapa jadi gitu dikkk

terima sijil tamat tadika.
dan jugak sijil pelajar terbaik silat.

tgh beratur nak buat persembahan

perubahan wajah dari umur 3tahun hingga 6tahun..hehe
ada rupa Hana tak??

Irfan ni di mata saya dia pandai sebenarnya.
Cuma tahap keyakinan dia tak cukup.
Dia tau tapi takut2 nak jawab.
Nak bercakap pon sama, nak tanya tapi takut.

jadi sekarang saya latih dia utk byk bertanya.
ajar dia beli barang kat kedai.
masalahnya kat rumah banyak je soalan dia.
kadang2 tu soalan dia mmg unik sampai maknya tak terjawab.

tapi sy dok usya dia masa kat event tadika, dia bercakap je dgn cikgu.
MUNGKIN jugak confidence level dia sedikit rendah sebab mak dia garang?? OH NO!
diri sendiri, sila bykkan zikir YA LATIF...YA LATIF...YA LATIF.

Niat hati nak tgk Irfan terima sijil pelajar cemerlang 6 tahun.
Tapi tak menjadi kenyataan.
last year dia belajar bagus.
Tapi masa sy cuti berpantang, dia ikut balik kg sama. cuti 1bulan setengah.
masuk tadika balik, cikgu bgtau dia lambat sket catch up apa cikgu ajar.
masuk semester 2 baru dia boleh buat balik maths, membaca, etc etc.
oh my!! oh my!!

bak kata cikgu, irfan pandai, tapi sbb cuti lama tu yg jadi gitu.
takpe, nanti kita belajar lagi yer.
sy taknak paksa sgt. kesian dia. byk tekanan.
sy tgk je mana minat dia.
dia suka buat art & craft. berseni rupanya anak aku.
tapi kadang2 rasa takde masa nak layan art & craft dia.
saya cuba sedaya upaya nak luangkan masa wpon masa yg ada 24jam sehari tu sangatttt singkat!
*nangis*

selain art & craft. dia suka bersukan.
main badminton. berlari memang lah. lajuuu sgt dia lari.
baca buku mcm kurang berminat.
matematik boleh buat.
bacaan dalam solat dah bagus. lancar. cuma nak kena betulkan sebutan.

sekarang sy memang jampi diri sendiri supaya kurangkan marah anak2.
walaupon byk kali 'terlanggar pantang larang' tuh.
so far menjadi jugak zikir Ya Latif. rasanya dh kurang sikitttt terpekik terlolong.
tapi masih berlaku jugak.
maap le jiran2 kalau dengar aku terjerit melolong hari2 *malu*

sekian luahan rasa.
Abg irfan, jadi anak yg soleh. anak yg bijak. anak yg beriman.



Friday, December 5, 2014

Biskut Chocolate CHip

Assalamualaikum.

Dua tiga menjak ni..ntah apa mimpi rajin nauu masuk dapur. sebelum ni pon rajin je..tapi masak apa yg tau. malas nak mencuba.

Tapi kali ni rajin plak lah kan nak try itu ini. Anak2 suka, maknya terus rajin la kannn...

Selasa malam. Teringin giler nak makan Chismore Homemade. Dan-dan tu jugak menggoogle resepi.
Jumpa lah satu resepi yg agak senang ni. Uli sekejap je okeh. Hasilnya wallahhh..bukan ala2 chipsmore dah. tapi dah ala2 famos amos..hehehhe...sedappp (puji sendiri..ko hado??)

dapat total 3 balang kueh raya tu..irfan siap bawak bekal gi sekolah lagi haahh..

choc chip yg ada tinggal sket je.
walnut banyak. jadi kita taruk walnut..hehe

Terima kaseh banyak2 pada owner resepi (mahap ler, tak save link blog)

Meh le cuba. Sure tak menyesal.
Resepinya gini le lebih kurang:

Biskut Choc Chip (Credit pada owner resepi)

Bahan2:
1 cawan menetega
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 cawan choc chips
1 cawan badam cincang

Cara2:
- Panaskan oven pada suhu 170degC.
- Pukul mentega, gula castor & gula perang hingga kembang & sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat & garam. Pastu masukkan badam & choc chips. Gaul2.
- Bentukkan bulat2. Susun atas tray. Jarakkan antara satu sama lain sbb biskut ni mengembang.
- Bakar selama 15minit hingga biskut keperangan.

TIPS UNTUK BISKUT TEBAL & RANGUP:
Lepas siapkan adunan, masukkan dlm peti sejuk selama sejam. Pastu baru keluarkan dan bentukkan.

Untuk pengguna oven Rubine, make sure knob oven berada di icon dalam gambar ni yer
Saya pusingkan knob oven pada icon ke-2 dari atas.


Friday, October 24, 2014

roti jala, kuzi ayam & karipap daging

Assalamualaikum.

pheww...dekat sebulan takde hapdet. iskk..buruk betul lah perangai. asek malas je. bila nak rajin ntah.

Last week gembira berganda. husband terlebih sudi pasang plug untuk built-in oven. haha..setelah berkurun lamanya. nak masuk tahun kedua dok umah sendiri, baru nak pasang ehh..tu pon sebab irfan dok berpantun suruh mama buat cookies. cookies apekah jikalau oven tiada fungsinya. mak awak ni kejanya kumpul resepi je hari2 tapi taktau nak bakar kueh kat mana. periuk mengukus pon baru nak ado. LOL. maklum lah orang malas gini lah. kalau orang rajin sah2 bukan seperti ku khannnnn....okay. alasan semata- mata.

kalau nak berjaya kurangkan memberi alasan.

so ceritanya yg tetiba merajinkan diri ialah pabila ex-housemate zaman UTP cum my agent utk Qaseh Gold di KLCC nak datang rumah. nak amik bekalan qaseh gold Adinda. terus pikir nak jamu makan apa. orang datang dari KL kot. lama tak jumpa plak tuh. nak datangnya pagi. haihh, takkan nak hidang kopi ngan roti telur kot. tak agak2 lah kan. okeh, okeh, meh mengorek kitchen cabinet yg ko riuh kata gempak sangat tu. tengok skek apa yg gempaknya. nan hado...oh ya! raya aji ritu kita buat kuzi ayam. sooooo, meh la memperkenalkan kuzi ayam kepada kawannnn. nak cicah dgn roti? makcik ni nyanyuk lah pulekk nak beli roti malam tu. dah tu takkan aku nak suruh tetamu belikan roti kat aku?? logik akal ke? takk logik. malu den. oleh itu decided buat roti jala. first time uolls. first time aku nak menjala roti. kirai..kirai..kiraii..berdebar oiii. dah la Ogy nak gerak dari umah 8.30pagi. ketar lutut aku.

bangun pagi. sesudah subuh. tiup telinga anak2 suruh diorang lena lama sket. husband gi keja. nasib baik bahan2 dah potong tumbuk kisar siap2 malam tadi. so mulakan dgn benda yg amik masa lama iaitu roti jala. nak buat adunan tak susah mana pon. tapi nak menjalanya cukup lama lah untuk amatur macam aku ni. dari kul 7pg samai 8pg dapat lah dalam 35 gulung. tu tak termasuk yg gagal tau. hahhaha...tapi ok lah. walaupon my BIL kata gulungan tak cantik, ada mak kesah? roti jala lembut hoiii..tak sia2 google resepi.

okeh, setel roti jala. hidang.

pastuh buat kuzi ayam plak. senanag semesekk je bak kata orang kampong i. goreng ayam yg diperap dgn bawang putih + halia + garam. tumis rempah kuzi. masuk air skek. masukkan susu cair, sos tomato, air skek lagi. pastuh bawang & kismis goreng. last skali masukkan ayam yg dah digoreng tadi. rasa nya??? mesti MARVELOUS weh...berani kata tak sedap. resepi bonda tercinta tau. orang kelantan je yg tau kuzi ayam ni tauu..okeh, banyak riak di situ. kekkekekeke...


nah..rupa roti jala yg koyak rabak tapi selembut sutera bak hang. suka tengok kawan2 makan bertambah2. anak2? hmm...diorang yg mula makan, diorang yg tolong habiskan sampai licin. sejujurnya saya sempat rasa 2 gulung je pagi tuh. take, asalkan tetamu & anak2 kenyang dah cukup buat saya tersenyum sampai telinga. basuh periuk belanga sudip inggan mangkuk sambil tersenyum sampai telinga.

okeh, tu kisah sabtu lepas.

ni kisah masa cuti deepavali plak. sekarang byk masa berhabis kat rumah. Lebih banyak rehat rasanya. kebetulan husband pon tak keja. petangnya tu terasa nak buat karipap daging, jugak resepi bonda. seusai solat Zuhur, teruslah mulakan misi. anak2 tido. husband jagakan. buat lah karipap sorang2 kat dapur. mula buat doh dulu. pastu buat intinya pon dalam sejam lebih kot. nak cincang bawang daging sehalus mungkin. nak menumisnya lagi. okeh, rasa menepati kehendak lidah. yg bercinta nya nak mengisi inti daging ke dalam kulit karipap lah. kelim tepi karipap lagi. hei, tak mainlah pakai acuan karipap tu. mak kita ajar buat sendiri tau. hahhaha...riak riakkkk...astaghfirullah. takde lah. memang gini la mak ajar pon. kelim sendiri. baru ada seninya.

tapi masa susun hasil atas pinggan tu lupa nak tabur tepung. habis melekat... huuuu..nangis tak berlagu. so selepas goreng rupanya memang lah tak comey mcm dlm gambar nih. tapi tengok husband aku habiskan seketul demi seketul, senyum lagik. orang laki ni tak puji sedap pon. kalau tak sedap tu yg dia bunyi lebih skek. kalau makan diam sampai licin, pastu sebelum tido dia sapu lagi masuk perut, confirm sedap lah tuh. jangan sesekali ko nak tanya, " sedap tak bang?" memang takde lah jawapannya cik kak. hahaha...

bagi kat kawan merangkap jiran. dia kata sedap. dannn dia bagi petua jugak taknak bagi melekat tuh. Thanks Ina. nanti aku try improve ehh. tima kaseh banyak ;-)  ;-)  :-)

Alhamdulillah, menjadi jugak tangan aku ni. ye la, tauuu...ada yg cakap aku malas kan. aku tak reti masak kan. sebok perli2 orang. hey, kalau tak reti cer tengok tumbesaran cik abe kita dari belum kawen sampai sekarang. see my hand lah. huh...(sambil jeling mata).

jadi weekend ni insyaAllah kalau semua okay nak buat project lain plak. maaf lah, saya tak pandai nak edit gambar lelawa. gitu je lah rupanya masakan kita. janji homemade, bersih, air tangan sendiri, halal & husband anak2 suka kan>

IKLAN: 
Untuk wanita yg sedang hamil yg mengalami masalah kejang kaki, hilang selera makan, morning sickness, susah buang air besar & keputihan melampau, boleh cuba QASEHGOLD ADINDA di mana ia dapat membantu menguatkan sistem ketahanan badan, kurangkan morning sickness, membekalkan tenaga berpanjangan, merangsang penghasilan susu ibu, melawaskan pembuangan air besar & merawat keputihan.



Wednesday, August 20, 2014

Tujuh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...kami sudah 7.
7 apa? 7 anak?
semestinya salah ye tekaan itu.
yg betulnya 7 tahun.
baruuu kawen 7 tahun. masih dalam fasa pertama.

kenapa fasa pertama?
sebab masih dalam tahun2 pertama utk capai kestabilan dlm pelbagai sudut.
hah, amek ko ayat buku teks.

ye la, kawen ni bukan perlu cinta kasih sayang saje. kalau yg lain takdo, nan hado.
banyak kot nak kena amik berat.
tapi pada saya benda paaaaling utama dalam perkahwinan ialah SABAR!
setuju tak?

sabar dalam baaaaanyak perkara.
kalau tak sabar memang payah sebenarnya.
ingat dulu mak saya penah cakap, sebuah perkahwinan tu kunci dia adalah SABAR!
kalau tak sabar, memang sekejap je punah.
bila saya pikir balik memang betul.

alhamdulillah kami baru melangkah ke tahun ketujuh bersama.
rezeki..macam2 rezeki Allah dah bagi. tapi kita je yg tak nampak.
dok nampak orang lain yg lebih je.
sebenarnya Allah dah bagi adil pada hamba2Nya.
kita je yg kena belajar menikmati & mensyukuri kan.

Kalau nak trace balik sejarah2 utama gembira sepanjang tahun2 tersebut:
2005 - berkenalan
2006 - saya grad & bertunang
2007 - saya dapat kerja pertama, miliki kereta pertama, diijabkabulkan & graduation.
2008 - dikurniakan anak pertama.
2009 - keguguran anak kedua & miliki kereta kedua.
2010 - beli rumah & dikurniakan pengganti anak kedua.
2011 - pertama kali jejakkan kaki di Melbourne.
2012 - tahun2 saya sibuk cari kerja baru...hahhaha
2013 - pindah ke rumah sendiri, bertukar tempat kerja & berpeluang menjejakkan kaki di Germany.
2014 - dikurniakan anak ketiga.

sejarah tu macam takde kaitan kan.tapi sebenarnya ada cerita disebaliknya.
1- walaupon ekonomi tak sestabil mana, tapi masih mampu untuk punyai harta dari titik peluh sendiri.
2- terpaksa tinggalkan anak2 kecik sebab terpaksa gi oversea atas urusan kerja. gembira dalam duka namanya tu. susah tau suami nak handle sorang2. nasib baik my parent bantu.
3- murah rezeki dgn kurniaan saham akhirat.

hanya mampu sujud syukur dgn segala pemberian Allah.
impian kami seterusnya:
- nak mencantikkan rumah..hahha, yg ni memang belum tercapai lagi. ongkosnya sgt tinggi. nasib dah jalan separuh masa belum pindah hari tuh. takpe, sabarr...sabarrr
- naakkk sangat3 menunaikan umrah. kalau ada rezeki buat Haji lagi bagus.
- naakkk sangat gi Jepun. tu memang tempat yg buat aku meleleh air liur dgr citer laki aku hoiii...dia siap cakap, "kita gi 2 je nak tak, anak2 tinggal. gi sekejap je dah la.."..sedih plak aku bab kena tinggal anak2..huuuu..tengok la dulu.
- nak melakarkan corak terbaik utk anak2. yg ni pon laaagi perlu tahap kesabaran yg amat tinggi. pheww~ (lap peluh)
- seterusnya nak stabilkan apa2 yg belum stabil.

Untuk kenangan 7 tahun bersama........



Tuesday, August 12, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum.

Masih dalam Syawal. Masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya kat kengkawan sume.
Acaner raya korang? Mesti la best kannnn.

Tahun ni turn beraya di Kota Bharu. Harusla kegembiraan berganda2 kebaboommm..
Tetambah lak sume 7 beradik raya bersama, giler ko tak suker.

Kitorang gerak balik kampung hari Sabtu, 26 July..Perghhh, jalan sesak usah cakap..
Lepas sahur terus siap mandikan anak2. angkut beg brg2 siap dlm keta. 630am kunci pintu sume.
Singgah isi minyak keta sat.Beli bekal makan anak2. Terus naik hiway.
Haa..amek ko..keta dah banyak selow meloww..memang selow takleh nak cakap.
Dari Rawang sampai Bidor jalan mcm semut. Guna jalan dalam..lalu kot Felda tuh..
stesen minyak kedai hape pon tarakk...sikit lagi nak sampai Tapah...beraturrrr baek punya!
Tak kuasa dah jalan hiway & jalan dalam sume full, makanya naik hiway semula..
beratur la dari Tapah saaaampai laaaa ke terowong Menora tuh.
korang imagine lah dari Ipoh nak ke Menora yg sepatutnya beberapa minit je dah jadi 3 jam saje kat situ..choiii...sangatlah lunyai dgn anak2 kecik...fengsan!
Bukan nya ada eksiden ke apa pon...
Tu nasib baik tak  lalu karak gua musang. kawan lalu situ 18 jam..!!
Tahun ni trafik balik raya yg kedua paling worst dalam hidup.
siap buka posa dalam keta kat masjid Jeli.sampai rumah mak kul 9pm.
Alhamdulillah sampai dgn selamatnya.

Malam raya hari org buat ketupat saya siap buat kelas Qaseh Gold lagi.
adik beradik awal2 rembat dulu. nasib baik bawak balik stock. hehehe
yg dah amalkan mesti tau apa kelebihan Qaseh Gold ni..
so memang tak rugi ahh


Raya pertama pagi2 lepas makan & solat sunat Idulfitri, berkumpul la sume.
memang full house dgn adik beradik anak sedara kitorang je.
mak ayah adik beradik 6 org, suami & ipar duai  6 org, anak sendiri & anak2 sedara total 21 org.
pak sedara yg masih solo sorang. hah cer kira ada berapa org sumenya, meriah tak meriah.
gambar kami dgn pasangan masing2.
dari kiri: kakak #5, adik #7, ma & bak, kakak #2, saya #6, kakak #3, abang #4.
abang #1 belum sampai lg masa ni.
kami 6 beradik dgn pak sedara #9 tersayang

ma bak bersama 21 org cucu2 nya.
sebelum amik gambar2 ni sume, dah siap salam2 & bagi duit raya sume dah ni.
saya pon dapat duit raya tauuu..rm200! hahha
best3...mak bagi, kakak bagi, adik ipar bagi..thankssssssss
raya memang meriah tak leh nak cakap ahh...

raya ke-2 baru la abang sulung sampai.
dapat la kumpul sume 7 beradik.
bukan senang nak dapat beramai gini sume.
sorang kat subang jaya. sorang kat kota bharu. sorang kat shah alam. Tiga kat rawang. satu kat Mantin.
raya gini je la dapat jumpa semua pon.
berdiri: saya #6, kakak #5, adik #7
duduk: kakak #2, abang #1, abang #4, kakak #3

Alhamdulillah, sempat ziarah rumah pak mak sedara semua. ada jugak yg tak beraya di KB.
jemputan kawan2 banyak tak dapat dipenuhi. ya ampunnnnn sangat3...
bukan taknak pegi, tapi masa & keadaan tak mengizinkan.
sempat gi rumah ex-roomate kat U je. tu pon skejap je sbb dh dekat dgn tempat kenduri sedara ayah.

Jumaat kami dah gerak balik rumah masing2. konvoi 4 kereta.
cuma nasib tak baik sket. radiator hose keta adik koyak kat tgh jalan di Gua Musang. 
lama gak kat situ dari kul 3pm sampai 6pm gitu.
jumaat...kedai kat Kelantan banyak tak bukak. jenuh la mencari barang spare part nya.
nasib baik ada jugak. nasib baik ada mekanik bertauliah ni...hehehe

sume dah okay, kami gerak melalui Cameron Highlands. Jem la plak kat atas nun. sebab ada besarkan jalan.. jenuh gak laa....kul 11pm singgah solat & makan di Simpang Pulai. 1am baru sampai rumah. traffic lancar cuma banyak kereta. 

Alhamdulillah selamat semuanya. rezeki untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan.
Duit raya anak pon first day dah pulun kaw-kaw. hik hik hik...payah tuuu nak dapat camtuuu..
Apa pon sume tu rezeki dari Allah. nanti kita simpan dalam Tabung Haji ehh.
sorang nak beli superbike. sorang lagi nak gi Makkah.

ok. tu saje update hari ni. rasanya belum terlambat nak wish 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR 1435H.
MAAF ZAHIR BATIN.
KALAU ADA SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN.
KALAU ADA BUAT OPEN HOUSE JANGAN LUPA JEMPUT ehhh..
saya tak organize open house tahun ni.
insyaAllah kalau takde aral, akan adakan majlis aqiqah Hana masa ulangtahun pertama nx year.

Ikhlas dari kami:
KHAIRILMUNIR
DIANA YUSUF
IZZ IRFAN HAKIMI
IZZ MIERA ARISSA
IZZ HANA NAFEESA

Note:
1- Anniversary ke-7 lagi 5 hari je lagi.
2- Nak order Qaseh Gold whatsapp 0126951792.

Thursday, May 22, 2014

Dynamic Active Zone

Assalamualaikum.

Entry ni khas buat ibu bapa yg tinggal di sekitar Rawang, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung & kawasan2 yg berdekatan.

Seperti yg korang tahu, anak2 saya dah 4 tahun di tadika/taska/pusat jagaan Dunia Dinamik. Lokasi senang je. kat perumahan Teluki (kawasan banglo sahaja) opposite dgn SMK Bukit Sentosa. Owner nya Kak Mimi. so far saya memang berpuas hati dgn khidmat & bayaran. kalau tak takde la saya sanggup berulang dr rumah di Country Homes ke Bukit Sentosa hari2. jarak lebih 20-30km gak la.

jadinya semalam kali ke-3 anak2 saya join art & craft class di Dynamic Active Zone. ni salah satu cawangan kepunyaan Kak Mimi jugak...kira macam extra class..setiap hari ada sessi pada 2.30-4.30pm sahaja. bayaran pon murah je & berbaloi2. memang tak rugi. lokasi di Adenium, berdekatan dgn 7-Eleven.

antara aktiviti yg ada e.g. make up class, mengaji, memasak & kelas seni.

setakat ni irfan arissa dah join kelas masakan, make up class & seni. memang seronok la diorang. tambah2 diorang memang suka benda2 gini. ok la kan...aktiviti memberangsangkan minda ni takde hal. memang tak rugi.

layankan gambar2nya ;-)

irfan & teacher mimi















Wednesday, May 7, 2014

[Limited Edition] Baju kurung & Baju Melayu Kanak-kanak

Assalamualaikum.

Kepada sesapa yg sedang mencari baju raya or baju jenjalan untuk anak2, dan warna yg dicari ialah HIJAU and PURPLE, saya ada jual. idea from my biz partner.

Material yg dia guna ialah kain cotton gred A. kain memang cantik lah. a bit glossy tau..and nampak mcm licin2 gitu tapi tak licin pun. seriously kain ni memang cantik. tu saya tak tipu.

Baju Kurung Moden Inayus (kanak-kanak)
Material: english cotton gred A
Corak: bow/reben & stripes


Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6


Ukuran saiz:
XS (sold) - bahu 8", keliling baju 20", labuh baju 16", labuh tgn 9", keliling pinggang 13", labuh skirt 14"
S (sold) - bahu 9", keliling baju 22", labuh baju 18", labuh tgn 11", keliling pinggang 14", labuh skirt 17"
M - bahu 10", keliling baju 24", labuh baju 20", labuh tgn 13", keliling pinggang 15", labuh skirt 23"
L - bahu 11", keliling baju 26", labuh baju 23", labuh tgn 15", keliling pinggang 18", labuh skirt 25"
XL - bahu 12", keliling baju 28", labuh baju 25", labuh tgn 17", keliling pinggang 19", labuh skirt 27"
Baju Melayu Inayus (kanak-kanak)
Material: english cotton gred A
Corak: stripes


Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6


Ukuran saiz:
XS (sold) - bahu 8", keliling baju 22", labuh baju 13", labuh tgn 9", keliling pinggang 14", labuh seluar 14"
S (sold) - bahu 9", keliling baju 24", labuh baju 14", labuh tgn 10", keliling pinggang 15", labuh seluar 17"
M (sold) - bahu 10", keliling baju 28", labuh baju 17", labuh tgn 13", keliling pinggang 16", labuh seluar 23"
L - bahu 11", keliling baju 30", labuh baju 18", labuh tgn 14", keliling pinggang 17", labuh seluar 25"
XL - bahu 12", keliling baju 32", labuh baju 21", labuh tgn 16", keliling pinggang 19", labuh seluar 28"


Baju Melayu Inayus (kanak-kanak)
Material: english cotton gred A
Corak: stripes


Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6


Ukuran saiz:
XS - bahu 8", keliling baju 22", labuh baju 13", labuh tgn 9", keliling pinggang 14", labuh seluar 14"
S - bahu 9", keliling baju 24", labuh baju 14", labuh tgn 10", keliling pinggang 15", labuh seluar 17"
M (sold) - bahu 10", keliling baju 28", labuh baju 17", labuh tgn 13", keliling pinggang 16", labuh seluar 23"
L (sold) - bahu 11", keliling baju 30", labuh baju 18", labuh tgn 14", keliling pinggang 17", labuh seluar 25"
XL (sold) - bahu 12", keliling baju 32", labuh baju 21", labuh tgn 16", keliling pinggang 19", labuh seluar 28"


Baju Kurung Moden Inayus (kanak-kanak)
Material: english cotton gred A
Corak: bow/reben & stripes


Harga:
Saiz XS, S - RM60
Saiz M, L, XL - RM65
Pos laju - RM6


Ukuran saiz:
XS (sold) - bahu 8", keliling baju 20", labuh baju 16", labuh tgn 9", keliling pinggang 13", labuh skirt 14"
S (sold) - bahu 9", keliling baju 22", labuh baju 18", labuh tgn 11", keliling pinggang 14", labuh skirt 17"
- bahu 10", keliling baju 24", labuh baju 20", labuh tgn 13", keliling pinggang 15", labuh skirt 23"
L (sold) - bahu 11", keliling baju 26", labuh baju 23", labuh tgn 15", keliling pinggang 18", labuh skirt 25"
XL - bahu 12", keliling baju 28", labuh baju 25", labuh tgn 17", keliling pinggang 19", labuh skirt 27"

untuk baju kurung, guna kain duyung which is kembang sikit, senang budak berjalan/berlari.
lagi satu, jenis zip belakang. lengan baju bergetah, nampak kemas sentiasa lah.

irfan umur 6 tahun pakai size M (irfan ni kategori tak tinggi sgt)
arissa umur 4 tahun pakai size S (tapi mek ni kecik je)
nafeesa umur 3 bulan pakai size XS

kepada sesapa yg berminat boleh terus whatsapp saya, diana 0126951792.