Ads Nuffnang

Monday, June 22, 2015

[Resepi] Ayam Percik

Assalamualaikum semua!

Lauk berbuka korang masak atau beli?
saya, kalau last year memang membeli aje,
tahun ni bercita-cita nak masak.
tu pon ikut tahap kelaratan badan & ketahanan daya fikir jugak sebenarnya.

jadinya Jumaat lepas laki mak mintak buat Ayam percik.
hari tu kebetulan dah save resepi ayam percik dari FB
[maaf lah, lupa lak nama tukang share sbb dah crop gambar].
dah lembik lutut memikirkan bahan masak ada ke tak kat dapur rumah.
walaupon balik kul 4.30pm, tapi nak sampai ke rumah takes time jugak sebab jalan jem.

Alhamdulillah, balik rumah sempat masak jugak 1 lauk. hahhaha

jadi sebagai rujukan sendiri di masa hadapan yg lebih cerah,
saya copy-paste semula resepi tu kat sini.


AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam [dipotong ikut kata hati]

1 biji bawang besar [kisar]
4 ulas bawang putih [kisar]
1 inci halia [kisar]
1 inci kunyit hidup [kisar]
1 sudu teh jintan manis [kisar]
1 sudu teh jintan putih [kisar]
1 sudu teh ketumbar [kisar]
1 batang serai [kisar]
1 sudu besar cili kisar

1 cawan santan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1- Blendkan bahan [kisar].
2- panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3- Masukkan santan & air.
4- Masak hingga mendidih.
5- masukkan gula, garam & asam gelugur. sesuaikan rasa.
[saya masukkan asam skejap je. lepas tu buang, takmau terlalu masam]
6- masukkan ayam yg dipotong. Biarkan hingga ayam 3/4 masak. Keluarkan ayam.
7- Susun ayam atas pembakar.
[saya guna pemanggang ajaib]
8- Ketika ayam dibakar, curahkan sedikit kuah ke atas ayam. Balik2kan hingga masak.
9- Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat mengikut tahap kepekatan yg disukai.
10- Selepas ayam siap dibakar, curahkan kuah tadi ke atas ayam.

hasilnya,
YUMMYYYY!!


Selamat mencuba!
Tima kaseh tuan pemilik resepi ;-)
















No comments: