Ads Nuffnang

Tuesday, June 2, 2015

Trip ke Farm in The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah bermula.
ke mana korang bawak anak2 berjalan2?

Anak2 kami request nak tengok animals.
Zoo??? Tak puas2 lg ke tawaf zoo.. dgn bau nya yg 'nyaman'.
Bird Park? Pon sama. banyak kali dah pegi.

Last month tadika kakak visit Farm In The City.
Hurmm, why not kitorang try gi sana plak.
Google segala review org ramai, kami try jugak la pegi.
Dgn keadaan skrg panas yang amat & tetiba je hujan [alhamdulillah hujan rahmat mungkin], nak mandi pool ke apa, memang tak la kan, dgn anak kecik ni.

Papa decide gi ke Seri Kembangan. okay, I ON je!
Dari rumah kami dalam 60km gak lah.
Kitorang yg x biasa area situ guna Google maps je.
Kalau guna waze ada je nak suh kita naik highway.

Map hasil dari Google


Gerak dari rumah dalam jam 10am gitu.
Sampai sana around 11am. org ramai jugak, tapi masih okay.
Lagipon kawasannya tak besar sangat dan agak redup. banyak pokok.

parking free je rasanya.
yang jadi 'rasanya' tu sbb kami park keta kat luar. masa sampai tu penuh keta.

Entrance ticket [maaf, tak capture gambar harga tix] kami ambik Family Package.
Apa yg kami dapat dengan Family Package RM116:
  • 2 tiket dewasa
  • 2 tiket kanak2 [Hana FOC je]
  • 2 souvenirs
  • 2 kupon utk Poney Ride [normal price RM7 per ride]
  • 2 discount voucher for souvenirs worth RM5 each [each voucher valid for minimum spend RM30 and above]
  • 1 discount voucher family set dine in worth RM10 [applicable for family set je tauu ;p]
Discount voucher tu kami tak guna pon. Korang nak tak??  

Memula lepas beli tiket je, anak2 terus berlari amik sayur and bagi makan kat giant tortoise. Seronok sangat diorang ni. Ada 2 ekor. Kenyang le tortoise tu sume orang bagi makan. hehehe




Selain tu ada macam2 lagi tame animals kat sini.
Boleh tengok kura-kura, penyu, ikan, burung, kancil, rusa, kambing, iguana, etc.
Sumenya korang boleh direct contact dgn diorang.
Budak2 syok la kan, takut2 pon end up sentuh jugak.
memang tak rugi la sebenarnya datang sini.
Area pon kecik, senang nak cover sume.
[Yg liar mcm harimau, singa, beruang, etc takde ye. pls take note. heheh]

Makanan burung, ikan, etc free je.
Ada staff diorang provide.

tudung i dah komot, org tu letak burung atas kepala i  T__T



ini cicak besaq




bersama Iguana

poney ride
tak sampai seminit pon setiap ride.
ok la, anak2 seronok je.

sebelum balik dapat certificates utk anak2.

ini le souvenir nya.
Pin lencana.
kalau ke sana, jangan lupa:

  • Bawak topi, kipas & kain lap peluh. Panas okeh.nak elak panas sila pegi awal pagi.
  • Bawak bekal air secukupnya. Bila panas mestilah haus. Bila haus nak minum air. Nak beli,harga airnya sedikit mahal bagi saya.
  • kalau nak makan ada je tempat makan. kami beli cendol & ABC je. bahagian jual nasik sume kami tak masuk pon.
  • Yg ada anak kecik, tak perlu angkut stroller bagai. dukung je. Sbb laluan tak rata. Sian tengok para daddy dok mengangkut stroller turun naik tangga.

Sebelum balik, anak2 dapat certificates.
Sebelum tu jugak boleh ambik gambar kat kaunter. Tapi kena bayar RM22.
Jadinya kami takde lah nak ambik. Sbb dah ambik gambar sendiri kan.


Tapi experience utk anak2 sangat bestlah. Tak rugi yg tu.
Boleh ke sana musim cuti sekolah ni.

Byeee~


No comments: