Ads Nuffnang

Wednesday, August 5, 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum.

wawawahhhh...

lebih kurg lagi seminggu je nak habis Syawal baru nak post Salam Aidilfitri keww?
Standard la kan, dasar pems mmg mcm ni. hahahaha

Cuti raya sekejap je hari tu. 16/7 sampai 21/7 je.
balik kampung sampai raya ketiga pastu dah balik rumah sini.
nak balik kampung sendiri pon x sempat. huhu..

raya kali ni tema dusty pink.
tapi lepas edit nampak baju sume kaler merah.
berjaya pujuk husband pakai kaler pink yg tak berapa nak pink.
ok la tu kannn...

baju raya mmg beli sepasang je.
lain2 tu utk anak2. kenapa nak membazir??
shopping baju lps raya jauhhhhhhhhhh lebih murah & lebih menarik debabommm!
seriously.

mood beraya hari tu sbnrnya kurang sikit sbb Hana diserang chicken pox.
Dia susah demam tapi sekali dapat, hahh.. kena gilir2 cuti.
jadi nak berjalan2 ke rumah org pon tak selesa sgt.
Tapi rezeki anak2, ramai tetamu datang umah mertua.
hasil kutipan pon memberangsangkan :-)
Rezeki namanya tu. nanti simpan nak gi mekah [kata Irfan].

gambar byk berlatarbelakangkan jelapang padi.
dah nama pon kampung kat Kedah. harus la kann :-)

tapi takde org hidang satay ke, nasik impit ke.
balik Rawang baru husband belikan... burrppp..
baru rasa lengkap Raya kita.. [ngada2 sangattt]

Hari ni bersamaan 20 Syawal.
Saya dgn rendah diri memohon maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa terkecil hati terguris emosi.

Masa dah suntuk ni, mari kita kayuh ganti puasa & tunaikan puasa sunat Syawal.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H
Khairilmunir. Dianayusuf. IzzIrfan. IzzMiera. IzzHana.










Tuesday, June 23, 2015

[Resepi] Puding Roti dengan Sos Custard

Assalamualaikum.

Letih pikir nak buat desert apa ye untuk buka posa.
Tengok kat dapur ada roti.
belek2 bahan lain..., yeahhh, ada!

jadi, meh buat puding roti untuk santapan keluarga.

ohh, ni first time nak buat puding roti.
sebelum ni biasaaa sangat tengok org buat.
Even ada kat jamuan pon memang saya takde nafsu nak rasa.

Dah tetiba terasa nak buat pulak kannnnn.

Tak sangka bahan yg senang, nak buatnya tak rumit & yg penting SEDAPPP!


Kuah Custard:
1/2 tin susu cair
3/4 cawan air
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar tepung custard

1- satukan semua bahan kecuali tepung custard
2- masak hingga mendidih. Guna api sederhana aje.
3- Sementara tu, bancuh tepung kastard dgn sedikit air.
4- masukkan bancuhan tepung ke dalam kuah di dalam periuk. 
5- Kacau hingga pekat. Tutup api. Ketepikan.


Puding Roti
2-3 keping roti
2 biji telur ayam
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
kismis & chocolate chip untuk hiasan

1- sapu butter ke atas loyang
2- carik setiap keping roti kepada 4 bahagian. susun di dalam loyang.
3- Pukul telur & gula hingga kembang.
4- masukkan susu cair. Pukul lagi.
5- Masukkan air, garam & esen vanilla. Pukul lagi.
6- Bila semuanya sudah sebati, curahkan ke atas susunan roti dalam loyang.
7- Taburkan kismis & choc chip.
8- Bakar pada suhu 150degC selama 30-40minit.
[saya try bakar dengan pemanggang ajaib selama 30minit.. hasilnya, wallaaa]

SELAMAT MENCUBA!

Monday, June 22, 2015

[Resepi] Ayam Percik

Assalamualaikum semua!

Lauk berbuka korang masak atau beli?
saya, kalau last year memang membeli aje,
tahun ni bercita-cita nak masak.
tu pon ikut tahap kelaratan badan & ketahanan daya fikir jugak sebenarnya.

jadinya Jumaat lepas laki mak mintak buat Ayam percik.
hari tu kebetulan dah save resepi ayam percik dari FB
[maaf lah, lupa lak nama tukang share sbb dah crop gambar].
dah lembik lutut memikirkan bahan masak ada ke tak kat dapur rumah.
walaupon balik kul 4.30pm, tapi nak sampai ke rumah takes time jugak sebab jalan jem.

Alhamdulillah, balik rumah sempat masak jugak 1 lauk. hahhaha

jadi sebagai rujukan sendiri di masa hadapan yg lebih cerah,
saya copy-paste semula resepi tu kat sini.


AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam [dipotong ikut kata hati]

1 biji bawang besar [kisar]
4 ulas bawang putih [kisar]
1 inci halia [kisar]
1 inci kunyit hidup [kisar]
1 sudu teh jintan manis [kisar]
1 sudu teh jintan putih [kisar]
1 sudu teh ketumbar [kisar]
1 batang serai [kisar]
1 sudu besar cili kisar

1 cawan santan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1- Blendkan bahan [kisar].
2- panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3- Masukkan santan & air.
4- Masak hingga mendidih.
5- masukkan gula, garam & asam gelugur. sesuaikan rasa.
[saya masukkan asam skejap je. lepas tu buang, takmau terlalu masam]
6- masukkan ayam yg dipotong. Biarkan hingga ayam 3/4 masak. Keluarkan ayam.
7- Susun ayam atas pembakar.
[saya guna pemanggang ajaib]
8- Ketika ayam dibakar, curahkan sedikit kuah ke atas ayam. Balik2kan hingga masak.
9- Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat mengikut tahap kepekatan yg disukai.
10- Selepas ayam siap dibakar, curahkan kuah tadi ke atas ayam.

hasilnya,
YUMMYYYY!!


Selamat mencuba!
Tima kaseh tuan pemilik resepi ;-)
















Wednesday, June 3, 2015

[Resepi] Brownies Cake

Assalamualaikum.

Last weekend saje tergedik2 nak baking semula.
nape saya kata nak baking semula...?
SEBAB??
dah banyak kali hasil baking aku bantats weh.
masak di luar. di dalam apa pon mentah!!
stress. benci. nyampah. segalanya pon ada. rugi duit beli bahan woo..
ada je yg menjadi tapi saya tak puas hati.

Sekali tu dok scroll down FB, ternampak le kawan share link resepi Brownies
[FB Amirul Syafique]

OMG!!!
meleleh ayaq liur bak hang.
cer ko tengok gambar ni..
meleleh ke tak???
ni gambar dari FB Amirul Syafique,
tuan empunya yg share resepi.

Dan di suatu malam yg hening..
di kala hati jiwaku meronta2 nak membaking Brownies tersebut,
maka terus ku korek laci dapur yg simpan bahan2 buat kek.
walawey... ada yg ada, ada jugak yg takdok.

"Pa, nak gi kedai jap"
terus capai kunci keta dan vroommm...
kedai sekentut je dgn rumah den ni haaa..

Dan ini lah bahan2 & cara2 nak membuatnya!!
CHECK IT OUT YA'LL
Mohon copy paste di blog ni ye tuan owner resepi.
senang i nak refer in future. Takyah scroll kt fb.

BROWNIES CAKE CHEWY GOORY [credit to FB Amirul Syafique]
bahan-bahan:
300g butter/mentega
300g cooking chocolate
6 biji telur ayam-pukul sedikit
80g serbuk koko
350g brown sugar
2 sudu esen vanila
100g tepung gandum-ayak 2x
1 cawan kacang- walnut/macadamia/pecan yg telah dipanggang 10minit & dicincang

cara-cara:
Cairkan butter.
Masukkan serbuk koko.
Guna whisk je, tak perlu guna mesin.
Tutup api.
masukkan dalam mangkuk.
Campurkan brown sugar.
kacau rata.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Kacau rata.
Masukkan tepung gandum.
Masukkan esen vanila.
kacau rata.
Masukkan kekacang.
kaup balik.
terus masukkan dalam loyang yg telah digris butter & sedikit tepung-supaya tak melekat.
taburkan chocolate chip atas adunan sebelum korang bakar.
bakar pada suhu 150degC selama 60minit.
Bro Amirul bakar 75minit bagi garing bahagian atas katanya. bergantung pada jenis oven masing2.

TIPS BRO AMIRUL:
1- jangan pukul over sangat sbb guna tepung sikit je. nanti kek mendap kat tengah.
    (memang betul. sebelum ni sy pukul terlalu kuat, sbb tu kek mendap)
2- letak serbuk kopi sikit pon boleh.
    (saya letak milo 2 sudu besar)
3- makan dengan aiskrim lagi sodapp.
    (makan camtu je dah sedap uuuu)


Saya guna oven Rubine 6-functions tu.
Jadi saya bakar pada 120degC, api atas bawah. reheat dalam 10-15minit. Baru masukkan loyang.
Lepas bakar 10minit, saya tukar kepada api atas bawah + convection.
Minit ke-50, saya increasekan suhu kepada 150degC dan tukar kepada api atas sahaja.
Alhamdulillah hasilnya menjadi!! Weeee~
ni Brownies saya punya.
trial je kan, so buat 1/3 resepi Amirul bagi tu.
memang sedap.
Cuma rupanya lain sket lah. hahhaha

JOM LAA CUBA!!!

Tuesday, June 2, 2015

Trip ke Farm in The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah bermula.
ke mana korang bawak anak2 berjalan2?

Anak2 kami request nak tengok animals.
Zoo??? Tak puas2 lg ke tawaf zoo.. dgn bau nya yg 'nyaman'.
Bird Park? Pon sama. banyak kali dah pegi.

Last month tadika kakak visit Farm In The City.
Hurmm, why not kitorang try gi sana plak.
Google segala review org ramai, kami try jugak la pegi.
Dgn keadaan skrg panas yang amat & tetiba je hujan [alhamdulillah hujan rahmat mungkin], nak mandi pool ke apa, memang tak la kan, dgn anak kecik ni.

Papa decide gi ke Seri Kembangan. okay, I ON je!
Dari rumah kami dalam 60km gak lah.
Kitorang yg x biasa area situ guna Google maps je.
Kalau guna waze ada je nak suh kita naik highway.

Map hasil dari Google


Gerak dari rumah dalam jam 10am gitu.
Sampai sana around 11am. org ramai jugak, tapi masih okay.
Lagipon kawasannya tak besar sangat dan agak redup. banyak pokok.

parking free je rasanya.
yang jadi 'rasanya' tu sbb kami park keta kat luar. masa sampai tu penuh keta.

Entrance ticket [maaf, tak capture gambar harga tix] kami ambik Family Package.
Apa yg kami dapat dengan Family Package RM116:
  • 2 tiket dewasa
  • 2 tiket kanak2 [Hana FOC je]
  • 2 souvenirs
  • 2 kupon utk Poney Ride [normal price RM7 per ride]
  • 2 discount voucher for souvenirs worth RM5 each [each voucher valid for minimum spend RM30 and above]
  • 1 discount voucher family set dine in worth RM10 [applicable for family set je tauu ;p]
Discount voucher tu kami tak guna pon. Korang nak tak??  

Memula lepas beli tiket je, anak2 terus berlari amik sayur and bagi makan kat giant tortoise. Seronok sangat diorang ni. Ada 2 ekor. Kenyang le tortoise tu sume orang bagi makan. hehehe




Selain tu ada macam2 lagi tame animals kat sini.
Boleh tengok kura-kura, penyu, ikan, burung, kancil, rusa, kambing, iguana, etc.
Sumenya korang boleh direct contact dgn diorang.
Budak2 syok la kan, takut2 pon end up sentuh jugak.
memang tak rugi la sebenarnya datang sini.
Area pon kecik, senang nak cover sume.
[Yg liar mcm harimau, singa, beruang, etc takde ye. pls take note. heheh]

Makanan burung, ikan, etc free je.
Ada staff diorang provide.

tudung i dah komot, org tu letak burung atas kepala i  T__T



ini cicak besaq




bersama Iguana

poney ride
tak sampai seminit pon setiap ride.
ok la, anak2 seronok je.

sebelum balik dapat certificates utk anak2.

ini le souvenir nya.
Pin lencana.
kalau ke sana, jangan lupa:

  • Bawak topi, kipas & kain lap peluh. Panas okeh.nak elak panas sila pegi awal pagi.
  • Bawak bekal air secukupnya. Bila panas mestilah haus. Bila haus nak minum air. Nak beli,harga airnya sedikit mahal bagi saya.
  • kalau nak makan ada je tempat makan. kami beli cendol & ABC je. bahagian jual nasik sume kami tak masuk pon.
  • Yg ada anak kecik, tak perlu angkut stroller bagai. dukung je. Sbb laluan tak rata. Sian tengok para daddy dok mengangkut stroller turun naik tangga.

Sebelum balik, anak2 dapat certificates.
Sebelum tu jugak boleh ambik gambar kat kaunter. Tapi kena bayar RM22.
Jadinya kami takde lah nak ambik. Sbb dah ambik gambar sendiri kan.


Tapi experience utk anak2 sangat bestlah. Tak rugi yg tu.
Boleh ke sana musim cuti sekolah ni.

Byeee~


Monday, May 25, 2015

[LOES] Little Ones Eduworld PreSchool Sports Day

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, tadika Arissa organized Hari Sukan.
Lokasi di gelanggang badminton/futsal Country Homes Rawang iaitu memang ler sekentut je dgn rumah.
Event mula kul 8.30pagi.
Seronok Arissa. pagi bangun tido sambil meloncat, "Mama, hari ni hari sukan kakak".
Iyerr... sila lah mandi cepat.

Program dimulakan dengan bacaan doa.
Diikuti dengan  ucapan alu-aluan dari pengetua tadika.
Pastu ada senamrobik. kasi itu peluh sume keluar dulu.

kemudian baru ler bermula games untuk anak2 umur 3/4 tahun, 5tahun & 6 tahun.
Arissa kelas 5 Saidatina Khadijah. Ada 3 games setiap kelas semuanya.
kelakar tengok dia main acara lompat pagar.
Alaa. pagar kecik tu je.
Aktiviti macam ni sebenarnya untuk uji motor skill anak2 kan.
belajar melompat, berlari, susun gelas untuk imbangan etc.

Lepas setel sukan anak2, ada jugak untuk mak bapaknya sekali.
Family kitorang join 2 games- bawak bola pingpong/pundi kacang/sebaldi air & sepak bola masuk goal.
Dapat tempat saguhati untuk game pertama.
Dan tempat ke-3 untuk game ke-2. tu pon sbb papa dapat markah jadi goal keeper.
nak harap mak ni, tendang bola sah2 x masuk goal weh. kaki belok [org KL kata bengkok]. hahha

Anyway, overal memang seronok. Program 9-11am je.
takde la lama sgt kan. Anak2 pon balik rumah terus terbongkang.

Little Ones Eduworld memang terbaik ;-)
I LIKE!

Meh layan gambar....

Arissa lompat.. lompatt..
comel je kakak lompat


kononnya atur langkah.
sekali hampehhh.
bola kelaut oiii

kami 3 beranak.
[papa, sila pakai bengkung ;p]

Arissa dgn Teacher Ida

Irfan & Hana bergambar dgn teacher di nursery

Bersama hadiah-hadiah yg berjaya kami pulun.

Adios!

Friday, April 24, 2015

[LOES-BCH] Field Trip to Farm In The City

Assalamualaikum.

Saje nak citer pasal tadika Arissa yg baru.
Bermula January 2015, anak2 saya ditukarkan ke tadika & sekolah yg jaraknya hanya kurang 5km je dari rumah.
Cari punya cari,
tanya punya tanya,
risik punya risik,
amik keputusan ke Tadika LITTLE ONES EDUWORLD BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG.

Tadika LOES ni banyak cawangan tau.
HQ di Shah Alam, seksyen 7 kalau tak silap lah yer.
Yuran pon sangat2 berpatutan.
tadika pagi & KAFA petang, skali dgn taska tak sampai RM500 sebulan. ok la kan.

Anyway, saya suka dengan tadika ni. Sangat islamik.
dan Arissa cepat belajar, cuma dia malass nak menulis.
tapi sekarang ni dah ada improvement Alhamdulillah.
bacaan bahasa Inggeris bagus dah. dah complete buku pertama.
bertutur bahasa Inggeris pon makin banyak. dah boleh buat ayat.
matematik ponnn mengira dah pandai.
bacaan bahasa Melayu, tengah dalam proses lagi.
iqra' dah lancar. baca doa, hafalan dah banyak surah.
sebutan yg betul, terang & jelas. saya suka!

Pendek kata, memang nampak peningkatan yg ketara.
terima kasih LOES! Syukur Ya Allah.

2 minggu lepas diorang ada field trip ke Farm In The City.
Kami sefamily belum sempat nak jejak sana lagi.
Arissa sampai dulu dgn kawan2 yer. Seronok dia.
Bila tanya kakak buat apa, "kakak jumpa ayam, kambing, itik, bagi makan sayor kat turtle.."
Sian anak aku oii, tak penah jumpa ayam kambing etc.
Anjing bersepah kat umah. hahhaha

Jadi mak ko takde idea nak membebel, layan je lah gambar yg ada ni yer.










bye bye bye~

Wednesday, March 25, 2015

[Deko] Kami pilih Carola Kitchen!

Assalamualaikum semua!

Sekarang rasa lapang sikit sebab berkesempatan tambah perabot rumah.
Perabot sangat kan mak jemah niii.

mana la tak hepi kan.
Kalau orang lain masuk rumah baru, rumah sendiri sume santek & baru sajo.
Sy pon bersyukur je sbb sebelum pindah masuk sempat buat benda2 yg berhabuk e.g kitchen cabinet, plaster ceiling, tiles porch, tembok & gate. Tapi bab2 perabot kebanyakan guna yg masih ada & masih elok je. Pelan2 kayuh la nak upgrade.

Boleh je nak buat one shot, tapi kalau fulus tak berapa nak cukup, kalau sekadar buat dgn duit personal loan, kami mmg tak boleh nak commit. sekarang ni memang takde nafsu nak berhutang dah. cukup lah dgn bela hutang rumah & kereta je. Walaupon pernah hampirrrr nak buat loan gak, tapi cancel je la niat tak elok tu.

maka, apa kami buat, simpan le duit setakat termampu. pandai2 la adjust kewangan keluarga tu ye. nak invest sana sini ke, nak menabung ke, terpulang lah. asalkan guna duit sendiri. kann? setuju dgn saya?? Sila komen. wawawahhh.. mak jemah sgt kau kan, Dina ;p

Ok. masa belum pindah dulu, sy penah share kat blog pasal kami touch-up sket2 rumah ni. klik SINI.
Partition dapur.
kalau tak, tetamu boleh nampak terusss aku tgk berhempas pulas kat dapur.

kitchen cabinet.
(edited) Material Glass 3G. Ni year 2013 punya.
Year 2017 dah tentu2 ada design & material baru :)


Untuk Kitchen Cabinet & partition dapur ni, kami tempah dgn Carola Kitchen. Cawangan premis ni ada di:
- Bandar Rawang (bersebelahan dgn Balai Polis Rawang & Showroom Mazda Rawang)
- Bandar Country Homes Rawang.
- Bandar Tasik Puteri Rawang.

Selepas 2 tahun, dah survey contractor lain jugak, tapi lepas timbang tara kami sekali lagi pilih Carola Kitchen. Service memang terbaekk wa cakap lu. Walk in nak mintak quotation, Miss June akan bagi semua maklumat yg kita mintak dgn terperinci. siap buat sketch lg tau. Make sure korang bawak la measurement nya. estimate pon takpe. So dapat tau quotation yg hampir tepat. Senang nak buat kiraan budget. Betul tak?

kali ni kami tempah built-in wardrobe untuk master bedroom & tambah sikit lagi partition dapur.


Untuk wardrobe ni, niat asal nak jenis sliding door & tempered glass siap cermin bagai la kan.
Tapi bila kosnya tak menepati kos yg ada & dalam masa sama si kecik Hana senang slide pintu & sepahkan baju (experienced dgn wardrobe bilik Irfan & Arissa  T___T), jadi kami decide buat wardrobe yg jenis swing ni je. Pastu corak2 ala-ala kayu gitu. Kos hampir RM3k. hampir ye. dah save banyak tu. janji cash. hahhaha.. tak kose nak cantik dgn hutang oii.

Dalam wardrobe ni biasa je la, ada shaft utk gantung baju. and kami buat shelves. tak amik drawer pon.
Asalkan baju and luggage tersusun rapi. Pastu kami tambah cermin kat pintu paling hujung. nak berbedak bersikat sume kat situ. takyah beli dressing table dah. jimat duit. jimat space.

nampak tak kayu + 3-cermin?
yg tu kami tempah before pindah dulu.
pastu bila duduk kat ruang tamu rasa semaknya boleh nampak tong sampah kat dapur.
pikir macam2 nak letak almari la, itu ini.
akhirnya kami tambah lagi 2 batang kayu kat sebelah kiri tu.
Ok la kan, asal mata tuan rumah tak semak.

Buat masa ni, ni je nak share pasal deko rumah.
deko la sangat kan.
Alhamdulillah niat tercapai.
Ada beberapa lagi dalam list.
Tungguuuuuuu...

Untuk yg tengah cari kontraktor, boleh la berkunjung ke Carola Kitchen Rawang.
InsyaAllah korang akan berpuas hati!

IKLAN:
Nak topup stock Qaseh Gold?
Wassup saya ok. Diana --> 0126951792.
COD sekitar Rawang.
Kalau yg jauh2 sikit tu, sy cuba adjust untuk hantar kat korang ;-)
InsyaAllah boleh.
Yg jauh2 saya boleh pos okay!!

Wednesday, March 11, 2015

Irfan @ Akademi Al-Quran Desa Mas Rawang

Assalamualaikum.

Nak cari mood start keja yg berlambak, kita berblogging dulu.

sebelum ni saya penah citer pasal anak bujang umur 7tahun kuat tantrum kan.
Bila dia mengamuk end up saya yg hangin manjang.
bila saya hangin, jiran2 boleh dengar suara aku tu.
Bila hangin, maap cakap, mulut ni lajuuu je. betul la lidah lebih tajam dari pedang.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullahalazim.

Irfan ni baru darjah 1.
Saya memang belum hantar dia ke kelas KAFA.
tanya2 yg dekat rumah ni, yg under gomen dah penuh.
Tinggal yg swasta. Tapi saya pon tak gi tanya2 sampai ke sudah.
Bukan apa, nak tengok dulu Irfan ni macam mana.
Dia sekolah petang, saya takmo lah dia sampai tertido dalam kelas sebab penat.
Sekarang ni pon dia cakap kadang2 dia terlelap dalam kelas.

Jadinya kami plan nak hantar ke KAFA lepas cuti sekolah tengah tahun nanti.

Tapi bila tengok perangai dia kat rumah yg memang mendorong saya menyirap hari2.
Maka, mencari lah tempat untuk dia belajar.
Bukan belajar silat.
Bukan belajar taekwando.
bukan belajar karate.
bukan belajar bahasa.
bukan nak taksub dia dgn gi kelas tuisyen bagai.

saya mencari kelas yg boleh bantu dia lembutkan hati.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia terangkan minda.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia mengenali kalimah2 suci.
saya mencari kelas yg boleh bantu dia mendekati Allah.

Bukan saya tak ajar kat rumah. saya ajar.
tapi budak2 ni biasalah, kalau dgn mak sendiri memang payah sikit.
banyak sgt discount nya.
ayah plak sibuk kerja. ada masa sket2 je kat rumah. jadi kadang2 memang tak sempat.

Oleh itu, memula jumpa Al-Baghdadi Learning Centre.
Via google, katanya ada kat Country Homes ni.
Whatsapp online je - tak reply.
Email - ponnn tak reply.
memang bertuah. bukan rezeki masing2 lah tu.

Tanya kawan saya Azlina dia kata cuba tengok kat area Desa Mas, area bersebelahan dgn area rumah kitorang.
Amik no fon dulu. Saya cuba sms. Alhamdulillah berjawab.

pastu isnin saya terus singgah petangnya.
nama premis tu ialah --> Akademi Al-Quran ABS cawangan Desa Mas, Rawang.
ABS is stands for Al-Amin, Bijaksana, Santun.
Saya berjumpa Ustaz Azmi. Dia terangkan pasal pilihan2 kelas pembelajaran yg ada.
pasal registration fee, pilihan sesi yg kita nak & pelbagai program yg ada.

Saya setuju untuk pilih 3 sesi seminggu yg mana yuran sebulan RM60 untuk seorang pelajar.
Sebulan 12x Irfan akan ke kelas tersebut. Hari Rabu ada kelas Ibadah.
Saya pilih hari Selasa (mengaji), Rabu (Ibadah), Khamis (mengaji).
Registration fee RM50. Pastu Muqaddam harga RM17.



kelas setiap hari bermula jam 8.00-9.30malam.

Semalam first time hantar, Irfan nangis.
Nape nangis? Katanya takut susah.
Takpe Irfan, susah2 dulu, nangis2 dulu.
Kenudian nanti mesti rasa senang, penuh dgn senyuman.
Yg penting mama nak abang jadi anak yg soleh, yg berbakti utk mama papa & adik2 bila besar.
jangan keras hati sangat. Masa kecik2 ni la nak lentur kasi selembut sutera tapi tegas.

walaupon sedikit mahal RM60 tu jika nak dikira dgn komitmen bulanan,
tapi mama papa pejam mata je dulu.
kenapa nak berkira untuk ilmu ukhrawi buat anak2 kita kan.
tadika beribu2 boleh bayar je.
nak hantar kelas ilmu agama usah berkira sangat Dina!!!  [peringatan untuk diri sendiri]
walaupon dia mintak jugak nak gi kelas karate hari tu, yg mana yuran pon rm60 sebulan. OMG!!

Takpe Irfan, kuatkan iman & ilmu, insyaAllah fizikal akan kuat nanti.

Semalam bila kami amik dia balik kelas, dah penuh senyum.
"Ustaz baik! kawan2 pon baik!"
Alhamdulillah. Syukur... satu petunjuk yg baik.
tak sabar dia nak gi kelas malam ni pulak.
mama pon rasa jiwa lebih tenang.
kurang sikit rasa nak marah anak2.

ok. adios. Selamat bekerja!



IKLAN
Jom dapatkan produk QASEH GOLD daripada saya.
Follow ig shop saya --> @rizqamira.venture 
Follow fb page saya --> RizqAmira Collection.
Whatsapp saya --> 0126951792 untuk bertanya mengenai produk.

kawan2 saya di oversea pon order berbotol2 buat stock kat sana.
Yg kat malaysia pon non-stop submit order.
Yg belum cuba nak tak???