Ads Nuffnang

Monday, December 24, 2012

Little Scientist Camp; Muqaddam, Dinner

Last week, tadika Irfan mengadakan Little Scientist Camping selama 2 hari untuk kanak-kanak 4-6 tahun. Bayaran RM100 untuk makan minum dan barang2 kegunaan untuk camp. Seronok betul Irfan. balik rumah cerita itu ini tak berhenti.


Seperti biasa, kalau berkesempatan, saya akan ajak Irfan belajar muqaddam. Dia suka tapi budak lelaki ni cepat boring kot. mentang2 dia dah belajar kat tadika, jadi kat rumah ni sekadar 'hangatkan' aje lah ilmu dalam brain dia tu. baca 15minit, terus tutup buku. Dia dah hebat katanya. haih~ macam-macam.
adik pon nak blaja jugak

Malam tadi, makan malam kat Orchid Bistro Aeon Anggun. Suka makan situ. Harga berpatutan. Makanan dalam kategori sedap. Janji boleh telan dan perut kenyang!


Kalau orang selalu cakap "tangan di bahu, mata ke atas", hah, ni dia anak akak buat sendiri dikkkk...mak tak ajar hokeyyy
Tangan di bahu, Mata ke atas.
Pape je lah, mak tak kesah~

Tuesday, December 18, 2012

Lost World of Tambun, Ipoh

Assalamualaikum.
Rasa lama sgt tak update blog.

Last weekend kami empat beranak & kakak's family gi jenjalan ke Lost World of Tambun, Sunway City, Ipoh. SInce anak2 nak sgt mandi kolam, pilih je tempat yg paling dekat & agak best.

Kami bertolak pada hari Sabtu pagi. 8.30am after breakfast, teruskan pemanduan dari Bukit Beruntung ke Ipoh tanpa henti. Sape yg drive? Saya lah!!! Melalui PLUS, traffic was smooth. dgn bayaran toll sebanyak RM21.10, kami sampai sana around 9.30am.
arissa-irfan-muaz-aina

Sampai je, terus angkut beg and beratur beli tix. Harga tix:
Adult: RM45/pax
Child: RM38/pax
Child with height below than 90cm, free entrance!
Jadi kami bayar RM128 untuk 3 person.

Ramai jugak pengunjung sbb ada family day MIDF.

Lepas tukar baju swimming, kami simpan beg yg ada brg berharga dlm locker berbayar. RM10 per locker. Boleh buka tutup byk kali sampai la kita nak balik.

Lepas tu berendam la semua macam kerbau..hahhahaha. Sorry tak snap gambar lgsg sbb tak kuasa nak basahkan camera. Arissa dgn pelampung individunya, berenang dgn Papa. sampai diheret ke area plg dalam tu. bukan papa heret dia tapi dia yg heret papa. bertuah!

Irfan pulak mmg duduk je atas pelampung yg kakak saya sewa kat situ. Untuk sewa pelampung, bayar RM25 tapi bila dah return pelampung, dia refund RM10.

Lepas puas hati main air yg penuh ombak sampai menjerit2 tu, kami gi makan kat cafe. Antaranya:
Nasi lemak ayam berempah = rm8 sebekas (Sedapppp wooo!!)
Crepe choc + peanut butter = rm5
Cucuk seafood 2 batang = rm4.50
Lain-lain, ada mee goreng mamak, mee kari, aiskrim, etc.

Kemudian, kami gi main game yg ada. alah, game yg macam kat Genting Highland tu, cuma tak terlalu scary. naik tu, mama yg pejam mata, Irfan ok je. berani jugak irfan ni yer.

Kami teruskna berjalan ke tasik pulak. bagi makan ikan & itik, pastu naik paddle boat. caj untuk paddle boat rm5 per pax. tak kira adult atau child. syiok jugak ehh. kayuh sampai letih, pastu stop.


Pastu sambung berjalan ke Petting Zoo. Sangat mini tapi kira ok la. Ada burung, ular, hedgehog, landak, ikan, etc.

Pastu masuk dalam gua. apa nama taktau. boleh la tgk condition dalam gua. besar gak.

oh ye, naik tram skali. round2 keliling kawasan tu. boleh laa...sume games and entrance tu dah cover skali dalam tix yg awal2 tu, takde caj tambahan dah.

jam 6.30pm, kami check-out dr situ dan terus ke Kinta Riverfront Hotel and Suites. Kami amik Kinta Premier iaitu suites with 2 bedrooms. It cost us RM350 per nite exclude breakfast. kira murah lah kan dgn condition yg agak selesa. Ada living area, dining area, kitchen, peti sejuk, master bedroom with queen size bed, tv 32in and aircond. 2nd bedroom ada 2 single bed yg agak besar dan aircond. yg tak bestnya call nak mintak iron & iron board tak jawab sampai ke sudah.

Malamnya tu kami dinner di Medan Selera dekat dgn Majlis Bandaraya Ipoh, dekat je dgn Ipoh Parade. Best jugak makanan situ. yg goreng2, satay, jus. sedap la. charge taktau sbb kakak & Papa yg bayar.

Esoknya kami gi breakfast kat kedai mamak. sambil jumpa ex-housemate masa kat U dulu. Namanya Pn Aay. anak2 dia comel sgt. Haseef & Humaira. Geram!

lepas check out hotel, kami gi lunch di rumah mak sedara Papa kat Tambun. menjamu ikan kerapu, ayam panggang, rambutan, pulasan, dokong, manggis dan diakhiri dgn cempedak goreng. fuhh...makan sampai kenyang mcm ikan buntal, pastu baru gerak balik. time balik mmg traffic sangat selow. Sebelum tu sempat singgah kat Lost World of Tambun, beli souvenir sikit. hehe.

Kepada sesapa yg nak ke sana, boleh jadikan ni sebagai budget reference ye. Ni kiranya percutian budget. Untuk berseronok dalam masa singkat, memang seronok.


Monday, December 3, 2012

cuti-cuti tambun resort

counting...and keep counting.
our very short vacation akan bermula tak lama lagi.
dan dijangka berakhir pada keesokan harinya.
yeay me!

eh, mama pulak yg yeay.
anak2 mesti la super yeay kann....

me and my sista's family akan ke lost world of tambun.
dekat2 je lah. setakat termampu.

dah booked apartment di Kinta Riverfront Hotel & Suites.
harap semuanya ok.

tak sabar. tak sabar.

p/s: walaupon gi bercuti dekat dgn rumah. bajet ala-ala je. tapi selagi ia menggembirakan anak2, syukur alhamdulillah. kalau nak ke tempat jauh2, belum berkemampuan lagi.

Monday, November 12, 2012

jamak ta'khir

assalamualaikum semua!

semua org pun busy keja kan. ke ada yg cuti? mesti lah ada kan. saya seperti biasa cuti ada 6 ketul je lg. simpan untuk bulan doblas nak bawak anak2 bermain air di tambun city, insyaAllah. date TBC. hari ni bermakna saya kerja macam biasa. sian anak2. hari cuti aku marah2. marah la sbb diorang suka main air sampai banjir lantai bilik/dapur! pastu jerit2, sampai aku skali naik hantu jerit. hahha..datang keja rindu lah pulak. so memandangkan skrg sy tgh jadi pencuri kejap nih iaitu pencuri masa, so layankan aje cerita secara jamak takhir seperti di bawah ni yer.

seperti yg semua maklum, saya dah permanent di tg malim. sy ke shah alam satu atau dua kali sebulan sahaja. ramai yg tanya apa perasaan saya sejak pindah sini. Alhamdulillah, saya bersyukur sgt2. banyak kebaikannya.

setiap pagi saya dah tak terkejar2. bangun kul 6, saya siap boleh sediakan simple breakfast utk diri sendiri. suami and anak2 breakfast di tempat keja/taska. takde la perut berkeroncong lagi kan. semua kerja pagi saya dapat selesaikan dgn aman.
6.50am:  baru angkut anak2 masuk kereta. baru laa nampak matahari
7.10am: naik hiway
7.25am: bayar toll kat tgm
7.40am: sampai parking lot
7.50am: jalan lenggang kangkung sampai opis.


membelah kabus pagi setiap hari. syookkk!
 saya tak pernah rasa terkejar2. seriously saya seronok. balik keja pon sama. kul 6 lebih2 sikit dah amik anak2 kat taska. irfan cakap, "wahhh, cepatnya mama balik hari ni!!"..rasa sgt terharu bila anak cakap camtu.

ramai jugak yg tanya nape saya nak pindah..tak sayang kawan2 ke? gila kau aku tak rindu kwn2 yg best kat shah alam. saya buat semua ni kerana anak2 saya. walaupun lepas pindah rumah nanti, jarak perjalanan lebih jauh dr sekarang, tapi untuk keselesaan anak2, saya sanggup berkorban hingga masa yg sesuai akan tiba ;)

berbalik kepada anak2, irfan & arissa lately makin cergas, cerdas & nakal. aktifnya masyaAllah mmg buatkan saya naik hantu. tangan ni kdg2 laju je kan. Ya Allah lembutkanlah hati hambaMu ini dalam mendidik anak2 ya Allah.....tapi org kata budak aktif ni budak bijak. ameen~ semua ibu mengharapkan anak2 yg bijak. tapi pada saya, saya nak anak2 saya balance: bijak, cergas, pandai bertutur, hormat org tua, dsb.

sejak perasaan nak pindah rumah membuak2 ni, walaupon rumah tak siap reno lagi, saya dah makin malas nak kemas rumah. sapu & mop masih berjalan seperti biasa tapi bab2 susun mainan dan sewkatu dgnnya dah lama tak buat. malas okay, penat. 3 org sepah sorg je kemas. nisbah ni sgt membebankan saya. jadi saya biarkan segalanya hingga masuk rumah baru..hahah

main dukung adik. haihh..kalau tak jatuh takpe.
tang terjelepuk tu mulut mak bising satu rumah.
i love driving. kadang2 saya rasa saya drive lagi bagus dari suami. boleyy??? walaupon dah banyak benda saya sondol tapi ada saya kisah?? bila turn balik kampung suami, mmg saya yg drive & suami jaga anak2. jaga ke tido, bang oiii..ini mungkin disebabkan faktor saya yg drive jauh hari2 tapi dia hanya bawak motor gi tempat keja dekat rumah. dekat tak dekat, 20 minit jugak.


saya perasan kulit arissa dah berubah. walaupon sikit saya dapat rasakan perubahannya. kulitnya makin putih, dah kurang ruam merah dan bintil2. skrg saya apply 2 benda kat dia: Mealshakes & sapu minyak kayu hitam. Alhamdulillah Allah makbulkan. mujarab jugak yer.
dalam kereta dah takmau sgt dok depan.
dia suka berdiri kat laluan tengah antara driver seat & co-pilot seat.
dah rasa cukup besar la yer

bersiap sedia untuk persembahan convocation tadika.
costume bukan main lagi.
skali naik stage, dia jadi baby pacak, tgk kiri kanan kakak abang 3 tahun buat persembahan.

jumaat lepas, amik report card irfan. dia dalam kategori Telah Menguasai.
maksudnya pelajar yg takde masalah untuk mengenal, membaca, mewarna, dsb.
sangat bersyukur.
so bawak dia gi tengok Finding Nemo 3D version kat AEON Anggun Rawang.
tak sangka rawang ada 3D cinema. hehe

arissa pantang posing nak tunjuk 'peace'.
buat 'peace', pastu cakap, "maaa, dua..dua..two..two.."
hahha..comel. mama sayang adik yg cerdik!

ni gambar semalam. lunch fettucini goreng jer.
tapi diorg makan punya berselera sampai tambah 2 pinggan kecik.
kalau sebelum ni jenuh paksa. ni makan elok je masuk perut.
nak cuba Mealshakes untuk anak2 yg kurang selera makan??
tak rugi awak. sgt tak rugi ;)
ok korang, saya nak sambung buat report and prepare data yg diorang dok mintak. bye-bye

Wednesday, October 31, 2012

pengasuh vs. pusat jagaan

hi u'olls.
dah berapa lama saya tak update blog ni kan. sure korg bosan asal klik je ada citer water pitcher, takde citer baru. sejak sy kat tg malim super duper bizi tau. layan fb smbl load drawing & hilg tekanan ms buat report. since hr ni last day di tgm and esok akan kembali ke s.alam, segala report dh siap, boleh la ngadap blog kejap.

tetiba terlintas nak share psl penjaga sementara anak2 kita. korang sbg ibu2 bekerjaya di luar sana, siapa pilihan anda? babysitter atau nursery?

saya tahu ramai yg lebih mempercayai babysitter. anak2 lebih terjaga. lebih tumpuan kan. lagipon lately byk berita negative tentang anak-anak kecil yg ditinggalkan di taska. tapi kita mesti ingat, bukan semua nursery tak bagus. bukan semua babysitter bagus. doa padaNya untuk melindungi anak2 kita ;)

saya tak nak cerita psl pilihan org lain. tapi hanya nak kongsi pilihan saya.
secara peribadi, saya lebih yakin untuk hantar anak-anak saya di bawah jagaan nursery. kenapa?

awal 2011 minta pertolongan kakak carikan taska baru. bertemu dgn Taska & Tadika Dunia Dinamik. sebelum daftar, gi jenguk2 dulu tempatnya. bersih. menarik. terjaga. berdaftar dgn JKM. lesen setiap tahun digantung di dinding taska. owner yg sgt aktif & positif. anak2 kita pun aktif. kalau hidap penyakit berjangkit dilarang hantar ke taska takut berjangkit. at one time 2 org kanak2 termasuk anak saya kena HFMD, taska ditutup sbb pekerja2 nak bersihkan taska. kebersihan sgt diutamakan. menu anak2 setiap hari berlainan. jadual menu ditampal di luar taska. so that kita boleh tahu apa yg anak kita makan. ada la 10% kekurangannya tapi masih boleh dibaiki. pengambilan kanak-kanak pun limited.

anak-anak 2 tahun dah dihantar ke tadika untuk bermain. takde la dihidangkan dgn tv atau bermain je kan.



ikutkan bayaran hampir rm600 untuk 2 beradik. ada org cakap better ambik maid, boleh jaga anak2 dan rumah sekali. masalahnya, betul ke dia jaga semuanya? kalau betul syukurrr...kalau sebaliknya, tak ke naya. ada kes di mana anak2 habiskan masa dgn bibik sampai cakap pelat indon dah. pada saya, it's ok habiskan rm600 di taska. walaupon agak pricey tapi saya puas hati. anak saya boleh belajar, berkawan, and time full with activities.

anda pulak macam mana???




Wednesday, October 3, 2012

lebih sihat

sejak saya sedar banyaknya kekurangan diri, saya amalkan pemakanan 3 jenis supplement sejak seminggu yg lalu untuk memastikan badan saya dalam keadaan sihat dan cergas.

Pagi sebelum gi kerja:
Minum Global Tea, sejenis minuman herba hasil idea ayah. Teh ni rupa dia lebih kurang uncang Lipton. Rebus selama 15min, pastu minum. Kenapa saya minum air herba ni? Sebab ia membantu dalam menurunkan power mata.Contoh pertama, mak saya. pakai spek, power sederhana tinggi. selepas amalkan minum teh herba ni, power mata turun. Contoh kedua, seorang saudara pakai contact lense tapi tak pernah cuci. hinggakan satu hari matanya merah-gila2-merah dan kena jangkitan kuman. lepas minum herba ni, matanya kembali normal. Sebab tu la saya minum jugak dgn harapan power mata sy yg 700++ ni mampu dikurangkan untuk mengelakkan Glaukoma.

Petang lepas balik keja:
Bancuh meal Shakes bersama air yogurt mango. shake-shake-shake. minum. dgn harapan selera makan bertambah. bukan untuk gemuk. tapi untuk membantu mendapat berat badan seimbang. tapi kenapa saya pilih Meal Shakes? Sebab:
- protein & vitamins yg terkandung dalamnya mampu menampung bahagian badan kita yg tak cukup zat tu.
- Org yg kurang selera makan berpunca dari kekurangan folate, zink & vitamin C.
- Hence mealshakes boleh tingkatkan selera makan kita.

Untuk anak-anak, saya bancuh dalam susu. so far proses pembuangan air besar diorang sangat bagus. tiada masalah penghadaman. alhamdulillah.

malam sebelum tido:
Saya makan makjun. ingredients: kacip fatimah, manjakani, serapat, dan seangkatan dengannya. kenapa saya makan? tujuannya untuk menjarakkan kehamilan, merawat keputihan dan menghilangkan bau *tuutt*. saya dah rasa kesan kedua dan ketiga. memang berkesan.

Actually selain 3 di atas, makjun ni jugak untuk membantu:
- mengawal kolesterol dalam darah.
- seimbangkan berat badan utk mencapai berat ideal.
- menyuburkan wanita yg nak mengandung.
- membetulkan period.

 selain dari tu, rasa tak rasa penat. even malam-malam terganggu dgn rengekan anak-anak, tak cukup tido tapi saya tetap rasa segar bila bangun awal pagi.

Kawan-kawan wanita saya kat luar sana macam mana? sayangilah diri anda. jangan jadi macam saya, dah lambat baru sedar diri. jagalah diri anda demi suami dan diri sendiri.



 

Thursday, September 27, 2012

alahan mengandung tanda anak pintar?

credit to FB Irni Khairuddin ;)
 
 
 

Wednesday, September 19, 2012

raya chassis 2012

jumaat mggu lepas group saya buat majlis raya
penutup Syawal
event ni diadakan di Intekma Shah Alam
hampir seluruh family Chassis datang
masing2 bawak family
makan-makan kat poolside
anak-anak saya apa lagi kan
lari sana-sini
seronok la dah lama tak jumpa kolam katakan
malas nak cakap banyak la ptg2 ni
jomss layan gambar
gambar mak tak banyak dek non
tengok aje lah yer

kurus-murus nya aku nih
masyaAllah
gemuksss puhliss~


makcik dgn princessnya


izz khairyana

family of Chassis


Tuesday, September 4, 2012

Mac Laren Quest

semalam ada cerita pasal stroller. macam best je nak buat topik entry. ehehe...
taknak citer apa stroller org lain. nak cerita pasal pilihan saya!
saya dah lama minat dengan stroller ni.
suka jenamanya.
suka imejnya yg sporty.
suka bentuknya yg senang dibuka/ditutup.
harga je tak suka.
masa tu kewangan cukup2 stabil je.
simpan niat murni dalam hati.
masa irfan kecik, saya tak beli baby stroller. seseorang bagi hadiah. suka sangat. tapi saya jarang guna sebab agak berat ketika ditolak dan agak sukar untuk fold & unfold. tambahan pulak irfan pun taknak dirinya diletakkan dalam tu. end up tersimpan lah ia di bilik. awal kelahiran arissa pun kami masih guna stroller yg sama. keadaannya yg agak berat membataskan pergerakan. susah sikit time nak corner-mengoner. lama tu terfikir nak penuhi kehendak hati. maklumlah ekonomi dah banyak stabil.

walaupun saya minat dgn stroller yg satu ni, tapi saya tetap survey dulu. tengok kawan2 ramai yg guna Quinny, Combi, Halford (betul ke nama ni?..), Sweet Cherry. tengok harga, huhuhuhu...sayangnya duit nak curah 4-angka. Sweet Cherry agak reasonable price jugak lah tapi:
di bawah ini ialah pendapat saya. jangan buat andaian negative!
Quinny - cantik. kukuh. bergaya. agak pricey bagi saya. banyak sgt cara nak fold/unfold.
Combi - bentuk biasa. agak ringan. harga boleh tahan jugak.
Halford - tak survey sangat. tengok org guna kat shopping mall je.
Sweet Cherry - ada variant types. ada murah, ada yg mahal. almost weight 8kg.

akhirnya kami pilih ini
rupa macam ni.
harga mahal tak?
saya tak pasti. bg saya mahal jugak.
tapi tak semahal Quinny atau setaraf dengannya.
tapi kalau berbaloi untuk tempoh yg lama, high quality, tak salah bukan?
macam beli kereta jugak ;p
specification seperti di bawah.
Basic Weight
5.5kg/ 12.1lb
(without hood, shopping basket or raincover)

Carrying Capacity
up to 15kg/ 55lb (US)

Appropriate From
UK/US/EU: birth up to 25kg.

Recline
Four seat positions

Wheel Size
12.7cm/ 5.0in

Hood
Longer for extra coverage
Easy- on, easy- off hood
Round with storage pocket
UV protective viewing window
Reflective accents for night safety

Senang nak buka tutup?
hey, teramatlah mudah u'olls. I LIKE!
untuk unfold:
tarik plastic bracket kat bahagian kanan.
jatuhkan wheel stroller.
tarik holder ke kiri/kanan.
tegangkan.
tekan pad kat center of stroller dgn kaki.
buka!
untuk fold:
pad kat center stroller ditolak ke arah atas dgn kaki.
foldkan stroller.
tutup!
senang sangat.
semua operate dgn kaki je.
bila dilipat, bentuknya tak ubah seperti payung.
ringan. mak yg kecik ni boleh angkat.
letak dlm boot kereta, space masih banyak.
time keluar sorang2 tanpa suami, memang convenient.
setakat ni, amat berpuas hati dgn Mac Laren Quest.
walaupon berharga > rm500, tapi berbaloi.
bukan setakat arissa, irfan yg dah usia 4 tahun pun boleh duduk dalam tu.
dah lebih setahun usia nya, keadaan masih elok.
sayang nak di-let go. nak simpan untuk adik2 mereka yg seterusnya. ecceehhh
jadi apa pilihan mama-mummy pulak ehh?

Monday, September 3, 2012

cerita mistik

sebelum ni saya adalah tak percaya dgn kisah mistik/gangguan makhluk halus. saya percaya 'benda' itu wujud tapi bila ia keterlaluan saya kurang percaya. tapi segalanya berubah bila saya alaminya sendiri.

semua cerita2 di bawah adalah asli. wujud. dialami saya sendiri.

2001
pernah tengok depan mata kawan sekelas dirasuk makhluk halus. matanya tiba-tiba terbeliak ke atas. tangannya mengeras. tiba-tiba terlentang. tiba-tiba duduk. tiba-tiba suaranya bertukar garau. matanya merenung tajan seorang demi seorang sambil tersenyum.

1999
masa saya form 3, kami pernah menyewa di sebuah rumah di kampung PG. tahun PMR maka saya kurang follow parent bila diorang keluar ke mana-mana. lebih selesa di rumah utk study. maklumlah tak ke kelas tuisyen. dalam rumah, bunyi itu ini sentiasa ada. penah satu hari, sampai maghrib parent belum pulang. time tu juhan lebat beserta petir. saya menyorok di celah-celah pakaian yg bergantung di tempat sangkut baju. sebab masa tu saya terdengar sesuatu di tingkat atas.

satu hari, waktu petang. sorang2 di rumah yg sama. tgh buat homework di dining area. tiba2 dengar pintu bilik kakak saya terbuka. kemudian ditutup. kemudian pintu bilik air terbuka dan ditutup. berdiri bulo roma aku wehhh).

satu hari, waktu malam. saya tgh tengok tv di tingkat atas. mak saya di tingkat bawah. bunyi seperti org tgh gergaji papan. bila saya jenguk, diam. elok je saya tgk tv, bunyi semula.

satu malam, kakak saya balik keja lambat. masuk je bilik, dia dengar seperti org sedang siram pokok. ye, memang betul keliling rumah tu ayah saya bercucuk tanam. tapi masa tu ayah saya dah tido!! mana ada org siram pokok bunga pukul 12 tgh malam. seklai tu, mak saya nak cuba dengar. dia tido di bilik tingkat bawah. bilik tu bersebelahan dgn paip yg ayah guna untuk siram pokok. memang betul BUNYI SIRAM POKOK itu WUJUD!!!

satu malam, kawan ayah datang bertandang ke rumah. anak2 dia kawan2 sekolah kami. kami borak2. esok saya gi sekolah, kawan sy cakap yg last nite kakaknya nampak ada 'makhluk berbulu' sedang duduk di tangga rumah kami, merenung tajam ke arahnya!

2010
saya baru habis pantang melahirkan Arissa. 2 mggu before sambung kerja, pulang ke rumah di mana kami tinggal sekarang. siang suami bekerja. Irfan dihantar ke taska. satu hari, Arissa menangis meraung2. saya baca ayat kursi makin kuat dia meraung. bagi susu tapi dia menolak. langsung tak minum susu. dalam masa sama, saya rasa badan terrrsangatlah lenguh. kaki tangan bahu lenguh teramat. sakit! fikir saya, penat & lenguh punca dari kurang tido & menyusukan anak. akibat geram, saya yg menjerit2 dalam rumah macam org gila marah anak umur belum sampai 3 bulan. gila bukan? Arissa meraung menangis tak henti sampai malam. papa balik keja dan call maknya. MIL mintak call Mak Anjang, mak sedara papa di Kedah. Mak anjang minta papa sediakan air, dan tanya nama anak & nama ibu anak. setengah jam kemudian, mak anjang call balik. katanya, Arissa meraung sebab dia tak nampak muka ibunya (muka saya lah tu). tapi dia nampak muka 'benda lain'. dan 'benda' tu sedang bertenggek atas bahu saya!!! patut la saya sakit satu badan. Mak anjang pesan, 'ibu kena kuat semangat'...alhamdulillah, lepas discan dari utara nun, Arissa diam. lenguh2 sakit di bandan saya hilang. syukur. Air yg dah 'dibaca' tu papa recik2 dalam rumah. papa kata masa dia recik air dalam 2 bilik atas, bulu romanya meremang! dan menurut mak anjang, benda tu tinggal di bilik air tingkat bawah, sebelah dapur!

2012
Arissa dihantar ke taska seperti biasa. satu petang, masa tu saya driving nak balik rumah. owner taska call. "D, boleh cuba sampai awal sikit ke hr ni? arissa ni haa, tadi dia tido tghari. kami letak dgn kwn2 dia tido kat tingkat atas. ada sorang cikgu yg jaga. arissa tido sekejap sgt. bila bangun, dia mcm berborak2 kat sliding door atas. cikgu nampak pelik, dibawanya arissa turun bawah. yg peliknya arissa mcm takut pd sesuatu. nak menempel dgn cikgu-cikgu. kalau cikgu renggang sikit, dia tarik & pegang baju cikgu kuat2. at one time, muka dia pucat, badannya sejuk & kebiruan. cikgu taska call kak Mi. Kak mi datang bacakan ayat kursi sambil sapu muka arissa dgn air ustaz A. alhamdulillah badannya kembali merah dan tak pucat. then terus dia minum susu dan tido. awak cuba la bawak dia jumpa ustaz ye, dapatkan air penawar". demkian kata owner taska.

sampai taska saya pick-up arissa. dia nangis2. sampai rumah dah ok.

lepas papa gi keja shift malam, saya angkut anak2 naik tido. around 10pm, arissa yg tido atas katil dgn saya tiba2 merengek2. suhu badan ok. tak demam. masa tu irfan pulak tido atas tilam kat tepi katil. saya rasa tak sedap hati. saya bacakan ayat kursi. keadaan reda. tetiba saya dengar macam ada org berlari2 atas siling. cara lari tu, kuat then beransur hilanggg.....dan ia berulang banyak kali! saya dah cuak. Ya Allah, ada org nak ceroboh rumah aku ke?? kemudian bunyi yg sama masih berulang disertai dgn gegaran grill tingkap bilik saya! Masya Allah...sungguh saya berdebar. dalam masa sama, arissa meraung2. irfan yg tgh tido terbangun dan berkata, "mama, bunyi apa tu? abang takutt!!"..sambil panjat naik atas katil. saya call papa, " abang, balik sekarang. ada something yg tak kena". papa sampai rumah, bunyi tu dah hilang. papa naik atas siling, dinding2 concrete. tak mungkin ada manusia boleh bolos. saya paksa dia call mak anjang. lepas call, mak anjang minta nama anak & ibu. malam tu tidolah kami 3 beranak. papa kerja.

esok pagi mak anjang call papa bgtau memang malam tadi ada 'benda' mengusik. lepas tu alhamdulillah kami okay. cuma pesan mak anjang, kalau terasa diri diperhatikan dlm rumah, maksudnya 'benda' memang ada.

sebelum ni masa irfan umur setahun, banyak kali jugak dia sebut kakak/abang sambil tunjuk2..

awal2 dok rumah tu, time tido, tgh2 malam, black out dan malangnya saya tersedar sbb panas. dengar beberapa ekor anjing menyalak panjang. makin lama salakan anjing makin hampir dgn rumah saya. uuu...sgt serammm!
xxxxxxxxxxxxx
 
saya mandi di bilik atas. papa & anak2 tgk tv di tingkat bawah. lepas mandi, saya solat isyak. masa tgh solat, terdengar tombol pintu dipulas2 tapi pintu tak terbuka pun. fikir saya irfan cuba nak buka pintu (okay, solat tak khusyuk sudahh). habis solat, saya turun bawah. "papa, tadi irfan naik atas ehh??"..."takde lah, 2 org ni dok sini haa. tgh main".."habis, apsal mama dengar tombol pintu mcm ada org cuba nak buka???"..."ntah lah..mana abang tau, semua ada sini, tak naik atas pon".

xxxxxxxxxxxxxxxx
 
tengah tido 4 beranak, papa dengar tombol pintu bilik kami dipulas2 dari luar. papa bangun, ready untuk tumbuk muka penyamun. buka je pintu, kosong!! tiada sape2!!! terus dia sambung tido.

cerita jiran sebelah rumah
akak sebelah rumah saya byk cite mistik. sepanjang dia berjiran dgn saya, siap dijemput ustaz untuk tengok2 rumah. memang ustaz cakap area rumah kami tu ialah laluan utama 'benda' tu.

ketika dia selesai solat & bagi salam, bahunya dicuit dr belakang. ketika bg salam, terasa angin sejukkkk selisih di bahu (yg ni memang byk kali saya rasa. masa basuh pinggan di dapur. masa mandi pun pernah. tapi buat tak tau aje).

dia jugak pernah alami kejadian 'bunyi org berlari atas siling rumah'. siap call polis lagi. polis naik atas siling kot2 ada pencuri. pastu polis tanya cane bunyi lari. bila dia citer gini2, polis cakap, tu bukan org tapi pontianak. dah banyak kes sebelum ni.

akak ni jugak penah nampak hantu pocong melalui area belakang rumah kami!!!

masa anak dia umur 4 tahun, hilang waktu maghrib. ingatkan jatuh longkang. rupanya anak dia lari ke sebuah flat, follow 'atuk' katanya...wuhhhuuu, meremang bulu roma aku wehh.


Ini semua apa yg saya alami sendiri. percayalah bahwa makhluk halus itu wujud. ia sekadar menumpang di rumah kita. ye lah, rumah yg kita duduk tu kan asalnya area hutan. manusia yg lapangkan area tu untuk dirikan kawasan perumahan. kat mana lagi makhluk halus tu nak menumpangkan melainkan rumah kita!

kalau kawan2 ada tips untuk pagarkan rumah, share lah ye. tak lama lagi saya nak masuk rumah baru. asalnya pun kawasan hutan. moga2 Allah sentiasa lindungi & pelihara keselamatan kita bersama.







 

Friday, August 10, 2012

tanda-tanda malam Lailatulqadar


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Ingin sekaliku bertemu Dengan Lailatu Qadar Mu~Izinkanlah Ya’Allah!

Nabi shallallahu’alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahualam.

segala yg baik datangnya dari Allah. dan segala yg tidak adalah dari kekhilafan diri saya sendiri.

lawak ayam & lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor.
             Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
             Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
             telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada.
               Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah
               panggil aku MAK!
Ayam : ???????????????????

iklan raya 2012 - Bernas

Hi peeps!

Korang dah tengok iklan raya BERNAS? saya percaya ramai dah tgk kat tv3 malam tadi. tapi memandangkan sy dah lama tak tgk tv3, baca satu blog dan jumpa entry ni. 2x tengok kat youtube. sedih sgt3.

Synopsis iklan raya Bernas:
Dua orang anak yatim yg berusia dlm 8-12 tahun. Si abang bernama Ahmad, punya percakapan yg kurang jelas. Si adik bernama Fizi, kurang daya penglihatan. Diorang kematian ibu dan tinggal di rumah anak yatim di KL.

Satu hari, kesemua penghuni rumah anak yatim berbuka puasa bersama. Ustaz/penjaga datang beri sumbangan duit raya RM10 seorang. Mereka berborak sesama sendiri. berkongsi kegembiraan untuk pulang ke kampung masing2. tapi Ahmad & Fizi tak balik ke mana-mana memandangkan mereka tiada saudara mara (rasanya la). pada malam raya, asrama sudah tidak berpenghuni. hanya tinggal mereka berdua. di keheningan malam, Ahmad membelek2 gambar arwah ibunya. "Mak, abang rindu mak...". Lantas Fizi memberi cadangan untuk pulang ke kampung semata2 mahu menziarahi pusara arwah ibu mereka.

Mereka berdua berjalan beriringan sambil menuju ke stesen bas. Melilau2 mata Ahmad mencari kaunter tiket ke Segamat.
Ahmad: Kak, tiket ke Segamat.
Akak kaunter: Maaf, dik. Tiket dah habis. (Sambil menampal notis di cermin kaunter).

Mereka duduk di sebuah bangku. Fizi memberi cadangan untuk ke stesen keretapi.
Fizi: Pakcik, nak ke stesen keretapi boleh?
Pakcik teksi: Bolehhh...

Setibanya mereka di stesen keretapi.
Pakcik teksi: Dah sampai. RM10 je dik.
Fizi: RM10??? Diskaun boleh tak, pakcik?......

Sejurus selepas tu mereka terus menuju ke kaunter tiket.
Fizi: Segamat, abang.
Abang kaunter: Tiket tinggal 1 je lagi, dik.

Mereka duduk di bangku. Fizi terdengar ada beberapa orang sedang mengangkut barang2 ke atas lori sambil menyebut Segamat! Segamat!

....Pemandu lori memandu lori di tengah malam. tiba2 dia terdengar kotak2 di belakang lori terjatuh disertai jeritan kecil. Lori diberhentikan di tepi jalan. Dihalakan lampu suluh di tempat letak barang. Lalu kelihatan 2 orang kanak2.
Pakcik lori: Hey, apa yg kamu buat sini? keluar..keluar...
Fizi: Kami nak balik kampung, pakcik.
Pakcik lori: Mana kampung kamu?
Fizi: Segamat.
Pakcik lori: Kenapa tak cakap awal2....

Ahmad dan Fizi diletakkan di tempat duduk depan. Mereka tertidur keletihan.

Pagi esoknya iaitu pagi 1 Syawal, mereka tiba di Segamat. Pakcik lori menurunkan mereka di depan masjid.
Fizi & Ahmad: Terima kasih, uncle. (sambil memeluk erat pakcik lori).
Pakcik lori: Sama-sama..takde rumah pun sini (bercakap sorang-sorang).

Ahmad & Fizi masuk ke dalam masjid. Mandi di kolah masjid. Pakai baju melayu, bersongkok, bersampin.

Mereka berpimpin tangan menuju ke pusara arwah ibunya. Di tangan Ahmad terselit gambar arwah ibunya. Duduk di tepi pusara, Ahmad meletakkan tangan Fizi di atas batu nisan.
Ahmad: Mak Ahmad, mak Fizi jugak...
Fizi: Bismillahirrahmanirrahim...(baca surah Al-Fatihah).

Sedih sangat. pagi2 saya dah menitis air mata kat ofis ni. Bersyukurlah kita masih punya ibu bapa dan keluarga di usia sekarang. Tiba2 terbayang jika saya dan suami dijemput Ilahi di usia muda, apa yg akan berlaku dgn anak2 saya??????? Ada kah saudara-mara saya yg sudi menjaga mereka dgn seikhlas hati?

Wednesday, July 25, 2012

beli rumah

Salam semua.

hari ni tetiba nak share cara-cara nak beli rumah untuk pembeli yg pertama kali nak  berbuat demikian. point2 ni berdasarkan pada pengalaman sendiri. dulu saya blur cane nak beli rumah. susah sangat ke? leceh ke? tapi setelah bertanya seorang rakan, akhirnya berjaya..=)

#1: Survey rumah yg anda rasakan terbaik, menepati kemampuan kewangan anda, lokasi, persekitaran, pemaju, dsb.
- saya beli rumah kat Saujana Rawang pada akhir 2010. berkeluasan 20x65 sahaja. build-up +/- 1600sqft, 4 rooms, 3 bathrooms. berharga RM2xxk. Pemaju Glomac.
- ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik sgt lapang. setiap bilik boleh memuatkan queen bed.
- dapur tak perlu extend. tak sempit, tak luas. just nice.
- dekat dgn Aeon, plaza toll Rawang.

#2: Shopping bank. Cari bank yg offer zero entry cost di mana anda tak perlu bayar pelbagai fees. kalau ada pun sikit aje.
- cari bank yg provide BLR rendah. (betul ke ayat nih?? tak sure. sorry)

#3: Lepas kira-kira dan segala consideration done, deal dgn pemaju.
- bayar booking payment. ada yg RM500, RM1k, RM5k, dsb.
- submit documents kpd pemaju. then pemaju carikan bank untuk kita.

#4: Deal dgn bank pulak.
- anda akan dihubungi oleh beberapa institusi kewangan.
- diorang akan bagitau apa2 offer yg ditawarkan.
- korang pilih la mana yg dirasakan terbaik. ada yg bg BLR -2.0, -1.6, -1.8. monthly installment, tempoh bayaran balik pinjaman. kalau boleh bayar cash lagi bagus.
- setelah anda pilih bank, urusan akan dibuat. tunggu LO je.

#5: Letter Offer
- Anda akan dapat LO. seterusnya sign Loan Agreement.

#6: Sale & Purchase (S&P)
- Kemudian anda akan sign S&P. masa ni baru tau sape lawyer anda. apa2 hal, berurusanlah dgn lawyer.
- Lawyer ada 2 iaitu lawyer pemaju & lawyer bank ye.

#7: Bayar interest
- Bila semua document dah ada dalam tangan anda, tunggu je la rumah dinaikkan sampai siap.
- Dalam pada tu, dah boleh keluarkan duit account 2 KWSP untuk bayar 10% deposit kepada pemaju.
- selalunya, sementara rumah sedang didirikan, korang kena la bayar interest bank. bermula RMxx sehingga RMxxx.

#8: Dapat kunci
- Bila rumah dah siap, pemaju akan hantar surat untuk anda ambik kunci rumah.

#9: Bayaran penuh
- dalam masa anda berseronok dapat kuci rumah, anda juga dah mula bayar penuh bulanan pinjaman ye. RMxxxx. sakit sikit lah awal2 ni. tapi insyaAllah rezeki ada. jangan merungut.

#10: Deco-deco
- Boleh mula berdeco dan pindah ke rumah anda =)

Note:
Maaf kalau steps yg saya share ni berbeza dgn pengalaman anda. tapi semua di atas adalah apa yg telah saya alamai sendiri.

Adios!

Saturday, July 21, 2012

Tips untuk slim & fit

Salam Ramadhan.
Bersiaran dari lappy kat rumah. selalunya via mobile/desktop ofis. fuhh..fuhhh (tiup habuk lappy).

Bila sebut Ramadhan automatically semua Muslim wajib berpuasa sehingga 1 Syawal datang lah kan. Bila sebut puasa mesti ada yg happy sebab kononya boleh kuruskan badan skali. fakta atau mitos saya tak pasti. sepanjang saya berbadan gemss dulu, puasa tak penah lagi badan slim.

Untuk kawan-kawan yg nak kuruskan badan (tapi jgn sampai aneroxia tau..tak santek!), boleh la gunakan tips yg saya nak share ni. ini memang experience saya sendiri. Alhamdulillah berhasil. sangat sangat sangat berhasil!!! actually masa tu saya tak target brape berat. cuma target nak slim sikit supaya telinga tak pedih dikutuk berbadan gemsss.

Gemss bermaksud:
1- Gemuk
2- Gempal
3- Gembira!

Jangan sesekali:
1- Makan pil kurus
2- Tak makan nasi langsung
3- Tak bersenam
4- Tak cukup tido


Perlu/mesti/harus buat:
1- Amalkan diet pemakanan yg bagus - makan nasi + lauk + sayur + buah. 
2- kalau anda sgt2 gemar/ketagih air berkarbonat, sila tinggalkan habit tu. kandungan gula yg tinggi.
3- Roti bercream dan segala snacks boleh dimakan. tapi pastikan ia dalam kuantiti yg kecil. kalau sehari bantai sampai 5 ketul roti (e.g roti bercoklat), hasrat murni anda takkan tercapai.
4- WAJIB bersenam. jangan bersenam dalam bilik tau. nak skipping ke, berlari setempat, sila ke padang atau area yg membolehkan anda bersenam sambil menghirup udara segarrrr
5- Tidur tepat pada waktunya. jangan tidur lambat!

Pengalaman sendiri
Berat badan:
Sebelum: 56-59kg (max.)
Selepas: 48-50kg (max)

Makan pagi/tghari/malam:
Sebelum: Nasi melimpahi polisterine + 2 ketul ayam goreng. takde sayur.
Usaha: Nasi 2 senduk penuh + 1 ketul ayam/1 ekor ikan/ daging + sayur sikit + sepotong buah

Snack antara waktu makan:
Sebelum: -Berbuku-buku roti/bun berinti. sebungkus 6 ketul roti tu saya boleh habiskan sekali makan je. 
               -Biskut, coklat, sweets jangan cakap. mesti punyaaa
Usaha: Makan roti/biskut/coklat bila lapar je. kalau kenyang dan masih nak mengunyah, ambil dalam kuantiti sedikit.

Senaman:
Sebelum: langsung tak bersenam. terperuk aje dalam bilik. makan tido. habis pun jalan2 melenggang amik angin petang katanya.
Usaha: - Berjogging pada waktu pagi/petang. setiap hari lagi bagus. 
            - Bermain squasy setiap petang. kalau takde geng, boleh main dgn dinding u'olls.
            - Cycling.

Selamat mencuba!!!

Tuesday, July 3, 2012

Sports Day Tadika Dunia Dinamik '12

Ahad lepas bersamaan 1 July 2012, bertempat di dewan serbaguna bukit sentosa telah berlangsung Hari Sukan Tadika Dunia Dinamik, tempat Irfan belajar. acara bermula jam 9am, tamat jam 1pm. semua acara berjalan lancar & sangat meriah! macam biasa apa2 majlis pun mesti bermula dgn ucapan VVIP kan. then ada acara senamrobik untuk para ibu. mama tak join, seganlah nak melenggok depan suami2 yg ada kat situ. normally aerobik ni dalam bilik tertutup. so mama tak join yg tu.

and as expected, irfan menangis macam 'hape je'. pantang kelibat mama hilang dari pandangan mata, terus menangis. bila mama lambaikan tangan (say bye-bye), terus senyap. haii, anak terunaku yg sorang ni.

bermula dengan acara perbarisan. irfan pasukan kuning.
diiringi cikgu. plg last, sbb menangis.

cikgu sedang memujuk.



irfan join persembahan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) bersama pelajar berumur 4 hingga 6 tahun. at least dia bersilat-lah walaupon step tak betul sangat pon.
lepas bersiap. tunggu buat persembahan.

bersedia.


games bermula dgn acara kutip bola oleh kanak-kanak berumur 2-3 tahun. arissa pun join. sebelum ni memang dah practise kat taska. memang dia boleh kumpul bola dalam bakul kecik tu ;)






acara diteruskan dgn acara sukan pelajar berumur 3-4 tahun.irfan and team ada 3 games. mama sempat amik video je. so tak sempat gambar semasa games berlangsung. yg nyata, untuk first game irfan tak lari dan melenggang. game kedua dia lari sambil nangis. game ketiga baru la lari dgn penuh bersemangat.



dalam masa yg sama ada acara games untuk pelajar2 lain.

untuk parents pun ada. mama & papa join jugak tapi sah2 la tak menang kan. game lari dalam kain pelikat. nasib baik tak tersembam atas lantai. then kami layan durian. ada yg best. ada yg tak. biasa la, durian~

acara penamat, sesi penyampaian hadiah. nak naik stage pun suruh mama temankan. aduhai~
adik yg cool, terima cenderahati dari teacher Padmini


seronok pulak si irfan. padahal team Kuning dapat no. 3 (no. last)

terima medal dari teacher Mimi (owner/principal tadika)

sampai di sini je ulasan. waktu rehat dah tamat. jomss bekerja.

Friday, June 1, 2012

farewell DSMD

petang semalam telah diadakan majlis perpisahan dgn Dato' Seri Hj Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, ex-MD kami. rasa sebak, sedih, terharu semua cukup lengkap!

kenapa kami sayang sangat dgn DSMD?
  • Big boss yg sgt berdedikasi
  • Mementingkan ilmu agama
  • Tidak pernah mengabaikan staff di bawah terajunya
  • MD yg sgt memahami.
  • Bukan seorang diktator.
  • Sangat sporting
  • Sangat handsome!!!
First time saya jumpa & kenal DSMD pada akhir tahun 2005. masa tu saya sedang menjalani industrial internship kat perodua selama 8 bulan. last day kat perodua, dia visit setiap plant. jumpa semua staff yg ada. tak kira pangkat & jawatan. dari operator hinggalah GM, semua dia salam.

dan semalam ialah hari terakhir DSMD di proton.

kami sempat bergambar dan mendapatkan signature DSMD. puas hati!!!!!
(abaikan kualiti gambar)