Ads Nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

HSH: Ruang makan

Assalamualaikum.

Dining area atau bahasa melayu disebut ruang makan.
Lain orang, lain citarasa.

Pada yg baru berumahtangga mungkin memilih dining set 4+1.
Kebiasaannya ramai yg memilih saiz standard 6+1. Just nice.
Untuk yg punya family besar mungkin memilih dining set 8+1 atau 10+1 atau lebih.

Material dining set jugak ada banyak option.
Nak yg besi, kayu biasa, kayu jati berukir, bersalut emas pon ada!
Semua tu bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing ;-)

Saya pilih dining set 8+1. Solid wood.
Beli di Home Star. Kebetulan diorang buat sale CNY. Harga berpatutan. Dah rezeki kami kot.


Sebelum ni ada dining set 4+1. Kecik bagi kitorg. Time nak berkumpul adik beradik nak susun makanan pun tak muat. Yg ni ok la sikit kot. Walaupon 8+1 tapi tak gedabak. Tak makan ruang. Yg penting, simple. Saya suka...saya suka...

Untuk yg masih mencari, jangan terburu-buru. Pegi usya2 dulu. Mana tau jumpa yg elok, murah dan berkualiti ;-)

Monday, April 22, 2013

HSH: Deko bilik irfan #3

Assalamualaikum.

Selepas 2 minggu baru la saya dapat siapkan hiasan bilik irfan. Hiasan simple saje, sesuai untuk sesapa yg allocate bajet rendah macam saya, Banyak recycle dari beli baru ;-)

Pada yg berminat boleh jadikan panduan ye. Kalau taknak jadikan contoh pon takpe, saya tak paksa pong.. ;p

Sebelum tu saya nak bgtau yg kami belum punya masa nak cat feature wall bilik ni. Saya susun atur dulu. Bila sudah cat, saya update oke ;-)

Haa..ini lah hiasan yg tak seberapa tu. Tapi nak share gak ehh...hehe..
Kalau curtain tu yg bercorak ceria lg sesuai kot. Ye tak?
Nampak tak kotak2 bawah katil? Dalam tu ada patung spiderman, carrot, strawberry, crab, etc. Tak leh ingat dah. Besar, simpan dlm kotak je.


Drawer baju 5-tier tu, satu utk Irfan, satu untuk Arissa. Beli masa diorang baru lahir lagi. 
Tahan lama jugak ye.


Meja study tu ialah coffee table. recycle je dulu. Kerusi tu beli kat Nilai 3 1-2 tahun lepas.
Whiteboard beli dr TotToToddlers.



Hanya book shelf 3-tier je baru beli.
Segala mak nenek toys tu koleksi dari diorang baby sampai la sekarang.
Ada toys yg dah selamat dalam tong sampah.
Selepas ditapis ini je yg tinggal. Dan jugak kat bawah katil. Hehe..


Katil besi size single & tilam ni boleh kira antik tak?
Papa irfan beli masa mula keja dolu2, tahun 2002. Tahan lama sungguh. Dah 11 tahun lah kan.
Bedsheet beli kat Ikea.
Patung Boboiboy tu wajib ada, kalau tak takleh tido.

Pending item untuk bilik ni:
1- Cat feature wall.
2- Carpet kecik

Alhamdulillah, boleh hias bilik ni seringkas mungkin. Mungkin saiz bilik yg agak luas. Yg penting tak bahang, tido sejuk je ;-)

Thursday, April 18, 2013

HSH: Curtain #2

Assalamualaikum.

Sebelum ni saya ada share pasal design curtain yg saya minat kan?

Hujung minggu lepas, a week before kami pindah, curtain pun siap. So far so good. Saya berpuas hati.
Almaklum ni la first time saya tempah curtain. Masa kat rumah sewa dulu, sebat yg mak punya. Gantung je senget benget. Senteng. Saiz berbeza. hehehe...anak bertuah la kan.

Pada mulanya, saya nak tempah di Nilai 3. Dah katanya siap dalam masa sejam kan. Tapi bila pikirkan balik, betul ke saya boleh terima kualitinya bila dah jahit dalam sejam? Kang ukuran yg saya bagi tak match ke cane kan. Tambahan pulak masa tu takde rail curtain kat rumah. Nak gantung pon tak reti. Nak beli rail kayu seketul tu pun mak aihhh....

second option, tanya kawan saya, Ina. Dia propose jirannya merangkap tailor curtain. Terus la jumpa kak ida, tengok katalog. Hmm, cun jugak. Lagipon memudahkan kerja saya. Tugas kak ida ialah datang rumah, ukur, bagi ukuran, jahit curtain, pasang rail, gantung curtain. saya perlu sediakan kain & $$$ upah sahaja lah.

Kain saya beli di Nilai 3.
Harga untuk curtain +/-RM28 semeter. Yg ni kain bidang 110,
Untuk sheer +/-RM18 semeter. Yg ni pulak bidang 60.
Total kain yg diperlukan untuk satu rumah sebanyak 43meter.

Selepas 2 minggu, kak ida sent text message. Katanya curtain dah siap dan bila boleh pasang. terus la saya bagi date & time.

Akhirnya, berjaya jugak saya miliki curtain design Eyelet untuk ruang tamu.
Untuk bilik utama curtain French Pleat.
Bilik lain, curtain biasa je.
Anak2 dah kawen baru tempah design baru. Wahhh..jauhnya pompuan ni berangan ehh.

Curtain Eyelet di ruang tamu

Curtain French Pleat di master bedroom

Biasa jerrr..
Eh..eh..saya memang suka sesuatu yg simple dan $$$ berpatutan.

Kalau korang tinggal di Rawang, boleh contact Idanis Curtain - 013 4328363 [kak ida].

Tuesday, April 16, 2013

16 April = 6 years

Assalamualaikum.

Angka 6 cukup synonym buat saya. Secara kebetulan, mungkin. Tak beri apa2 maksud pon. Saje suka2 ;-)

Saya anak ke-6.
Berkahwin dgn husband yg ada 6 beradik.
Nombor pendaftaran kereta WSG 6xx6.
Nombor pendaftaran motosikal husband WJR 6xx6.
Nombor pendaftaran motosikal baru dia  WXM 6xxx.
Masa kawin 6 tahun lepas, mas kahwin RM6xxx.
Beli rumah, dapat nombor lot 6x.

Mula bekerja pada 16 April, 6 tahun yg lepas.
Resign selepas 6 tahun bekerja.
Report duty di tempat baru pada 6 May.

Sangat lah kebetulan kan ;-)


Today marks my 6 years service in company P. 

Alhamdulillah syukur saya mampu bertahan walaupon diduga dgn pelbagai ujian. walaupon berpendapatan tak tinggi saya tetap berysukur kerana dgn pendapatan sebegitu lah mengajar saya bersederhana. Dengan hidup sederhana jugak kami mampu beli rumah sendiri, kenderaan, jaga & didik anak2, bantu ibu bapa, bercuti, etc.

Hidup biarlah ikut kemampuan. Jangan berbelanja mengikut kehendak. Semua benda nak ikut orang lain, habis lah. Orang duit berbukit, kita duit berhabuk je, tak perlu ikut orang.

Rezeki kita ketentuan Ilahi. Ada hikmahnya. Jangan sesekali menyesal. Kita boleh ubah nasib hidup dgn berusaha. Tapi mesti la secara halal. Jangan sebab nak cepat kaya, buat sesuatu dgn cara salah. Itu dosa namanya.

Bersedekah & bantu ibu bapa, Allah akan lebihkan rezeki kita. Bagi setakat yg mampu.

saya terbaca di FB, Ustaz Ismail Kamus cakap duit yg kita sedekah itu lah milik kita sebenarnya.. Sedangkan duit yg kita simpan tu mungkin foreman punya, klinik punya, tokey kedai punya. Hmm, ada betulnya kan. tergelak sorang2 bila baca tu.

Jadi jangan mengeluh kalau kita berpendapatan biasa2. Hidup sederhana aje okay ;-)

Eh, terLari topic lah pulak. Tetiba jadi ustazah plak ehh..

Lagi 2 minggu berakhirlah khidmat saya di sini.
Tak pasti macam mana dgn tempat baru. Berdebar jugak nih.
Yg pasti saya akan merindui kawan2 saya di P.



I WILL MISS YOU GUYS!!!

HSH: Ruang

Assalamualaikum.

Selepas 3 hari berpindah ke rumah baru, saya masih lalok.
Penat. Sakit urat. Tak cukup rehat. Tido tak cukup.

Sebelum bercerita pasal ruang, saya nak share jadual harian yg 'baru' untuk saya. Ni jadual semalam.
5.30am: Bangun. Mandi. Solat. Bersiap ke tempat kerja.
6.30am: Gerak dari rumah.
6.45am: Masuk toll Rawang setelah membelah traffic yg sangat horror dari Country Homes menghala ke toll.
7.00am: Exit toll Bukit Beruntung. Hantar anak2 ke taska.
7.20am: Masuk toll BB menghala ke Tg Malim.
7.40am: Exit toll TGM.
8.00am: Ngam2 punch card.
3.30pm: Terpaksa balik rumah. Sen Heng delivery refrigerator.
5.30pm: Kembali ke BB. Ambik anak2 di taska. Beli barang rumah.
7.00pm: Sampai rumah di Saujana Rawang.
9.00pm: Husband baru balik keja. Dinner. Basuh baju. Lipat baju. Kemas blah-blah-blah.
1.00am: Tido~

Fuhhhh~ Penat yg teramat.
Walaupon tak cukup rehat katanya, tapi hati cukup2 gembira.

kenapa ehh??

Lepas kemas2 rumah supaya tak sakit mata
-
-
-
-
-
Hasil mengemas rumah baru seperti di bawah.
Maaf, jangan salah faham. Bukan niat nak menunjuk.
sebab ni blog saya. so i am willing to share dgn kawan2 saya.
-

Kat atas ni gambar dapur bersama 'ahli keluarganya'. hehe..
Dapur belum berasap. Kuali periuk belanga tong gas belum dibawa masuk.
Boleh la. Dapur tak kecik. Tak besar. Just nice untuk saya.



Ini pulak curtain eyelet untuk ruang tamu.



Yg ni ruang tamu & ruang makan.
Ruang ni la yg saya bagitau luas sampai anak2 boleh berlari sana sini tu. 

Alhamdulillah.
Semua ni rezeki dari Allah.
PinjamanNya semata-mata.

Nak buat entry untuk setiap ruang belum berkesempatan ye. Tunggu je okay.

Bye~

Monday, April 15, 2013

HSH: Pindah juga akhirnya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selepas hampir 9 bulan suka duka lepas terima kunci rumah dari Glomac, akhirnya dapat jugak kami sume pindah masuk rumah sendiri. Syukur YaAllah.

Walaupun ada banyak benda yg belum complete. Tapi hati dah meronta ronta nak pindah kan. Duduk dulu. Apa yg belum selesai kita setelkan perlahan2. Kalau nak sume benda setel dalam masa tu gak jawabnya koyak rabak poket yer.

Cerita pindah ni, sebenarnya ada beberapa dugaan jugak lah kan.

Bermula dgn Jumaat. Masa nak ambik Arissa kat taska, tetiba saya rasa mcm tak best dgn kereta. Air cond ON tapi rasa bahang. Kuatkan aircond tapi masih sama. Tengok kat meter combi kot ada apa2 signal. Dah sudahhhhh..jarum temperature dok kat nombor 120degC! Hoiii..nasib baik keta aku tak meletopppp. Call husband. Dia suruh matikan kereta dan tunggu dia kat taka Irfan. Dk la tercongok kat situ sampai maghrib. Check air tangki ok. Coolant ok. Jirus engine dgn berbotol2 air paip, lama tu temperature normal. Terus balik rumah. Dah rosak plan kat situ kan....ingatnya malam tu nak angkut brg sikit2. Dok kt rumah je lah.

Esoknya, sabtu, pagi2 lagi husband dah bwk kereta gi pusat servis. Saya kat rumah packing apa yg patut. Kejap tu husbnd call mintak contact org lori sbb mamat lori yg dia booked 2 mggu sblm tu macam *tuuttt*. Janji lain, hasilnya lain. Sesuka mak nenek dia je nak tukar schedule customer. Aku yg bayar ko mamat. Aku lak nak ikut jadual ko pehal kan. Terus cancel. Takmo la deal dgn org sewel camtu.

Dah jadi keja saya lah kan tanya org yg boleh bg sewa lori. Malangnya ramai yg tak boleh. Takde rezeki. Pastu tanya Laila. Dia bg contact number si A. Nk jadikan citer si A pon tak boleh, nak hantar brg ke temerloh. A bagi no fon B. saya contact si B. Dah memang rezeki dia kata okay.

Saya apa lagi kan. Kemas barang main campak je dlm plastik hitam. Takde tagging dah. Sume selamaattt dicampak! Jam 3 lori sampai. Bermula la keja mengangkut. Saya sah2 jadi drebar. Husband dah tak larat nak drive dah. Nk pengsan da kot dok hangkut brg rumah.

So sabtu malam kitorang tido kat rumah baru.

Ahad, bangun pagi, kemas brg2 dlm rumh. Seronok okayyy..susun2 sofa, dining set, nampak wahhhh..luasnya rumah. Suka sangat. Irfan Arissa boleh main lari2 lagi.

Dan hari ni kami dah kembali bekerja. 6.30 gerak dari rumah. Husband naik motor. Saya dn anak2 naik kereta. Traffic kat depan Aeon rawang memang hectic. Fuhhhh..tapi perasaan lain tau. Maybe seronok duduk rumah sendiri. Gigih sungguh drive dr Country Homes - Bukit Beruntun (taska anak) - Tg Malim. Sampai ofis ngam2 8am. Esok kena keluar rumah 6.15 pulak.

Ok. Bye~
Jumpa di entry lain ye.

Friday, April 12, 2013

Register Sekolah Irfan #2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah...dah selamat pun completekan registration Tahun 1 untuk Irfan. Last time, saya dah citer pasal cara-cara nak register online kan. Senang je nak register tu. Pastikan semua maklumat yg diberi tepat. Dah confirm sume betul, click hantar. Lepas tu jangan lupa print out sebab copy tu lah yang akan kita bawak ke sekolah untuk pendaftaran seterusnya.

Dalam masa 14 hari dari tarikh submit online registration, kena bawak hardcopy bersama supporting documents ke sekolah.

Senang je kan.... ;-)


Ini la dia sekolah Irfan nanti insyaAllah. Walaupon rumah kat Rawang tapi bersekolah di BB. Ye la kan, saya ke Sg Choh. Suami keja Sg Choh. Memang sesuai lah. Lagipon sekolah ni tak jauh dari taska sekarang, so senang nak transit.

Recap, pastikan korang bawak document yg saya listkan ni masa ke sekolah okay ;-)
1- Sijil kelahiran anak [original & copy]
2- IC copy ibu & bapa [copy]
3- Sijil Nikah ibu/bapa [copy]
4- Bil air & api rumah yg diduduki [copy]
5- Salinan online registration yg print out sebelum ni
6- Envelope putih saiz 4"x9" [[tak pasti. Bergantung pd permintaan sekolah kot. Confirmkan dgn pihak sekolah dulu ye].
7- Setem 60 sen [tak pasti. Bergantung pd permintaan sekolah kot. Confirmkan dgn pihak sekolah dulu ye].

Ok. Bye~
Selamat Mendaftar.

Wednesday, April 10, 2013

HSH: Deko bilik irfan #2

Assalamualaikum.

Tengah mencari idea dekorasi untuk bilik Irfan.
Eh..nape bilik Irfan je..bilik Arissa tak nak deko?
Bukan taknak deko tapi buat masa skrg, Arissa share bilik dgn Irfan dulu ye. Bilik Arissa saya jadikan sebagai guest room dulu. Tunggu adik besar sikit lagi, mama deko cecantik okeh.

memandangkan bilik Irfan besar sikit, jadikan playroom dulu. Sebab tu la saya beriya cari idea untuk bilik Irfan. Taknak diorang sepah toys merata-rata dan provide ruang untuk diorang belajar dgn selesa. Takde la buat homework kat meja makan lagi oke.

Sabtu lepas saya dah rembat 4 unit 3-tier shelf. Dah cari kat banyak kedai tapi tak menarik. Ada yg ok tapi kecik. Ada yg cantik tapi tak menepati piawaian. Aisehh, banyak songeh la pulak. Tapi takpe, cik husband memang rajin mencari. Akhirnya jumpa jugak yg berkenan di hati. Plan asal nak amik kaler pelbagai, tapi stock yg ada kaler kuning & oren je. Kaler hijau & pink belum sampai. Jadi saya amik 2 oren, 2 kuning. Ok la kan.Gambar takde nak tepek lagi. Saya tepek kedian ehh.

Shelf tu lebih kurang camni la...

Untuk shelf memang takde niat nak beli kat Ikea. Alasan $$$. Kualiti confirm bagus la kan. Tapi sebab nak susun toys & buku je, rasa tak berbaloi la nak beli yg mahal. Jadinya amik yg biasa2. Kata bajet ciput kan.

Whiteboard dah ada.

Curtain pon dah ada. Niat asal nak tempah curtain yg corak2 untuk bilik Irfan ni. Tapi husband mak tak nak. Dia prefer curtain semua bilik corak seragam. Kecuali ruang tamu. Jadi ikut je lahhhh...Curtain corak gelap. Memang bilik jadi gelap gelita, syiok tido.

Sabtu nak sambung mengecat lagi sbb masih banyak cat yg berbaki. Nak cat camane ye? Corak stripes macam menarik jugak ehh...Hmm, tengok pada kerajinan tukang mengecat ye ;-)

*gambar google*

*gambar google*

Tang carpet tak cari lagi. Last time nak amik kat Ikea, design track kereta. RM68 per piece. Tak dapat kelulusan. So tak ambik. Nak guna yg ala2 puzzle numbers & alphabet tu, saya memang surrender bab nak memcuci benda alah tu. Dah ada 1 set. Tengok la nanti kot berubah fikiran ke camane kan.

Single bed guna je yg ada sekarang. wardrobe pon guna yg dah ada jugak. Bedsheet dah rembat kat Ikea. Hihi...

Tinggal apa lagi ye...Ohh..pengelap kaki. Akhir skali, susun atur je laaa~

Dah siap susun, saya buat entry baru. Ok bye~

Tuesday, April 9, 2013

HSH: Kemas Mengemas

Assalamualaikum.

Penat bersih rumah untuk final stage belum hilang.
Sabtu-ahad kami pulun habis bersihkan rumah tu.
Husband terseliuh urat lengan. Saya pulak urat kaki dah tegang dah. jalan atas lantai licin.
Husband mak biasa la over the rajin. basuh rumah, mop lantai, cat dinding bilik, berkali-kali.
Selamat sabtu lepas Irfan Arissa nak tinggal dgn kakak saya. boley la kitorang basuh rumah dgn jayanya.
kalau tak bergaduh dgn anak2 lebih dari basuh rumah. acaner tuu?

ceria je kena tinggal sehari suntuk dgn sepupu & mak sedara.

Tingkat atas dah basuh 2 mggu lepas. Tu pun husband mop lagi everytime kitorang datang visit. Habuk memang banyak sgt. sakit mata tengok kesan tapak kaki atas lantai. Tapak kaki takyah cakap, warna kelabu asap. jadinya weekend lepas kami setelkan tingkat bawah pulak, especially bahagian dapur.

Dapur
Lantai kotor kami bersihkan guna asid pencuci mozek. pergghhh! Bau dia mencucuk rongga pernafasan.  Tapi tiles memang bersih giler la. Saya suka. saya suka.
Kitchen cabinet sume dilap luar dalam.

pinggan mangkuk bawak dari rumah sewa.
basuh lagi sekali. 

Korang nampak sejalur tiles kaler hitam kat bawah hanging cabinet tu? Nampak elok ke cacat?
Nape hitam menempel kat situ ehh...
Asalnya, kat dapur ada 2 plug. satu untuk peti ais. lagi satu ada tepi sikit je dgn hood. Bila pikir balik, mana cukup dgn satu plug. Nak connect hood, oven, rice cooker, kettle, blender, mcm2 lagi lah.

Jadi tambah la menjadi 3 plug. Kira cukup la kan. Takdenya nak guna semua plug dalam satu masa kann.
Nak buat wiring ni tak boleh byk2 sgt, nanti short circuit.

Masa dok cuci pinggan mangkuk, baru perasan betapa banyaknya pinggan mangkuk yg dapat free hasil dari pembelian Daia, Colgate, Petronas, etc. Yang lain termasuk la 2 set pinggan mangkuk hadiah kawen 6 tahun lepas. pastu pinggan plastik dari Ikea. Yg tersayang ialah set Corelle. first time tuh beli set Corelle masa pantang Arissa.

Tu belum bersihkan lagi sebakul gelas hadiah kawen. hahhaha~
Mau kejang betis aku berdiri cuci gelas pulak nanti.

Dah habis cuci, pening pikir mana nak letak sume2 tuh. Cabinet tak banyak pon tapi cuba untuk optimizekan storage area.

Belakang dapur
Area ni ada sepanjang 8ft je. Kalau yg ada bajet lebih boleh extend dapur.
Tapi memandangkan kami takde ongkos sebesar gitu, kami dirikan tembok je. Tembok yg ada tu berkemungkinan besar akan ditinggikan dan ditambah jeriji besi atas faktor2 keselamatan.

Area ni plannya nak letak dining set 4+1 yg ada skrg ni. Boleh la jugak jadikan open-wet-kitchen.
Area tepi sikit tu untuk letak washing machine dan jugak letak ampaian baju.


Sebenarnya lantai tu tak siap lagi. Nak letak tiles jugak cuma tunggu rezeki terpijak. Buat sementara waktu, buat concrete kasar je dulu, taknak bagi ada tanah. Pastu letak awning.


Curtain
Hari yg sama, tailor curtain datang pasang rail. leceh jugak sye nak pasang rail ni. Awal2 dulu ingatnya nak pasang sendiri, konon2 boleh la jimat $$$. End up suruh expert sendiri la yg pasang. Husband mak takmo amik risiko.

Saya tempah jahit langsir dgn jiran kat area Saujana Rawang jugak. Mulanya nak tempah kat Nilai3 tapi tak yakin dgn ukuran, jahitan, etc, kami tempah dgn kak ida je lah. Dia datang ukur. dia jahit. Dia pasang rail. Ada silap jahit senang, dekat je nak gi komplen.

Gambar curtain next entry ye. Belum touch up kasi cun lagi. hehehhe..

Minggu ni nak habiskan activity cat playroom irfan arissa dan dinding luar rumah. Pastu bawak masuk furniture baru. InsyaAllah akan pindah masuk dalam waktu terdekat ;-)

Monday, April 8, 2013

1st farewell party & adik bomba

Assalamualaikum.
Salam petang Jumaat.

hari ni bersiaran dari Shah Alam. Ada jemputan farewell luncheon dgn muslimat RND. Bukan untuk saya sorang tapi jugak untuk lagi 3 org sekerja. Kak Ana, Kak Arsiah & Yasmin.

Aku emosi lebih. orang mintak bagi speech, aku nangis..hahha, very the ...~

Untuk member2 yg ada masa jamuan tu, sorry ehh. Sebenarnya saya nak cakap panjang sikit, tapi emosi tak terkawal. Masa tgh bg ucapan, tetiba saya nampak beberapa orang dok sapu mata & pipi dgn tissue. Tu pasal saya sebak tetiba tuh. #psiko

Speech sebenar yg saya nak cakap:
"Assalamualaikum & selamat tengahari semua. Terima kasih sebab sudi jemput saya dari TGM yg jauh tu untuk farewell tghari ni. Sebenarnya rasa sedih sangat nak tinggalkan proton. Saya resign bukan sebab masalah apa2 pon tapi alasan utama sbb family, especially anak2 dah nak sekolah. Lagipon dah hampir 6 tahun saya ulang-alik setiap hari dari BB-SA-TGM. 

Jadi hari ni saya nak ambik peluang ni untuk mohon ampun kalau saya ada buat salah silap sepanjang saya di sini. Kalau ada yg anggap saya sombong sbb saya jarang senyum, tu sebenarnya silap. Memang sejak azali saya macam tu. Terima seadanya. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal baru tau saya ni baik orangnya...Terima kasih semua. Kita jumpa lagi 26 April ni okayyy".

Me & Mazni.
Sesapa nak buat Public Mutual boleh contact dia ehh.

Hari Jumaat tu jugak, Arissa ber-bomba di tadika. Hehe..


Kat TDD memang ada kelab bomba kanak-kanak. Budak2 suka sangat. masing2 pandai bergaya. Hehe..

Tuesday, April 2, 2013

Register Sekolah Irfan

Assalamualaikum.

Semalam kelam kelibut tanya orang cara nak register sekolah Irfan. Ye lah, Irfan sekarang 5 tahun.
Lagi 2 tahun dah masuk darjah 1. Irfan darjah 1 secara automatiknya umur saya jadi 31. Haih, tua pulak rasa diri ini. ...Ecehhh~

Ok D, usah merepek lagi.

Kepada sesapa warga Selangor & penduduk selangor yg nak sekolahkan anak2nya di Selangor, tetapi masih tertanya-tanya cara nak register online, saya boleh ajarkan. saya baru je buat semalam tau ;-)

Sebelum tu, pastikan korang dah pikir masak-masak nak daftar anak ke sekolah mana. Biasanya sekolah dekat dengan rumah la kan..itu bergantung kepada kehendak masing2 kot.



Type 'Jabatan pelajaran Selangor' kat search box tu.
Then click eSPPSEL.

* google*



Ini la website nya.
baca satu persatu mengenai pengenalan sistem.
Fahamkan cara permohonan. Pastu baru la buat permohonan secara online.



Bila korang click Permohonan Online, sila isi maklumat2 seperti diminta.
Bermula dgn page pengenalan, maklumat pemohon (anak kita), sekolah dipohon (detail pasal tadika) dan semak maklumat.


Bila dah submit semua tu, jangan lupa print out sebab kita kena bawak hand out tu bersama supporting documents yg diminta bila nak buat pengesahan pendaftaran di sekolah yg kita pilih. Buat confirmation di sekolah dalam tempoh 14 hari ye ;-)

selamat mendaftar anak ye korang.