Ads Nuffnang

Tuesday, April 16, 2013

16 April = 6 years

Assalamualaikum.

Angka 6 cukup synonym buat saya. Secara kebetulan, mungkin. Tak beri apa2 maksud pon. Saje suka2 ;-)

Saya anak ke-6.
Berkahwin dgn husband yg ada 6 beradik.
Nombor pendaftaran kereta WSG 6xx6.
Nombor pendaftaran motosikal husband WJR 6xx6.
Nombor pendaftaran motosikal baru dia  WXM 6xxx.
Masa kawin 6 tahun lepas, mas kahwin RM6xxx.
Beli rumah, dapat nombor lot 6x.

Mula bekerja pada 16 April, 6 tahun yg lepas.
Resign selepas 6 tahun bekerja.
Report duty di tempat baru pada 6 May.

Sangat lah kebetulan kan ;-)


Today marks my 6 years service in company P. 

Alhamdulillah syukur saya mampu bertahan walaupon diduga dgn pelbagai ujian. walaupon berpendapatan tak tinggi saya tetap berysukur kerana dgn pendapatan sebegitu lah mengajar saya bersederhana. Dengan hidup sederhana jugak kami mampu beli rumah sendiri, kenderaan, jaga & didik anak2, bantu ibu bapa, bercuti, etc.

Hidup biarlah ikut kemampuan. Jangan berbelanja mengikut kehendak. Semua benda nak ikut orang lain, habis lah. Orang duit berbukit, kita duit berhabuk je, tak perlu ikut orang.

Rezeki kita ketentuan Ilahi. Ada hikmahnya. Jangan sesekali menyesal. Kita boleh ubah nasib hidup dgn berusaha. Tapi mesti la secara halal. Jangan sebab nak cepat kaya, buat sesuatu dgn cara salah. Itu dosa namanya.

Bersedekah & bantu ibu bapa, Allah akan lebihkan rezeki kita. Bagi setakat yg mampu.

saya terbaca di FB, Ustaz Ismail Kamus cakap duit yg kita sedekah itu lah milik kita sebenarnya.. Sedangkan duit yg kita simpan tu mungkin foreman punya, klinik punya, tokey kedai punya. Hmm, ada betulnya kan. tergelak sorang2 bila baca tu.

Jadi jangan mengeluh kalau kita berpendapatan biasa2. Hidup sederhana aje okay ;-)

Eh, terLari topic lah pulak. Tetiba jadi ustazah plak ehh..

Lagi 2 minggu berakhirlah khidmat saya di sini.
Tak pasti macam mana dgn tempat baru. Berdebar jugak nih.
Yg pasti saya akan merindui kawan2 saya di P.



I WILL MISS YOU GUYS!!!

No comments: