Ads Nuffnang

Wednesday, April 10, 2013

HSH: Deko bilik irfan #2

Assalamualaikum.

Tengah mencari idea dekorasi untuk bilik Irfan.
Eh..nape bilik Irfan je..bilik Arissa tak nak deko?
Bukan taknak deko tapi buat masa skrg, Arissa share bilik dgn Irfan dulu ye. Bilik Arissa saya jadikan sebagai guest room dulu. Tunggu adik besar sikit lagi, mama deko cecantik okeh.

memandangkan bilik Irfan besar sikit, jadikan playroom dulu. Sebab tu la saya beriya cari idea untuk bilik Irfan. Taknak diorang sepah toys merata-rata dan provide ruang untuk diorang belajar dgn selesa. Takde la buat homework kat meja makan lagi oke.

Sabtu lepas saya dah rembat 4 unit 3-tier shelf. Dah cari kat banyak kedai tapi tak menarik. Ada yg ok tapi kecik. Ada yg cantik tapi tak menepati piawaian. Aisehh, banyak songeh la pulak. Tapi takpe, cik husband memang rajin mencari. Akhirnya jumpa jugak yg berkenan di hati. Plan asal nak amik kaler pelbagai, tapi stock yg ada kaler kuning & oren je. Kaler hijau & pink belum sampai. Jadi saya amik 2 oren, 2 kuning. Ok la kan.Gambar takde nak tepek lagi. Saya tepek kedian ehh.

Shelf tu lebih kurang camni la...

Untuk shelf memang takde niat nak beli kat Ikea. Alasan $$$. Kualiti confirm bagus la kan. Tapi sebab nak susun toys & buku je, rasa tak berbaloi la nak beli yg mahal. Jadinya amik yg biasa2. Kata bajet ciput kan.

Whiteboard dah ada.

Curtain pon dah ada. Niat asal nak tempah curtain yg corak2 untuk bilik Irfan ni. Tapi husband mak tak nak. Dia prefer curtain semua bilik corak seragam. Kecuali ruang tamu. Jadi ikut je lahhhh...Curtain corak gelap. Memang bilik jadi gelap gelita, syiok tido.

Sabtu nak sambung mengecat lagi sbb masih banyak cat yg berbaki. Nak cat camane ye? Corak stripes macam menarik jugak ehh...Hmm, tengok pada kerajinan tukang mengecat ye ;-)

*gambar google*

*gambar google*

Tang carpet tak cari lagi. Last time nak amik kat Ikea, design track kereta. RM68 per piece. Tak dapat kelulusan. So tak ambik. Nak guna yg ala2 puzzle numbers & alphabet tu, saya memang surrender bab nak memcuci benda alah tu. Dah ada 1 set. Tengok la nanti kot berubah fikiran ke camane kan.

Single bed guna je yg ada sekarang. wardrobe pon guna yg dah ada jugak. Bedsheet dah rembat kat Ikea. Hihi...

Tinggal apa lagi ye...Ohh..pengelap kaki. Akhir skali, susun atur je laaa~

Dah siap susun, saya buat entry baru. Ok bye~

No comments: