Ads Nuffnang

Tuesday, April 2, 2013

Register Sekolah Irfan

Assalamualaikum.

Semalam kelam kelibut tanya orang cara nak register sekolah Irfan. Ye lah, Irfan sekarang 5 tahun.
Lagi 2 tahun dah masuk darjah 1. Irfan darjah 1 secara automatiknya umur saya jadi 31. Haih, tua pulak rasa diri ini. ...Ecehhh~

Ok D, usah merepek lagi.

Kepada sesapa warga Selangor & penduduk selangor yg nak sekolahkan anak2nya di Selangor, tetapi masih tertanya-tanya cara nak register online, saya boleh ajarkan. saya baru je buat semalam tau ;-)

Sebelum tu, pastikan korang dah pikir masak-masak nak daftar anak ke sekolah mana. Biasanya sekolah dekat dengan rumah la kan..itu bergantung kepada kehendak masing2 kot.



Type 'Jabatan pelajaran Selangor' kat search box tu.
Then click eSPPSEL.

* google*



Ini la website nya.
baca satu persatu mengenai pengenalan sistem.
Fahamkan cara permohonan. Pastu baru la buat permohonan secara online.



Bila korang click Permohonan Online, sila isi maklumat2 seperti diminta.
Bermula dgn page pengenalan, maklumat pemohon (anak kita), sekolah dipohon (detail pasal tadika) dan semak maklumat.


Bila dah submit semua tu, jangan lupa print out sebab kita kena bawak hand out tu bersama supporting documents yg diminta bila nak buat pengesahan pendaftaran di sekolah yg kita pilih. Buat confirmation di sekolah dalam tempoh 14 hari ye ;-)

selamat mendaftar anak ye korang.

No comments: